Friday, 20 May 2011

Asaimen Berlungguk Untuk Tempoh Dua Minggu Genting..

Assalamualaikum :) Salam Jumaat.. dah masuk waktu genting cenggini wia dah mula sibuk dengan asaimen, presentation dan test, kuiz bagai. Maklumlah tinggal kurang dari 2 minggu lagi dah nak start final exam. Wia pulak dalam short sem memang sekejap ja rasa. Sebenarnya malam tadi baru je siapkan separuh. Tu pun wia balik pukul 1.30 pagi dari tingkat 10 blok wia. Nasib kengkawan temankan kalau tak rasa macam bulu roma tegak la kan.. Nauzubillah. Tapi mulai minggu depan memang busy teramat la :'( aigoo.. Harap harap dapat settlekan dengan segera. Sebab nak tempuh seminas Komunikasi. Buat resume dan job profile untuk interview individual.. lepas tu Jumaat presentation. Memang padat dan sangat penat mungkin :)


Semalam pun OB dah buat presentation kecil kecilan dalam group. Wia rasa sejak dua menjak ni lecturer tu ada mood belajar sekejap kemudian separuh masa terakhir buat presentation. Tak kira la group mana pun..tapi ia happening. Sebab kadang kadang dari topik yang diberikan, wia dapat belajar praktis dengan teorinya. Jadi lebih mudah faham. Sebab nama pun short sem. Memang kena cepat habiskan silibus. Memang semuanya very complicated..kadang kadang tu. Tapi bagi wia setiap lecturer ada cara tersendiri untuk bagi pelajarnya mudah memahami. Harap harap la wia boleh naikkan pointer. Sebab yang sekejap ni la keje memang tak boleh tangguh. Minggu depan juga kena hantar asaimen group untuk OB.. dan segalanya untuk Communication. Tetiba rasa best fikir fikir yang student lain dah tengah syok bercuti sakan kat kampung masing masing.

Tambah tambah dah nak cuti sekolah, banyak kenduri yang nak menyusul. Bagi seorang suka makan dan sukakan keraian macam wia ni memang best kalau dapat pergi. Sebenarnya rindukan kampung halaman dan masakan mak. Tadi baru je lepas sembang dan sesi luahkan perasaan kat mak sebab maka laa pendengar setia merangkap penasihat terbaik yang menjadi sumber inspirasi wia untuk terus berjaya dalam hidup dengan usaha sendiri. Kadang kadang bila dah terlalu stress dengan kerja, mak la orang yang pertama kali wia cari. Kemudian pasti raasa tenang. Incik dear pun tak sama dengan mak. Sebab naluri lelaki dengan naluri perempuan kan tak sama. Kadang kadang incik dear tak memahami tapi bila ceritakan pada mak. Mak memang memahami ;)

Selepas ni wia nak siapakan asaimen Job profile. Kena jadi super lady sat. Rindu nak blogwalking..tapi harus settlekan dulu. Tapi ni wia dah terlalu rindukan bl0g sebab semalam pun tak hapdate. Memang dah tahap sibuk mengalahkan orang bekerja yang taip menaip. Kalau bekerja pun mengadap laptop pun dah dapat duit kan. Okey tak mau merapu lagi. Kena taip dan settlekan cepat sebelum semangat hilang. Alhamdulillah kebetulan kelas hari ni dibatalkan awal awal oleh lecturer jadi bolehla wia buat apa yang patut. Rasa heaven jugak dapat cuti. Mata pun belum sihat lagi.. doakan doakan cepat sembuh ek.Amin. Moga pulih dan dipermudahkan segalanya. Sekarang pun mata ni dah ok sikit. Merah pun dah kurang. Harap tak bertambah teruk.. Kang nanti susah pulak kena asyik berehat tak siap pulak kerja. Haevennya kalau dah bercuti sekarang ni... nak lilek lilek kat umah goyang kaki atas kerusi malas tak pun buaian beradu yang ikat di pokok yang rendang di bawah redup. Memang best..tapi tak molek pulak anak dara sedemikian rupa. Kuikui..
Go Go CaYok..! AJa aJa Fighting..!
Nak siapkan cepat boleh rest cepat. Dah takmau fikir yang bukan bukan lagi. Kesihatan pun dah ting tong sebab fikirkan kerja yang tak siap siap. HaiSs.. mata oh mata sabaar ye. Sikit ja lagi.. Sedapkan hati doolu. Tambahan, wia baru dapat tau buka blogspot hari ni yang seorang blogger yang nama blognya telordibasuh telah kembali ke Rahmatullah akibat paru paru tidak berfungsi di Hospital Putrajaya kalau tak silap. Al Fatihah buat arwah. Yang pergi tetap pergi yang ,masih hidup suatu saat kita pun akan merasai saat kematian. Wallahualam.. Jumpa di entri seterusnya..Walla(!) AdioSsss

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi