Monday 16 May 2011

Cikgu Cikgi JasaMu KuKenang ;)

Assalamualaikum :) memula wia nak ucap rasa syukur dapat jugak log in blogspot ni. Sebabnya tenet broadband wia teramat low dah terlebih la katakan;p Tapi wia tetap nak hapdate sebab rasa terpanggil nak wish  bersempena 16 Mei hari ni pada cikgu Taska wia.. cikgu tadika, Cikgu sekolah rendah dari wia darjah satu sampai darjah enam.. Cikgu sekolah Menengah tingakatan Satu sampai Tingkatan Enam atas.. dan akhirnya pada Pensyarah sem satu sampai sem sekarang..Dengan big heart wia ucapkan ;)
Selamat Hari Guru..Terima Kasih Cikgu.
Banyak sangat pengorbanan Cikgu pada wia dari wia tak kenal huruf A,B,C sampai Z dan nombor 1,2,3 sampai huruf berbilion bilion lemon. Kini wia dah boleh mendarab, tambah tolak nombor, mengira mengeja dan membaca. Syukur alhamdulillah.. memang banyak pengorbanan seorang yang bergelar cikgu. Memang perlu dikenang sampai bila bila. tabah sungguh hati seorang cikgu atau bahasa bakunya Guru. Guru pendidik bangsa.. membentuk pelajar, murid dari kecil sehingga dewasa. Tetapi teramat TERIMA KASIH buat Cikgu yang mengajar wia Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Bahasa inggeris waktu UPSR dulu time sekolah rendah. Masa tu wia comot lagi..budak hingusan yang langsung tiada masalah. Yang kerjanya heppi memanjang.,hikss..

Kemudian, naik pulak ke peringkat menengah rendah..wia terhutang segala pengorbanan cikgu cikgu yang gigih mengajar wia subjek Sejarah, Sains, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Kemahiran Hidup, Bahasa Melayu, Geografi, Pendidikan Islam.. Rasa tak terbalas segala usaha memberi kejayaan pada anak didiknya, termasuk wia dalam subjek PMR.. kemudian dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5 wia terhutang budi bada Cikgu Cikgu yang mengajar Matematik, Matematik tambahan, Sejarah, Bahasa Melayu, Fizik, Kimia, English Science dan technology dan Biologi, Bahasa Inggeris. Sungguh banyak rintangan waktu wia di tahap ni. almaklumlah dah meningkat dewasa, dah akhil baligh.. Banyak dugaan belajar time ni. Tapi Cikgu sentiasa membantu susah senang.. TERIMA KASIH cikgu :) Alhamdulillah SPM dapat ditempuh dengan penuh kenangan manis dan pahit..

Kemudian wia sambung masuk pula dalam tingkatan enam bawah dan tingkatan enam atas ambik subjek killer, FIZIK sebagai major. Di sekolah yang top studentnya ramai genius..bahasa pengantar bahasa omputih. THANK YOU teacher! ;) setahun setengah disana masuk pula wia desini..Univercity life. Terima kasih pensyarah kerana limpahkan ilmu Bisness pulak. Pendek kata komunikasi, law dan segalanya wia dah belajar.. Syukur. Pendek kata tenaga pengajar Cikgu tinggi amanahnya. Usaha dan pengorbanan tak dapat dinilai.. Terima Kasih yang mampu wia ucapkan.. yang penting kerana cikgu di Sekolah mahupun mak ayah.. tak berilmu la wia sekarang. Alahmdulillah.. sekarang dah celik IT dan dapat berblogging dalam dunia alam maya untuk belajar dunia tanpa sempadan. Supaya tak digelar " Katak dibawah Tempurung.. semuanya bermula dengan belajar. Berguru menimba ilmu..sesungguhnya kerjaya cikgu sungguh mulia. Di ibaratkan lilin yang menerangi kegelapan. Nota---> wia rasa wia pun tak mampu nak jadi seorang guru kerana terlalu besar pengorbanan, tambah wia seorang pemarah. Garang pulak itu:$

Teringat zaman persekolahan 16 Mei mesti tak belajar sebab buat sambutan sempena Hari Guru. Meriah(!) UoOls pun mesti penah kan.. tipu la kalau tak. Hee.. Ok pepagi tu mesti buat perhimpunan kat padang sebab sekolah wia ada da sesi. Pagi dan petang, jadi ramai.. astaka kat padang la selalunya tempat spesifik. Setiap tahun pula ada pencalonan guru..contohnya guru aling macho, guru paling sporting, guru paling slumber..guru paling cun dan banyak lagi. Jadi adala cikgu yang dapat award bagi kategori kategori yang wia bagitau kat atas tu. Meriah..paling naik bulu rama pabila semua guru ramai ramai menyanyikan lagu tema Hari Guru. Banyak gelagat.. suka. Meriah dan penuh kaler warna warni ;) Dah kata pun tak belajar.. ada perasmian simbolik ikut tahunan. Kemudian wia ingat lagi akak senior bergabung dengan abang senior buat wakil dari pelajar dengan hadiahkan guru guru kad ucapan gergasi. Sekolah uoOls pun mesti ada kan? Mesti superb jugak kan meriahnya :')

Masuk tahun nie dah tiga tahun wia tinggalkan zaman Sekolah. Rindunya menjadi murid yang memakai baju seragam sekolah.. sama sama kawan yang sebaya menimba ilmu. Berkejar kejar menaikkan markah dan prestari belajar.. Indahnya zaman di bangku Sekolah. Rindu cikgu cikgi yang sekarang masih teruskan kerjaya ataupun dah bersara ye. Apepun dimana pun keberadaan Cikgu wia sekarang harap mereka semua sihat sejahtera dan berbahgia disamping keluarga masing masing. Yang cikgu muda mesti dah kawin ;) Cepatnya dunia berputar.. Selamat juga buat teman teman wia yang bakal menjadi seorang guru. tahniah dan Selamat Hari Guru.. Mesti banyak uoOls dapat hadiah dari anak murid atau pelajar. bahagianya.. hiksS. Kenangan wia nak sediakan hadiah buat guru guru pun masih segar dalam ingatan. tapi wia bajet pada Cikgu tertentu. Yang lain wia kongsi dan wakil dari Kelas je. Jimat kan? ;) biar murah tapi penuh bermakna buat cikgu tu.. Mudah mudahan.

Oklah akhiru khalam dari wia.. moga Hari Guru ni disambut dengan penuh makna. Boleh tak wia cakap wia nak balik ke zaman sekolah yang penuh suka suki tu...rindu:') Tapi hidup mesti diteruskan untuk menggapai cita cita di hati. Doakan wia menjadi seorang lecturer. Amin.. berkat doa uoOls. Pointer kena jaga. Ok, selamat berblogging uoOls. Saat ni wia tengah layan lagu Hindustan yang best meletoOop kat radio, teringat zaman lama. Terima kasih Cikgu.. moga terus berbakti. 16 Mei sentiasa disambut setiap tahun..insyaAllah. Maaf wia lambat buat entri. Sekarang tengah buat spa kat diri, rindu keluarga wia di Kedah. Shah Alam wia keseorangan.. alOne~ See Yu next entri bl0gger. Walla..adios.

1 comment:

  1. selamat hari guru ;)

    teringt ngan ckgu2 skola dulu
    rindu kan..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi