Tuesday, 17 May 2011

Berangan Kalaulah Ada Sebuah Qheta..

Assalamualaikum sekalian yang membaca karya wia ni, alhamdulillah hari ni cuti umum bagi semua maka yang berkerja mahupun pelajar sekolah ataupun mahasiswa dan mahasiswi termasuk semua BERCUTI sehari kerana penganut agama Buddha menyambut Hari Wesak hari ni. Bagi wia yang tak ada transport yang dok diam diam kat rumah sewa sambil study chapter untuk test OB esok. Setakat ni wia nak habiskan 4 chapter. Tinggal lagi dua lagi..mungkin petang nanti selepas wia habis jalan jalan umah blogger yang lain. Dan yang pentingnya mestilah bila dah dapat habiskan pengarangan bagi entri ni supaya tetamu my precious blog tak sunyi.. kununnya la;p

Wia sebenarnya nampak heppi tapi dalam hati nak luahkan dalam entri kali ni yang kalaulah wia ada kereta.. wia tak perlu susah susah jalan kaki untuk ke kelas hari hari. Kedua, kalau la wia ada kereta..dah pasti wia tak perlu tumpang member untuk pegi sopink barang dapur. Tentunya laa pegi sensorang lagi beSt.. yess itula wia. Boleh je shopink sensorang sebab rasa puas nak dok lama mana kat supermarket tu sambil belek belek barang yang ada tanpa terasa ada yang menunggu. Yang pasti lepas tu, dapatlah beli barang yang dikehendaki dengan lebih tepat dan tidaklah beli dengan tergesa gesa. Kemudian kalau la wia ada kereta,wia takkan habis kredit fon sebab call member yang ada untuk mintak tolong. Tapi diorang tak tolong pun sebab dah menapak jauh. Yang ada pun ambik endah tak endah je. Wia jugak yang terasa menebal muka ni dok mintak tolong sana sini.

Kalau la wia ada kereta, pasti wia akan ambik angin jalan jalan ke tempat yang best best untuk mencuba permandangan di tempat orang. Kalau boleh nak snap gambar banyak banyak buat kenangan. Wia pegi sensorang pun tak apa, sebab itu lagi senang sebab tak menyusahkan sesiapa. Kita pun bebas nak kemana.. alangkah indahnya :') Dan kalau la wia adaa kereta, tak payah wia susah susah jalan kaki semalam untuk pegi Maxis center yang kununnya ada berdekatan dengan U wia..tapi bila ditanya tak ada. Masa tu hampa sangat.. On the way nak balik singgah beli laksa Utara dengan cendol pulut bungkus untuk hiburkan iri sendiri. Kalau ada kereta, mesti wia dah pegi bayar broadband ni semalam lagi dah settle..

Banyaknya wia nak buat andai wia ada kereta sekarang nie.. tapi itu mungkin mustahil nak ada sekarang. Sebab kalau wia ada kereta, mungkin weekend  wia dah boleh balik Kampung kat Kedah tu tiap dua minggu sekali. Syoknya..yang pastinya weekend wia mesti terisi. Alangkah nikmatnya saaat itu.. Tapi sekarang adalah mustahil. Wia cakap kalau.. mungkin wia banyak berangan. Kenkadaang berfikir jugak, terasa selalu sangat susahkan orang iaitu member. Sampai naik malu dah. wia dah tak ramai kawan kat Shah Alam ni.. Meamng tacingg. Almaklumla biasa sangat kalau time susah tak ada siapa nak tolong..ce time senang memang ramai yang menempek. Betul tak..uoOls pun tahu fanomena ni kan. Tapi itukan semua kalau.. tapi wia penah dengar tak baik main kalau sebab tu semua kehendak tuhan.



Wia tak kesah kalau wia ada kereta apepun yang penting bila dah ada lesen semua boleh bawa kan tak kira manual ataupun auto. Yang penting dapat berlindung dari hujan ataupun panas. Berenjin tu perlu mudah nak gerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Bila la agaknya dapat merasa keselesaan yang sedimikian. Yang penting, hanya Allah yang tau. Tunggu saja dan kini wia hanya mampu bersabar atas kehendakNya. Mungkin ada hikmah kan.. Siapa tak jeles tengok kengkawan keluar jenjalan sebab diorang ada kereta tapi wia cuma ada sepasang kaki yang cumil. Kuikui. Oklah serius semula, jangan mudah mengalah wia..yang penting hidup mesti diteruskan. Wia tahu hidup ni banyak yang berliku. tak semua datang bergolek. Apepun kita enjoy apa adanya. Itu lebih redha dengan apa yang ada. Wia rasa hepi dan ceria walaupun hanya bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan pancaindera yang diberikan tuhan. Wia akan nikmati sepuasnya ^^
Pada kengkawan terpilih..minta maaf wia terpaksa suasahkan uoOls andai ada urgent sebab uoOls yang terbaik dari yang terbaik. Sebabnya wia boleh je naik bas tapi disebabkan tak tahu selok belok disini. Terpaksa la susahkan jua walaupun wia sendiri berat hati. >.< Siapa la suka susahkan hati kengkawan. Hmm apepun kalau la wia ada transport.. pasti wia boleh je berseorangaan walau kemana pun. That Me:) Tapi setakat ni.. bersusah susah la dahulu bersenang kemudian. Amin.. baru knal erti hidup sebenar. Susah kengkawan. Bersyukur a seadanya. masih kenikmatan tu terasa. Nauzubillah..

Apepun selamat bercuti semua :) Wia pun nak sambung baca chapter untuk test. Kalau lapang mesti wia gerak ke umah uoOls walaupun tak dapat banyak. Sebab tenet yang tak mengizinkan tetapi terima kasih kerana masih setia my broadband. Selamat bergembira ye. Walaupun hati wia sekarang macam kosong teringat kampung halaman dan keluarga agaknya, tunggu.. tak sampai sebulan je lagi nak balik. Tapi bab yuran..hadooi. money Oh Money =.=" Jumpa lagi next entri dari semasa ke semasa. Yang penting syukur apa adanya. Walla(!) AdiossS.

3 comments:

  1. kenikmatan pasti dimiliki,
    cuma masanya saja cepat atau lmbt..
    insyallah wia akn rasai naik
    kereta idaman sndiri 1 hari nanti ;)

    bole cik ain tumpang..^__^

    ReplyDelete
  2. Amin... mudah mudahan cik ain :)

    tak sabar pulak nak naik kereta sendiri
    ^^

    nanti wieya dah ada kereta..wia tumpangkan ek ;)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi