Kata orang, tahun baru ISLAM juga sama dengan tahun baru Masihi. Masuknya 1 Muharram hari nie, perlu ada azam baru dalam memperkukuhkan diri rohani dan jasmani. Sebab itu, setiap tahun perlu kurangkan buat dosa kerana kita tahu, sebagai manusia biasa kita memang tak lari dari buat salah dan silap. Kerana kita juga tahu yang manusia memang tak sempurna. Bukan hanya wia..awak, awak dan awak juga tak sempurna. Jadi sentiasalah bermuhasabah diri ye semua. Wia cakap ni bukan untuk uoOls saja tapi untuk diri sendri juga sebenarnya.
Kata orang juga, buka buku baru maka tertutup la buku lama yang wallahualam dalam buku yang lama banyak pahala ataupun banyak dosa. Takutnya bila terfikirkan hal ni..Itu semuanya di tangan ALLAH. Sebagai umatnya kita lakukan apa yang perlu dan tinggalkan apa yang dilarang. "Amal Maaruf, Nahi Mungkar"..
Bagi wia, tahun baru, azam pun baru. Mudah mudahan wia banyak mendekatkan diri Nya. Doa doakan ye uoOls. Dah tak mahu gosip sana sini. Minta dijauhkan dari keburukan dan amarah orang. Amin. Jauhakn perkara yang membencinya. Ok wia tahu setiap muslimin dan muslimat ada azam dalam tahun baru. Moga ada sinar baru dalam Maal Hijrah tahun nie.
DOA AKHIR TAHUN
DoaDOA AWAL TAHUN
Doa awal tahun adalah doa pembukaan bagi tahun hijrah.
Ianya dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)
Ianya dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)
Salam Maal hijrah buat semua muslimin & muslimat ;) Heppi berblogging. Moga cuti sempena awal muharam ni dapat di manfaatkan bersama keluarga tercinta, kawan kawan dengan perkara perkara berfaedah. Psst jangan lupa baca doa awal dan doa akhir tahun yang wia share dengan uoOls ni ek. Salam ceria (^^,)
Selamat berhijrah buat semua. Selamat datang pada mualaf dan saudara baru yang ambik pendekatan 1 Muharam untuk masuk dan memeluk agama ISLAM.. Alhamdulillah ISLAM agama yang indah, suci dan bebas mengikut syariat Al-Quran dan Hadith. Wallualam. Salam ukhuwah fillah semua. Moga silaturahim terjalin antara blogger sempena tahun baru ISLAM 1433 H ni .. Amin :)
- Salam Maal Hijrah -
salam maal hijrah :)
ReplyDeleteselamat tahun baru sayang..moga tahun ini memberi sejuta keberkatan buat kita..amin.. :)
ReplyDelete