Monday, 30 May 2011

Ya Allah.. Bahagianya Hari ni :') Genap 3 Tahun.

Assalamualaikum :) Syukur atas kerahmatan Allah Yang Esa kerana hari ini genapla hubungan wia dan incik dear. Oh sungguh hepi dan teruja.. Banyak yang wia dan si dia lalui, pahit manis alhamdulillah masih kekal hingga ke saat ini. Harapnya ia berterusan hingga ke syurga kelak. Amin. Wia tak tahu nak luahkan macam mana, tapi hari ni jugak adalah hari special kami berdua sebab hari ni juga Hari AnniverSary Relationship Love yang ketiga. Yup tahun ketiga.. kalau ambik degree memang dekat dekat nak grad kan. Lama tu tetap lama tapi terasa bagai baru smalam berkenalan.. biasalah kalau wia berangan semuanya macam mimpi. Ehee..



Hari ni 30 Mei yang indah.. setiap tahun wia tunggu saat dan tarikh ni sebab ia akan mematangkan fikiran bahawa setiap hubungan ada mula dan akhirnya. Wia harap wia akan ingat tarik ni sampai bebila. Begitu jugak dengan incik dear.. nasib incik dear bukan seorang yang pelupa. Awal awal incik dear dah wishkat wia.. how sweets! Heaven sangat feeling waktu tue rasa macam penuh bunga dalam taman. Perasaan ni sekali sekala je rasa. Masa tu pipi dah kaler merah jambu. Panas menggebu je dek terharu :') Biasa laa time cenggini memang la nak feeling romantis je kan.. Sebagai seorang perempuan mesti la terharu bila orang yang kita sayang ingat hari special ni.. Meh tengok daisypath ni. Rasa macam nak nangis je sebab nombor tue. Rasa macam syahdu pulak. Maaf ye mode terharu sekejap..

  Heppy Anniversary love my dear..Chop! mesti uoOls yang baca entri ni dan entri lepas rasa macam pelik. Berapa banyak anni yang wia sambut dalam bulan Mei ni kan. Sebab ini la uniknya Mei bagi wia. Berturut turut tarikh yang indah dan bermakna. Hanya wia dapat rasa feeling ni semua. Esok pun ada hari yang special juga. Walaupun dok jauh namun dekat di hati. Desini la tempat wia celebrated. Kalau sambut tak semestinya perlu makan makan kan.. ayat nak sedapkan hati. Almaklumlah wia dan incik dear distance love. Jadi jarang jumpa. Tengok la datingg pun jarang. Tambah hari ni hari Isnin pastinya si dia tengah keje.. dan weya desini study untuk final. Mungkin boleh celebrated cuti semester nanti.. harapharap

Hari ni hari seceria pelangi dan sunshine wia :') Doakan berkekalan hendakNya. Weouls tak macam pasangan lain. Itu je boleh cakap. Bahagia menjadi pasangan kekasihmu. Bermula dari Sahabat dan bertukar menjadi Kekasih. # 30 Mei yang Romantiss.. Okeyla nak tulis dan lukis kenagan dalam kertas. Semoga dream come true. Tak banyak yang wia harapkan.. moga si dia dapat tabah dan memahami wia. Itu sudah mencukupi. Memang adat bercinta harus pandai menjaga dan menghormati perasaan masing masing ;)

Tak mau cakap banyak. Moga disirami rahmatMu ya Allah..Akhirul khalam, bercinta lah di atas tunjang kasih dan sayangg. Moga hubungan kekal ke syurga kelak. Amin. Maka wia dah ada dua anniversary berturut turut. Maaf, wia memang hal kecik pun ambik serius. Harap memahami.. biarlah menyulam kenangan yang indah indah. Yang tak indah.. lupakan dan buang jauh jauh. Okey nak bersiap dan studi doolu. Biar tak celebrated. Janji hati tenang dan bahagia. Senyum dan tak payah kata apa apa dah buat wia rasa macam senyum ke telinga.. ^__________^ May Allah bless us. Doakan hubungan ini berkekalan hingga ke stage yang diredhai Allah. Mungkin insan terpilih dari kalangan yang saling memahami antara satu sama lain ibarat Adam a.s dan Hawa.. wia heppi sangat hari ni ;)
Heppy AnniverSary LOvE :')

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi