Sunday 25 September 2011

Cubaan Memakai Inner Baru.. Silang lagii ! =)


Assalamualaikum dan salam santai sabtu :)
Kalau entri yang sebelum ni wia bercerita sedikit sebanyak tentang pi ke UiTM semalam. Meh nak stori lebih lanjut dalam entri kali ni. Semalam housiee wia ajak kluar masuk Universiti dia. Untuk pengetahuan uoOls yang Fifa ni dah ambik master dalam kos Biologi kat UiTM ni. Jadi dia nak bawa wia jalan jalan cuci mata tengok shawl dan segala macam aksesori gadis gadis seperti inner warna warni, tudung pelbagai corai, dress, skirt, kardigan, kerongsang dan banyak lagi. Sampai rasa nak beli semua :') Naik rambang mata plus pening dok fikir nak buat pilihan sebab semuanya cantik cantik.

Petang semalam memang agak panas lain macam. Bas memang kerap lalu lalang even tak jauh sangat rumah wia denga UiTM tapi still kena naik bas untuk jimat masa. Nak nak pulak memang sampai malam la kalau nak jalan kaki time cenggitu. Okey misi wia dan fifa nak jenjalan cari tudung. Teehee.. Almaklum lah kat DC UiTM Shah Alam ada jualan murah murah shawl pelbagai pattern.

Skirt dan dress pun murah la juga. Cantik cantik juga uoOls. Sampai je dalam area UiTM memang wia agak jakun la pegi tempat studi orang. Memang ramai yang naik bas. Suasana kampuss.. Hmm dah lama tak merasa suasana kampus. rasanya dah 5 bulan sejak dok kampus Shah Alam ni dok umah sewa saja.. Sebab tu cam rindukan zaman dok kampus satt. Berbalik pada cerita tadi, meh nak tunjuk yang sempat diborong..Hikss
Ni je yang mampu :p
Punya la pusing berapa pusingan tak tau, kira cam dok tawaf dua tiga kali area situ. Semua gerai wia dan fifa masuk. Last last beli yang ini..berjimat cermat la katanya. okey wia baru je nak try inner parsey ni. Katanya senang nak buat muncung. Nak pakai inner secara bersilang pun cantik. Bila dah jumpa tu sah sah tumpu kat kedai akak tu.. Dia siap promote lagi dengan cara pemakaian dia dan demo pada anak patung. Mau la hati ni tak tersangkut dan beli selali dua. Kihkihkih. Weouls beli 3 helai dapat murah sikit. Kemudian wia beli shawl kaler putih sebab dah lama tak pakai tudung putih. Suci je kan..

Dah kata nak menerai secara kelainan. Balik tu mula la buka tutorial pakai inner bersilang. Semangat rau kami berdua. tapi memasing kat bilik masing masing. Kebetulan roomate wia tak balik lagi. Ini la masanya. Sebab agak segan kalau dok menerai menda baru ni bila kita tak bersendirian.. Cam nak privasi sikit. Mulanya agak payah la jugak. tapi lama kelamaan "alah bisa tegal biasa"..Boleh pun bila kata orang usaha tangga kejayaan.

T  a r a a a a a a !!
Tak tahu kenapa bibir wia harus camtu, mungkin tanda tak konfiden kot pakai camni. Mungkin*
Ni la muka wia bila dah inner disilangkan dipadankan pula dengan tudung putih suci tadi ;) Memang mula tengok cam pelik yang amat. Tapi bak kata roomate aku, orang sekeliling nampak okey je, tapi bila dah kita baru pertama kali pakai mestila nampak pelik dan janggal. Blushing# InsyaAllah sempat snap 3 keping lepas tu dah dengar roomate balik cam malu ngan dia.

Tapi terkantoi bila dia nampak tudung ngan inner tadi. Terus dia nak tengok gambar yang wia snap. Tapi hanya satu keping yang saja dikecilkan saiznya ditempek dalam blog entri kali ni.. terus upload dalam FB buat DP dalam fesbuk. Sengal ubi kentang katanya. Haha.. muka comot tanglap lepas makan bakso semalam. Sebab tu muka cam kemerahan panas + pedas.

Selamat berblogging uoOls.
P/s : Beshnya kalau la jadi tonton moviee esok tapi apa kan daya..
Belum tiba masanya. Aci tak jawapan camni. Hehe

3 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi