Wednesday 21 September 2011

Semulajadi Alternatif Utk Atasi Sakit Kepala.

Assalamualaikum. Penah tak uOls mengalami kekerapan sakit kepala dan boleh dikatakan tiap hari. Yup wia mengalaminya. Boleh dikatakan tiap malam sebelum tido akan sakit kepala sejak dua menjak ni. Pada pandangan uols, apakah sebab wia kerap sakit kepala ek.. Nak kata kelas padat, tak sangat. Nak kata tension dengan masalah pun tak rasanya. Memang wia tak ada la promblem berat sehinggakan 24 jam dok berfikir. Sebab tu wia runsing keadaan diri yang kerap merasa tegang urat di bahagian kiri dan kanan dahi.

Selalunya wia akan telan paracetemol atau panadol untuk hilangkan sakit kepala. Baru baru ni dah kerap sakit kepala lagi kerap wia telan pil panadol, dua biji la standard dewasa. Maka cepatlah satu papan panadol tu habis minggu ni. takut memang takut bila setiap hari makan panadol.. sebab memang tak bagus dan ada effectnya. Wia tau tu, tapi tetap juga telan sebab tak tahan sakit tiap kalai nak masuk tido. Tak tahu kenapa sebelum tido malam sampaila dah makan ubat. Okey sekejap.. bangun tido sakit lagi kepala. Selalu nya terasa urat tegang di kiri dan kanan dahi kepala. Itu yang tak selesa. sakitnya kadang berdenyut denyut. Rutin harian pun terganggu. Sobs sobs..

Bila terbaca satu artikel dalam FB, rupanya macam tu effect telan panadol bila sakit kepala.. Share dengan pembaca blogger, keratan artiket yang wia baca sedikit sebanyak menyedarkan wia akan keburukan pengambilan panadol dan sekali gus buat wia takut sebab sebelum ni kerap sangat ambik panadol dan boleh dikatakan tiap hari. Apalagi serius wia terkejut baca artikel ni (--")

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
So, pagi ni cam biasa, urat tegang di kepala buat wia rasa sakit kepala. Semuanya rasa tak selesa. Jadi lepas je bangun dari tido. Terus mandi. Kiranya nekad nak cuba sesuatu yang baru untuk atasi masalah sakit kepala wia nih. Nak elak telan ubat yang bawa effect teruk jika kerap makan. Maka wia guna kaedah yang digunakan dalam artikel tu yang dikatakan berkesan untuk rawat saki kepala iaitu merendam kaki dengan air suam. So, lepas je mandi. Wia terus jerang air dengan hasrat nak buat kaedah merendam kaki.

Mungkin dah ramai yang mencuba kaedah ni, tapi wia baru hari ni nak cuba. Mana tau berkesan :) Kebetulan memang wia hari ni berpuasa nam di bulan Syawal. Memang agak lewat tapi masih tak terlambat.. mustahil la nak atasi sakit kepala dengan makan panadol. Jadi wia guna kaedah merendam kaki nisebagai alternatif semulajadi mengatasi masalah sakit kepala.. InsyaAllah sembuh..

Ok bila air mendidih, wia terus campurkan air panas dan sejuk ke dalam baldi untuk dapatkan air suam suam kuku. Duduk di atas kerusi sambil merendam kaki dalam air.. Mulanya satu perasaan yang tenang dan selesa. Makin lama kita rendam kita rasa tenteram dan wia pun pejam kan mata buat seketika. Beberapa lama rendam kaki dalam air suam, terasa ketegangan urat kepala kian kurang.. Alhamdulillah sakit kepala berkurangan dan wia rasa selesa. Maka lepas ni wia nak selalu rendamkan kaki sebagai langakh nak hilangkan stress dan sakit kepala. Berkesan la kaedah ni uoOls. Ini pengalamwia sendiri, baru je tadi sebelum terus menaip entri dan mengapdate untuk hari ni ;')

Kalau yang nak lebih selesa, boleh juga cuba ubat ubatan cina yang lebih berherba, dan elakkan telan panadol dah lepas ni. Sebab ubat ubatan yang berherba seperti ubatan cina lebih semulajadi dan tiada masukkan dadah. Ini lebih selamat untuk kesihatan diri. Sayangilah diri kita sebaiknya kerana jasad ini dipinjamkan Allah kita dimuka bumi ini hanya sementara. Jasad kita dan diri kita sendiri adalah amanah dari Allah S.W.T..

Sekian wia berkongsi tentang kaedah lain untuk atasi sakit kepala yang kerap wia alami kekangan ni dengan uoOls. harap sama sama dapat membantu ye :) Selamat Berblogging semua. Pada yang nak mencuba. selamat mencuba. Teehee :D

6 comments:

  1. sakit pala atau pala sakit

    ReplyDelete
  2. nak try jugak la keadah tu nant hehehe..thanks wia 4 da info

    ReplyDelete
  3. best info ni. tq share

    ReplyDelete
  4. @ lieya_idlia2307 try tau lieya jgn tak try :)

    ur most welcome :D

    ReplyDelete
  5. @ Asyraf Azizan Ok thanks.. :)

    amalkan tau ..Hee

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi