Saturday, 21 May 2011

Experience with New Member Housieee..

Assalamualaikum:) Alhamdulillah kerja semalam siap separuh. HikSs. Keje smalam yang mana ye? Alaa yang resume tu. Banyak kot naipnya. Rindu nak blogwalk. Tapi tenet nia macam tak mengizinkan wia selalu dekat padanya..psst, padahal terlebih limit pakai hari tu ;p Biarlah kan yang penting wia dapat jugak hapdate. nak tambah volume. Semua tu caj belaka. Jadi gunala seadanya selagi termampu. Ada nada pasrah desitu. Sebenarnya wia niat nak publish gambar roomate + ousmate wia. Sebelum tu nak tanya uOols semua. Penah tak ada kawan serumah yang non muslim. Mesti ada yang penah ada yang tak kan..? Bagi wia ini la pertama kali bergaul satu bumbung dalam satu umah dengan non muslim. Meh baca sampai tamat ok;)
Sebenarnya wia bersatu bumbung satu rumah dengan tiga orang non muslim dan roomate wia muslimah macam wia. Roomate wia sebaya tapi selalu tak ada di rumah. Mungkin kaki jalan kott. Jadi wia selalu ditinggalkan. Tacing. Kuikui.. tak jugak sebab bukan feveret jalan tanpa tujuan. Ok cerita mengenai umah sewa wia pulak ada tiga bilik. ua bilik comel dan satu bilik master. Agak besar sikit dan siap ada toilet dari bilik comel yang dua ni. Kiranya rumah wia ni fully furnished sebab penyewa lama yakni membe pada yang non muslim ni jugak. Pindah jadi wia yang masuk. Dan masukla pulak roomate sorang lagi ni.. menjadikan penghuni rumah sewa wia sekarang 5 orang. Tiga yang kekal ada cina buddha dan dua orang adik beradik yang still dalam bilik master tu berbangsa cina kristian.

Kan dah bercampur. Wia melayu tulen kot* sebab tak penah selidik salah silah galur keluarga dan roomate wia Melayu Jawa. Hee.. 1 Malaysia kan. Cuma bangsa India ja tak ada. Nak bagitau cemana feeling dok sebumbung melalui pengalaman wia. Memang berbeza. Berbeza sangat bagi kita orang Melayu yang beragama Islam tinggal bersama berbanding tinggal dengan non muslim. Tapi tak banyak sangat bezanya. Sebab 18hb yang lepas genap wia sebulan tinggal di rumah sewa ni. Tak banyak sangat masalah. Cuma pertama kali tu memang banyak yang wia belajar..likuliku sementara nak biasa tu memang dah lalui. Bukan susah pun..ikut rule je jadi dua dua pun akan ok. Mula tu memang pelik dan terasa jugak sebab asyik ditegur. Depa memerhati tambah tambah adik pada yang bersaudara tu. Kakaknya dan sorang lagi yang Cina Buddha tu masing masing buat hal sendiri saja. Like me :D Tapi apakan daya..semuanya dah berlalu. Yang penting umah sewa ni mementingkan kekemasan dan kebersihan berpanjangan. Wia selesa desini :') Pengalaman berbeza tinggal serumah dengan yang non muslim.. sekadar pengalam tau. Ditekankan desitu.

Dari segi pergaulan, mereka jarang bercakap kalau tak ada hal. Macam kita sesama Melayu selalunya keluar ke tak..kita akan bertanya nak kemana. Pendek kata sentiasa ambik tau. Depa pulak dak. 
Bab masak memasak, weoul bergilir gilir. Tak penah pulak berebut. Yang pasti wia masak guna perkakas wia sendiri. Dan depa pun guna barang depa. Depa ada pelawa wia guna jugak. Dan wia sendiri yakin yang depa tak makan daging yang tak halal tu sebab bukan senang nak masaknya. Lagipun baunya akan pelik gittu. Yang tambah meyakinkan wia kebanyakkan perkakas umah sewa wia ni milik membe depa yang Melayu tu. Jadi sebab tu wia tak ragu ragu guna sesetengah barang contoh pisau. 
Selain tu, bab kewangan dari segi berkongsi bil air, bil elektrik dan duit kongsi gas. Semuanya senang depa bagi. Kalau kita sesama Melayu macam susah sikit banyak kan. 
Ha..lagi satu wia baru teringat, kalau bab time makan wia selalu jemput depa. Gaya adab kita la kan.. tapi bila depa makan, depa tak berapa ajak sangat. Mungkin tak biasa dengan wia kot. tapi dah sebulan desini..depa nak mula pandai sila jemput makan ke apa ka.. best!:) Kadang kadang depa buat cucur yang ousmate wia Cina kristian tu. Wia merasa juga makan sebab nak ambik hati :'D 
Kalau bab azan tu.. memang area umah wia dapat dengar dari surau ni. Meriah tau. Depa pula mesti la tukar channel lain time azan di dalam TV. Yang itu wia perasan. Tapi depa pun tau tu tandanya masuk waktu. Sini Malaysia kan..^^ Wia ambil positif je. 
Dari segi tengok tv di ruang tamu. Wia jarang sangat.. sebab lebih suka ngadap lappy. tapi bab cerita yang wia minat wia pasti depan TV je. Dan depa terpaksa mengalah. Sat sat nak cerita yang dua orang adik beradik tu depa layan cerita Melayu tau. 
Pelik juga wia memula tu. Yang cina tu biasala.. tak sangat dan lebih kepada hiburan cina la;p Berbeza ye.. Itu la serba sikit pasal ousmate dan roomate wia. Meh nak cakap pasal latar belakang  pulak okey.
Wia (Owner bl0g)- Kedah
Sye yin- Johor
Bergilia- Sarawak
Adria- Sarawak
Aini- Johor

Okey wia perkenal satu persatu. Gambar dari FB depa ja. Maaf ye ousmate, roomateku. Sengaja stori pasal uoOls hari ni. Wia grab mana yang sempat. Grrr. Tenet agak low. Apapun siapa pun dan dengan siapa pun kita stay yang penting saling menghormati dan melindungi antara satu sama lain adalah yang terbaik. Ini pengalaman wia boleh la diceritakan pada anak cucu kelak. Memasing ada pengalaman. 22 tahun mengajar wia kenal dunia luar. Yang mana watak dan perwatakan manusia yang berbeza walaupun rambut sama hitam. Tapi hati lain lain, wallahualam. Sila tengok gambar mereka untuk kenali wajah ye :)

Gambar ketika membe depa(tengah) kawin.
Itula Akma ousmate mereka doolu. Kini wia yang ganti stay bilik depa.
Kiri gambar : Syeyin, Akma dan Bergilia.

Syeyin yang iras Tiz Zaqyah..cantik!

Adria dan Azfarina.. 
Adria adik pada Bergilia dan Az panggilan manja, 
dia la wia kenal semasa nak sewa umah sewa ni;)

 Aini..roomate setakat ni.

Akma dan Az dah keluar umah ni digantikan dengan wia dan aini. Yang pasti depa ok ok saja. Tinggal kurang lagi setahun wia nak habiskan studi. Harap boleh stay kat umah ni. Ops wia taak buat entri umah sewa lagi kan..ehee. Tak payah la kot. Dah sebulan baru nak buat:P Yang penting umah ni selesa. Siapa pun roomate ousmate wia, yang penting jaga hati dan jangan gado gado. Bermesra la dan jangan bermasam muka. InsyaAllah..semuanya akan baik. Ahaaa wia, aini dan syeyin sebaya tau. Peace ^^V dan Bergilia tua setahun dari kami. adiknya muda setahun dari kami. Jadi kira tambah tolak bahagi sendiri la ye=P Oklah dah panjang lebar ni..siap minum makan dua kali dah..blurp! Sedapnya ousmate tengah memasak. Bau ketam..nyum nyum. Ceria selalu. Walla(!)

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi