Friday 24 May 2013

Nostalgia Dendangan Radio

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua..
Bila rasa nak hapdate kemain laju jari jemari
menari-nari atas keyboard, tapi bila nak taip
tak ada idea..Lama dok tenung laman post yang kosong
untuk ditaip dengan huruf-huruf comel 
untuk menghapdate entri baru. Fiuhh!

Ok semangat menaip, sila lah berkobar-kobar dalam diri.
kerana rasa tak sabar nak hapdate entri baru. Hee
Boleh intro macam tu? :p

Ok semalam hantar mak pegi rombongan.
al-maklum ler cuti sekolah dah bermula.
Hantar la kami adik beradik bersama ayah.
Selepas tu pegi dinner tomyam , macam biasa ayah belanja.
Memang nikmat. Syukur alhamdulillah..

Lepas tu masuk kereta, dan secara
 auto muzik kat radio berkumandang.
siaran Sinar FM dengan lagu jiwang-jiwang dan sentimental value.
Memang masuk dalam jiwa. Sambil nyanyi ikut lirik
mana lagu yang tahu. Rupanya..dah lama juga sebenarnya
wia tak dengar lagu. Itupun dalam kereta..
kat rumah memang jarang dengar lagu kat radio.


Dulu masa zaman IT belum menular dalam diri
Kemain rajin dengar dan layan lagu di radio
tapi sekarang dah malas sangat.
Radia antik mak pun dah lama tak ON. Hikss..

Sebenarnya tak adalah wia nak cerita pasal radio bagai.
Cuma pasal lagu lama dengan lagu baru.
rupanya lagu lama lagi merdu dan bermakna. Cewahh.
lagipun cara nyanyian pun santai..
tak perlu nak semput curi nafas..* Itu pendapat sendiri la *
aisehh tetiba jadi pengkritik lagu pulak. Hadoii ;p

Ok sekian..minggu cuti sekolah dah bermula.,
seronok la adik-adik wia bermalas-malasan atas katil
Rindu zaman sekolah. tai apakan daya...
Masa tak akan berulang kembali.
Psstt esok ramainya jemputan kawin. Ramainya pasaangan kawin.
Tahniah ye.. mana yang sempat wia akan hadirkan diri.
Selamat berblogging...!


1 comment:

  1. akak suka dgr sinar fm..lagu2 80an,90 an best2..sampai sekarang layan pun tak jemu..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi