Tuesday 6 September 2011

Merdeka Raya KataNya.

Salam mood raya buat semua. Sekarang nak hapdate entri Merdeka Raya pulak. Betapa beruntungnya umat Islam di Malaysia tahun ni sambut raya bersama hari kemerdekaan 31 Ogos.. maka dengan itu gabungkan keduanya. jadi la Merdeka Raya. # Sorry even dah lambat dan basi tetap nak stori.. pelan pelan kayuh katanya ;p Boar lambat dari tak ada. Kihkihkih.

Okey kalau raya pertama wia beraya di rumah tok sebelah ayahdan sanak sedara sebelah sana. Raya kedua pulak wia beraya di rumah tok wan dan tok sebelah mak :) tema baju kaler kuning. Dan lupa pulak nak gtau yang raya pertama uoOls boleh tengok sendiri yang wia pakai baju kaler oren merah kan..

Seawal 10 pagi gerak, dan malam 31 ogos tu weouls sambut merdeka kat rumah. Lebih afdal.. dan yang pasti tetap ada bunga api tau. Cantik. Memang kalau kapung kedua dua belah mak ayah memang dekat dan tak jauh dari rumah. masing masing setengah jam je. Memang untung dan jimat kos. Parent wia, seorang anak jati pulau pinang dan seoraang anak jati kedah. Dan kalau tanya wia , negeri lain pulak. Hee =D tapi memang syok la beraya dekat dekat. Tak ada la nak berjalan jauh sangat.
Langsir tok pun sama dengan tema baju wia la =D
Bersantai rumah tok memang best sambil mengunyah makan biskut raya tengok rancangan best kat tv :) Mak sedara wia pun dekat dekat area rumah tok. Jadi kebetulan maksu Ina dan makndak jamnah buat laksa raya kedua. Memang tak dirancang tetiba sama. Biarlah yang pasti rasanya memang tak sama la.. Mengah kot keja makan dari pagi sampai ke petang. HikSss..

Selepas pegi umah sedara terdekat, bertolak ke rumah adik tok wan-atuk iaitu wia panggil toknjang Che Piah. Besh la menziarah sanak sedara. Yang best dah besaq lebaq ni pun masih dapat duit raya. Ahaks. Wia dah berumur 22 tahun kot. Haha. Mungkin tahun ni tahun last dapat duit raya. Tahun depan.. macam tak ada harapan la sebab ramai dah cop wia seorang yang dah bekerjaya. Ditambah pula malu kot nak terima duit raya lagi. rasa macam kembangg pipi semangkuk ;)
Time ni mak tolong maksu potongkan bahan laksa ;)
Petang sikit pi umah maklang buat mee kuah. Nyum nyum sedap.. berselera la makan makanan berat. Tak pantang langsung.  Diet apatah lagi. Pantang jumpa ada la ;p Malam pekena laksa lagi.. kali ni rumah makndak pula, dah dekat apa salahnya beraya sekali.. Sedap makan makan. Kenyang di perut tak henti henti. Mesti terkejut enjin perut hari tu kan..wah kemain wia refresh hari raya kedua tahun ni. Merdela tetap merdeka tapi mood raya tu yang kuat. # Banyak pulak tu filem filem besh yang ditayang. Terbaikk tau. Makan, menonton dan tido. Berat badan = Haiz meninggi kot.. tak timbang lagi. Kuikuikui.

Raya kedua pun amat bermakna buat wia sekeluarga. Makan kenyang sampai tido lena termimpi mimpi nak habaq mai kat hempa semua..mimpi indah pulak tu. Salam Merdeka Raya.. Selamat Hari Merdeka ke-54.. insyaAllah 16 september ni sambuat Hari Malaysia :")

6 comments:

  1. bestnya raya wia....akak sempat mkn laksa last sebelum balik...

    ReplyDelete
  2. haha..biase le raya..makan, makan n makan..mmg heaven! slmt ari raya syg.. :)

    ReplyDelete
  3. @ Mia-Ina sempat juga akak kan.. Hehe :D

    ReplyDelete
  4. @ ♥ shiMawar ♥ selamat hari raya kak syg ... ^^

    ReplyDelete
  5. dkna ada midterm 16hb... :)
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  6. @ dkna gudluck :) slmt hari raya..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi