Assalamualaikum ;)
---- K i s a h D u a H a r i L e p a s ----
Semalam terlepas hapdate sebab busy sangat. Padahal absent* ehem ehem semalam punya cerita dulu nak stori sikit. Pertama kali pegi ke kelas di kampus Shah Alam ni terlupa bawa purse. Jadi menjawabnya berlapar la dari tengahari sampai ke petang. Kebetulan pulak kelas dari pagi seawal 10 pagi sehingga 5 petang. UoOls yang berdiet memang tak akan rasa apa apa.. Tapi wia hadoii mau menjerit jerit cacing dalam perut siap rasa dah berangin kepala. Itu la rasanya baru skip tak makan lunch. Tatau la macam mana perasaan pada sesiapa yang sanggup berlapar habis habisan semata mata untuk kurus..fiuhh. Wia yang baru pertama kali merasa makan lewat, dan paginya pun hanya menjamah megi sup je. tahan la sampai ke petang. Al-maklumlah tak bawa dompet, nak pinjam duit pun segan kat member sebab diorang pun tak makan. Jadi buat dekk je sampai la ke petang.
Memang dari awal lagi di rumah, niat nak beli laksa di gerai tepi jalan menghala ke bukit pintu belakang pangsapuri wia tu ada jual cendol pulut dan laksa Utara. Bau kuahnya pun mencucuk hidunng..lazaaat! Tapi sekadar mengambil bau je. Purse tak bawa.. Ada la balik dengan adik sorang ni. Tapi segan pulak nak pinjam duit dari dia..pendam lagi. Son sob. Melepas cendol pulut dan laksa Utara tue..fuhh! time lapar semalam. Semuanya nak.. tapi kebetulan aku memang hantu laksa, memang teringin bak mengidam la semalam. Tapi dah tak bawa purse >.< memang merana diri. Pendam dan telan air liur laju laju. Sabar =.= Naik je atas..jumpa dulu mini mart kat bawah bl0k. Teringat dari awal yang bawang 3 beradik dah habis. Memang niat nak beli.. tapi memandangkan tak bawa purse..huhu. Tak beli laa jawabnya. Kalau tak beli macam mana nak masak lepas tue.. lapar perut berkriukk >.< Sabar la perutku sayangg.
Memang semalam satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Wia tak sedih kalau wia tak makan..padahal feduli la jugak. Tapi wia teramat sedih sebab kerana money kerana tak bawa dompet macam macam boleh jadi. Semuanya hanya telan air liur..Moral of de stori, duit amat penting dalam dunia sekarang dan selamanya kot, walaupun kasih sayang melebihi wang dan harta menda. Tapi wia rasa dua dua amat diperlukan dalam dunia ni. Sebabnya kalau xada duit, wia tak dapat lunch, wia tak dapat beli laksa dan cendol pulut, dan wia tak dapat beli barang dapur seperti bawang dan lain lain. Tsk tsk :'( Pengalaman semalam tak dapat wia lupa. Siap cerita kat mak dan incik dear.. hanya wia dan mereka yang faham perasaan saat tue =.='
---- C e r i t a S e m a l a m ----
Semalam tetap berlalu, dengan penderitaan yang sakit teramat. Jadi semalam aku habiskan dengan cepat sangat. Tido pun awal. >.< Hanya tuhan dengan roomate tau apa yang terjadi semalam. Jadi hari ni bermula. Cepat cepat aku mulakan dengan penuh keceriaan. Mulanya bangun dengan roti sandwich dan planta + gula. Minum air peel fresh oren ;) Kemudian on9 dan blogwalk pelan pelan.. masak. Cepat masa berlalu, tuptap tuptap. Makan tengari dan tengok cerita Korea.. wah memang indah indah belaka. Hari ni dah alert tak mau tinggal purse lagi. Jadi cepat cepat pastikan yang purse sentiasa ada. Langkah kanan..nak pegi je ke kelas, Azfarina member yang wia kenal masa nak sewa rumah nie, weoul sebaya tau. Dia ajak pegi kelas sama sama. Naik kereta Myvi barunya.. cantik(!) Dah orang tumpangkan, syukur alhamdulillah..
Meja Jepun wia ;)
Cumil x?Ke kelas agak best, terasa macam cepat masa berlalu, tepat 4.30 petang kelas tamat. Dalam kotak fikiran wia memang nak cucuk duit yang dah kering dalam purse dekat ATM Bank Islam dalam kampus. Tu saja yang dekat yang wia tau..hikSs. Kebetulan memang kebetulan..lepas keluarkan duit $100..wah langkah kanan lagi bila Malisa, classmate ajak pegi TesCo. Haha.. hati banyak senang, bermunge munge gittu. Memang kecik tapak tangan.. besau stadium Shah Alam wia tadahkan. Nak nak keluar je dari bangunan bendahari, terus Malisa and de geng mai jemput kot. Cepat cepat la naik..dah orang nak bawa. Memang tak sangka pun.. :) Senyum ke telinga wia tau ;p Kira memang tuah badan.. Pegi Tesco Shah Alam Seksyen 13 yang memula wia pegi sensorang aritu. Weee..sopink time (!)
Macam macam beli tup tup $7777.. haaa? $77.77.. Wow uOols bayangkanlah..apa yang wia beli kan.. Tapi nak stori, wia ada beli meja lipat Jepun dan barang barang dapur semua. Tapi tujuan wia pegi Tesco memang nak beli tu pun. Cari meja kayu xda..agak sedih. Memandangkan ousmate wia pun beli meja kiut yang comei sesangat. Tanya akak yang keje katsitu cakap dah tak ada.. so sad:'( Rasanya yang masa wia pegi sensorang hari tu ada nampak tapi tak sangka pulak pegi hari ni dah tak ada. Ke memang wia dok terbayang kata ada. Sabar saja laa. Last last beli meja biasa yang ada corak fantasi tue.. Jadi la lepas berdolak dalik. Last last beli jugak ;) Berat jugak tapi nasib bawa ramai rakyat. Jadi mau tak mau depa bantu laa.. achingg(!)
---- S t o r i H a r i N i e ----
Salam Jumaat yang mulia. Yup hari ni seperti minggu minggu yang lepas, wia akan ke kelas pagi untuk Biss Communication. Yang paling tak best sebab pegi ke kelas dengan ramai ramai dengan si Alya, si Mas dan Amy tapi bila dalam kelas wia keseorangan sebab diorang dok depan sangat. Takut wia tak dapat catch up.. Jadi wia dok baris ketiga dari depan, tapi satu line tu wia sorang. Memang agak rasa alone..tapi wia tabahkan saja. Bukan wia tak kesah dok sorang sorang. Sebab sebelum ni memang kemana wia dah biasa keseorangan. Tapi bila ada dua orang 'teman rapat' dulu.. ahaaa memang kena letak penutup dan pembuka bicara sebab ada makna tu. Maknanya dah tak rapat laa, sebab mungkin wia tak tahan dengan perangai diorang yang agak keterlaluan dengan wia. Titik.
Mereka berdua dok belakang dan ada la dua orang lagi bersama mereka. Naik jijik wia tengok diorng yang over, perasaan meluat tu memang muncul secara tiba tiba* Sebab wia kenal sangat perangai busuk diorang sebab dah berapa lama bersama kan.. depan baik suci bak bidadari, belakang busuk macam sampah berulat. Ok terlalu kotor ayat wia. Memaafkan sesama manusi amat dipandang mulia oleh Allah S.W.T.. cuma wia menaip atas rasa apa yang wia rasa untuk gmbarkan perangai diorang yang salah 'makan' tue.. Ok bukan nak stori pasal diorang sangat cuma tak suka kelas yang sama dengan diorang. Hampehh >.<
Wia dah spoilkan mood. Jadi tutup cerita pasal tu, sekarang nak berbl0gging seperti biasa. Ok siap stori hari ni bila balik je kelas terus masak ikan gorengg kegemaran. Ikan temenung atau kembung. Sebab utamanya jadi kegemaran wia.. satunya senang untuk di siang, kedua mudah untuk masaknya dan rasanya pun sedap kalau digireng atau direbus mahupun buat sambal Nyum nyum :') Jadi menu wia hari ni memang ikan laaa ;p masak sendiri pertama kali di umah sewa. Merasa jugak kan.. suasana macam kat rumah sendiri even umah sewa je. Ok jumpa lagi next entri..walla (!)
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥