Friday 27 May 2011

Fuhh! Legaa Rasanya..

Assalamualaikum. Iklan sebentar, Senyum dulu sambil tarik nafas dan hembus penuh kesyukuran. Alhamdulillah!~ Betapa berharganya dapat bernafas di dunia nyata ni. Empat hari tak muncul di arena blog terasa rindu mencengkam sanubari. Ehem biar nampak dalam sungguh rindunya. Empat hari yang sungguh sibuk. Itu yang wia boleh cakap sebab menghantar asaimen, bersiap sedia dengan buah fikiran untuk perbentangan dan settlekan segalanya dalam minggu ni. Yang pasti semuanya kenangan :) Wia bersyukur hari hari yang lepas semunya dipermudahkan, walaupun mendadak sekaligus tapi sekarang dah boleh bernafas tenang. Maka boleh la tumpu pada final exam, dua minggu dari sekarang.

Dua minggu?! Cepatkan tapi itulah kenyataan. Schedule exam draf pertama dah keluar. Wia tak pasti patut heppi loncat loncat atau perlu bersedih sebab final exam bakal menjelma. Kalau ikutkan dari persediaan memang tak banyak yang wia buat. Tapi memandangkan ni pertama kali merasai sem pendek maka semuanya harus bergerak pantas. Kalau dalam diari memang dalam 4 hari macam macam cerita dalam seribu satu macam.. cuma kalau wia nak hapdate kisah basi macam tak syok pulak. Nak cakap # broadband wia dah semakin low. Tak sabar tunggu 7hb, supaya dia berdesup semula. Ngee :'D masa tu boleh la lawat hempa semua dan komen apa yang patut. Wia tau ramai yang tak singgah sebab wia dah lama tak buat sesi ziarah menziarahi.. Huh! siapa yang sudi mai kalau tuan rumah pun tak singgah menyinggah kan. Tunggu ye bila semuanya ok nnt. Sebab #broadbaand tu la sumber tenet wia desini, umah sewa tercinta. HikSs. Ada sesi pujuk memujuk desitu..


Letih? Normal kan bila dah settle semua baru terasa letih. Kemudian yang pasti pasti, lapar.. yang tu memang habit wia la sebab selesai je satu satu perkara. Pekena bihun sup yang sedap petang tadi lepas presentation memang buat hari ni rasa special. Tapi lapar punya pasal wia tak sempat snap gambar bihun sup yang ingatkan wia pada sup masakan mak di rumah. Ditambah pulak dengan sambal kicap. Memang orang orang lani cakap.. Perggghhh. Memang terangkat. Masa tu memang tak ingat apa dah. tumpu pada kenikmatan makan tu sendiri. Kuikui. hebat taak wia bila menikmati makan.. tu memang habit. Suka makan makan dan jenjalan bila dah settle satu perkara tu.


Sebenarnya dalam diam tak diam, wia tak sabar nak habiskan exam. Dah sebulan lebih kiranya tak jumpa famili. Rindu jangan ditanya lagi.. memang boleh rasa nak hug ja kalau ada depan mata sekarang ni. Terutama pada si kecik Badrul yang sekarang tak sihat. Baru baik selesema tapi batuk batuk pulak. Kemudian mak dan ayah. Alhamdulillah mak sihat dan ayah makin pulih sejak eksiden hari tu. Pada pali, adik wia yang sorang tu nakal tapi dah dewasa pun diaa. Tak lupa pada Nana yang 2 bulan tak jumpa. Kebetulan hari ni dia dah mula stat cuti selama 3 bulan sampai bulan 9 ni.. Bestnya dia. Memang lama dia bercuti syok kan.. tatau belum sampai lagi kot tadi. Pendek kata rindu famili dan tak lupa pada tok dan tok wan di kampung, serta sedara mara.. Ada gaya macam nak buat ucaapan pada hari Raya tak?.. apa apa ajalah. janji hmpa faham la noh apa yang wia cerita ni ;)
Sesungguhnya hari ni dapat spend time depan laptop ni. Hapdate blog..maknanya hari genting tu dan sipi sipi tamat. Dua paper lagi akan wia tempuh pada insyaAllah 8hb dan 10hb depan. Boleh kira dengan jari kan? Gemuruh dah ni. Pertama kali nak ambik exam kat Shah Alam.. teruja pun ada. Jujur wia cakap walaupun kampus sini iaitu Shah Alam banyak kelemahannya tapi disebalik tu kampus sini lagi syok dari Bestari Jaya..nun jauh di kekampungan. Tengok dah dapat belajar di dua kampus. Siapa tak heaven:') sebab tu dapat buat perbandingan. Yang pasti dua dua ada kelebihan dan kekurangan. Tapi bab selok belok kampus ni baru dapat tau serba sikit. Bab library, cafe, surau, bangunan satelit dan semua wia dah tau. Cuma masih tawu tak tawu tu normal la di tempat baru. Dengan cerita kampus lama dah sunyi lengang. Kesian pulak. Tak dapat bayangkan cemana. 
Yang penting wia bahagia desini. Di Shah Alam, sebab disebalik kejadian mungkin ada hikmahnya. Wia dah faham.. Dengan kengkawan yang baru. Depa sangat memahami. Sem ni wia bergaul dengan kawan baru tapi tak sangka dapat masuk satu kepala sebab depa happening. Yang wia nak bagitau awal awal.. wia rasa janggal dari segi ketinggian. Itu saja. Yang lain.. semua ok:) InsyaAllah kalau diizinNya wia akan kenal depa dalam blog ni. Semuanya baru dan perubahan yang wia buat ni untuk kebaikkan sendiri. Sebab tu orang cakap perubahan penting buat seseorang. Hijrah memang besar nilainya. Sekarang wia berhijrah tempat baru, kawan baru, tempat tinggal baru. Ousmate baru dan segalanya baru. Cuma nak tekankan yang perangai dan sikap wia saja yang tak berubah.

Sebab tu omputih kata "Jangan pandang buku hanya melalui halaman depannya" kerana peribahasa orang Melayu pulak kata " Tak kenal maka tak cinta"
Akhirul khalam kengkawan, berubah ke arah kebaikan kerana itu penting dan disarankan. Dan jangan pula berubah ke arah yang boleh binasakan diri. Ada sebab kenapa wia tak berkawan dengan kawaan lama dan segalanya berubah :) Biarlah hati ini dan Sang Pencipta yang tau. Ok senyum dan harungi hidup uoOls denagn sebaiknya sebab hati yang tenang selalunya mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.. wallahualam :) Okey wia nak rest sambil tengok cerita Rapunzel doolu. Hepy bl0gging all. Miss him and my family so much✿

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi