Thursday, 10 November 2011

Bahagia Terasa :)

Assalamualaikum. Wia dah selamat dah sampai ke Kedah Darul Aman pukul 3 petang tadi. Syukur selamat sampai ke destinasi. Even penat sebab berjam jam dalam bas tapi berbaloi baloi uOols bila jejak kaki kat rumahku syurgaku jumpa mak ayah dan adik adik ;) Pertama kali yang wia nampak masa on de way sampai stesyen bas tempat wia, nampak la sawah padi nan menghijau. Cantik!! Sebab warnanya hijau pucuk. Sweet sangat. Mula la wia bayangkan kalau padi tu kian masak, mesti kuning keemasan kan. Sweets!

Awal awal wia nak cakap yang rumah wia bukan la dekat sawah padi ataupun orang Kedah panggil sawah tu bendang. Sebabnya wia tinggal di kawasan perumahan taman. Jadi susah juga nak jumpa sawah padi. Tapi wia akan jumpa sawah padi jika on de way nak balik rumah. Best sangat. Tetiba rasa nak photoshoot. Walaupun tau diri tak fotogenik dan tak cantik. Serius permandangan sawah padi memang indah mata memandang. rasa nyaman dan damai jaa.

Sebab rasanya hari ni genap dua bulan wia tak balik ke kampung halaman. Tak berjumpa mak,ayah dan adik adik. Tak merasa masakan dari air tangan mak. Yela dari 10.09.11- 10.11.11 :) Lama sangat rasa dua bulan tu seakan dua tahun lamanya. Wia bukan cengeng tapi wia memang macam ni. Suka bersama keluarga. Boleh dikatakan semua orang pun cenggitu juga kan (^__^) Tipulah tak rindu rinduan tak jumpa famili lama lama. Biasa la tue.. Alhamdulillah hari ni tercapai juga nak jumpa famili yang sekian lama tak tatap wajah.

Terus peluk cium mak. Rasa macam nak peluk lama tau. Balik je terus mak jamu makan tengahari. Mak memang memahami. Adik wia yang dak Pali yang jemput wia di stesyen bas cakap mak tak masak apa, makan maggi ja katanya. Tapi wia tahu dia tipu :p Masuk dapur mak suruh makan sebab mak tahu anak daranya ni tak boleh kalau tak miss makan. Hee. Hidangan yang mak sediakan buat wia terliur sangat. Ada gulai ikan kacang bendi, sayur sawi, daging goreng bersama ubi kentang, sambal belacan dan ulam ulaman.
Berselera wia makan tadi sampai bertambah nasi. Sedapp sangat! Dah lama tak makan makanan sedap sedap. Nak nak air tangan mak pulak tue. Mak temankan wia makan. Sedangkan adik yang balik sekolah dah tertido masa tu dan dak pali jumpa kawan dia. Ayah pulak tak balik keje waktu tue. Berselera makan sanaa sama dengan mak. Sambil lepaskan rindu cerita itu dan ini. Heppi sangat.. Terima kasih ya Allah..

Malamnya mak tunjuk kat wia langit malam ni. Cerah dan terang.. Wah bulan penuh uoOls. Mak cakap malam ni malam 15 Zulhijjah. Bila wia check taqwim rupanya betul :) Subhanallah.. Mengikut taqwim, agi ni pkul 4.16, bulan purnama ikut taqwim ISLAM. Pukul 7.22 pagi bln terbit. Subhanallah !!~ Besarnya kuasa tuhan. Serius bulan malam ni cerah. Terang dan mendamaikan. Perasaan ini hanya Allah yang tahu. Malam ni tido nyenyak la wia :p

Selamat berblogging uoOls. Wia akan hapdate dari semasa ke semasa, walaupun kat rumah ni banyak aktiviti :) Eh esok dah tarikh cantik la 11.11.11. Ramai yang buat kenduri kawin, ada yang bertunang dan berkahwin. Tarik cantik untuk dijadikan sejarah. Mudah mudahan, hari Jumaat yang indah dan tarikh yang indah buat kita semua diberkatiNya. Syukur ya Allah beri wia kebahagiaan ini ;)

P/s :Banyak ngidam nak kena langsai nih. Kuikuikui ;)
Selamat bercuti rakan sekuliah yang dah habis paper..

5 comments:

  1. selamat kmbali ke kg halaman ;)

    ReplyDelete
  2. nak blk kmpung jugak... huhuhu

    ReplyDelete
  3. besnya balek cuti balek kg.S dah nak abes cuti dah... ;(

    ReplyDelete
  4. balik kg erkk wia..
    hrap semuanya baik2 saje yea ;))

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi