Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H - Awal Muharram ;)

Assalamualaikum. Hari ni hari minggu. Ye itu semua orang tahu. Tapi yang lebih utama sekarang seluruh umat ISLAM di seluruh dunia menyambut tahun baru ISLAM yang masuk 1433H hari nie :) Alhamdulillah wia dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T untuk menikmati alam dunia ini dan masih diberi ruang untuk menghirup udara dan bernafas dalam muka bumi ini.

Kata orang, tahun baru ISLAM juga sama dengan tahun baru Masihi. Masuknya 1 Muharram hari nie, perlu ada azam baru dalam memperkukuhkan diri rohani dan jasmani. Sebab itu, setiap tahun perlu kurangkan buat dosa kerana kita tahu, sebagai manusia biasa kita memang tak lari dari buat salah dan silap. Kerana kita juga tahu yang manusia memang tak sempurna. Bukan hanya wia..awak, awak dan awak juga tak sempurna. Jadi sentiasalah bermuhasabah diri ye semua. Wia cakap ni bukan untuk uoOls saja tapi untuk diri sendri juga sebenarnya.

Kata orang juga, buka buku baru maka tertutup la buku lama yang wallahualam dalam buku yang lama banyak pahala ataupun banyak dosa. Takutnya bila terfikirkan hal ni..Itu semuanya di tangan ALLAH. Sebagai umatnya kita lakukan apa yang perlu dan tinggalkan apa yang dilarang. "Amal Maaruf, Nahi Mungkar"..

Bagi wia, tahun baru, azam pun baru. Mudah mudahan wia banyak mendekatkan diri Nya. Doa doakan ye uoOls. Dah tak mahu gosip sana sini. Minta dijauhkan dari keburukan dan amarah orang. Amin. Jauhakn perkara yang membencinya. Ok wia tahu setiap muslimin dan muslimat ada azam dalam tahun baru. Moga ada sinar baru dalam Maal Hijrah tahun nie.
DOA AKHIR TAHUN
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaup...un Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
DoaDOA AWAL TAHUN

Doa awal tahun adalah doa pembukaan bagi tahun hijrah.
Ianya dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)


Salam Maal hijrah buat semua muslimin & muslimat ;) Heppi berblogging. Moga cuti sempena awal muharam ni dapat di manfaatkan bersama keluarga tercinta, kawan kawan dengan perkara perkara berfaedah. Psst jangan lupa baca doa awal dan doa akhir tahun yang wia share dengan uoOls ni ek. Salam ceria (^^,)

Selamat berhijrah buat semua. Selamat datang pada mualaf dan saudara baru yang ambik pendekatan 1 Muharam untuk masuk dan memeluk agama ISLAM.. Alhamdulillah ISLAM agama yang indah, suci dan bebas mengikut syariat Al-Quran dan Hadith. Wallualam. Salam ukhuwah fillah semua. Moga silaturahim terjalin antara blogger sempena tahun baru ISLAM 1433 H ni .. Amin :)

- Salam Maal Hijrah  -

2 comments:

  1. selamat tahun baru sayang..moga tahun ini memberi sejuta keberkatan buat kita..amin.. :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi