Monday, 23 May 2011

Kadang kadang Di Atas Kadang Kadang Di Bawah..

Assalamualaikum w.b.t buat blogger sekalian. Pagi ni rasa dalam hati ada taman bunga. Aissh awat pulak wia dok berjiwang pepagi ni kan. Mana taknya setiap hari cukup tido. Asaimen dah siap semua. Cuma tunggu untuk ke seminar esok. Ke kelas lusanya dan sehingga ke hari Jumaat untuk habiskan sesi perbentangan pasal produk. Aching..! Untuk hari Isnin yang indah ni wia rasa macam teringin nak buat sesuatu yang terindah untuk diri sendiri. Seperti pakai mask yang dibuat sendiri dengan susu dan telur. Kemudian tempek timun segar kat mata. Segar kan. Macam buat spa sendiri.. tak payah guna modal tapi semuanya buat dengan cara sendiri untuk refresh kepenatan mata dan badan yang asyik ngadap laptop siapkan asaimen dan layan FB..ehee :'D
Cuti sememang menyeronokkan. Tapi bukan la cuti panjang yang wia maksudnya. Cukup la cuti di hujung minggu. Rasa nak berkubang atas tilam saja kerjanya. Peluk bantal dan selimut dibuai mimpi mimpi indah.  Tapi itu kalau bolehla. Sekarang rasanya tak sempat dah sebab masa untuk honeymoon dah out. Masa nak rushing tu yang banyak kena grab. Tinggal kurang lagi dua minggu wia dah nak final. Cepatkan? tapi sebenarnya lama wia desini menunggu untuk habiskan semester pendek ni. Apa apa saja la. Yang penting kena usaha usaha gambate sekuat hati. Dua subjek je ibarat terapi buat wia. Memang susah kalau difikirkan susah. Tapi akan mudah bila kalau rajin membaca dan buat latihan. Problem sekarang---> mampu dak wia naikkan pointer untuk semester ni. Jawapan selalu. Wait and see.. Jatuh ke naik semua ketentuannya. Memang redha saja sebaik usaha dan tawakal.

Minggu ni mungkin akan dapat jadual exam. Kemudian haruslah settlekan yuran. Dah tak mau tertunggak. Nanti kemudian hari memang naya. Tukar mood feeling spa semula. Cuaca hari ni yang suam suam kuku memang best ada kat rumah. Setahu wia masa lepas je solat Subuh tadi, hujan rahmat turun dengan lebatnya. Memang mood terbaik untuk rest. Percubaan wia pertama hari ni kurang gula dan minyak. Sambil tu bersenaman setiap pagi. Psstt ke arah nak diet la apa lagi kan.. baru semalam target nak kurus. Haruslah jayakan misi ini dengan sebaiknya. Tak mau putus asa dan berserah separuh jalan. Cuba cara ni perlahan lahan. Doakan wia semoga sukses ye gengg.

  Tapi kan tsk tsk mata wia tak sihat pulak pagi ni even hati senang. Rasanya resaksa ulat tu makin mengganas kot. Wia rasanya pantang makan bukan pantang nampak dah bab makan ni semua. Berair pulak mata ni. Perlahan lahan la kan. Mungkin nak sembuh cenggitu la pe'elnya. Jangan mata ni merah macam resaksa sudah. Nak ke kelas pun fikir dua tiga kali. Oklah semoga teruskan urusan wia dan uoOls dipermudahkan. Ikhlaskan hati. Jangan lupa senyum selalu. Akhirul khalam.. jadi la diri sendiri. Moga hidup diberkati Ilahi =)

Nota cinta--> Kata manis pujangga selalu berias munge munge nan mekar tapi kata puistis ayatnya penuh kata kata indah. Biar apapun wia cuma nak cakap yang penting hati kena ikhlas.  Berdoalah moga apa yang di impikan jadi kenyataan.  Jangan putus asa. Peacee ^^ V . Nikmati hidup ni denga pandangan yang positif dan optimis pasti kekusutan kan kalah. Jumpa lagi entri seterusnya uols. Take care (",)

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi