Friday 25 November 2011

Majlis akad Nikah putih Krim ;)

Assalamualaikum. Salam penghulu segala hari. Majlis Akad Nikah lagi dan lagi. Yang paling utama, wia bernikah ke.? Dengan siapa..? Inai merah di jari wia ke.? Hehe. Suspens sikit. Jeng jeng jeng..Alhamdulillah, hari ni wia dapat hadiri satu lagi majlis akad nikah member wia ;) Kebetulan pengantin lelaki ada bau bau bacang dengan wia . Kira mak pengantin lelaki ada laha sepupu tok wia. Ada bau bacang juga la kan. Syukur dah setahun lebih mengikat tali pertunangan akhirnya di hari yang baik, dengan sekali lafaz Kak Fizah selamat di ijabkaabulkan dengan tunaang tersayangnya yang sekarang dah bergelar suaminya dengan sekali lafaz.

FYI ini kali kedua wia hadiri majlis akad nikah selepas yang pertama masa teh wia kawin Ahad lepas. Memang agak segan pada mulanya. Tapi bila dah hadiri lama kelamaan perasaan tu mula hilang sikit demi sikit. Kata orang sambil menyelam minum air. Masa wia hadiri majlis dapat juga wia timba pengalaman macam mana gayanya majlis berlangsung. Rupanya macam tue.. Hee

Wia tak nak cerita panjang. Majlis bermula 10 pagi. Memandangkan wia bertolak awal dengan mak, pengantin lelaki dan perempuan baru mai dalam 10 minit kemudian. To kadi merangkap tok imam masjid tempat wia pula datang agak lewat juga sebab ada majlis akad nikah lain yang lebih awal yang perlu tok kadi tu hadiri. Walau cenggitu, yang penting sekali lafaz Kak Fizah selamat sah bergelar seorang isteri kepada suaminya. ;) Tahniah Kak Fizah yang umurnya  berselang 4 tahun dari wia..Jom tengok gambar yang sempat wia snap dengan fon Nokia kesayangan.
Berdebar saat menunggu - Sang pengantin perempuan ^^.
Saat pembatalan air semayang ;)
Saat sah bergelar suami isteri :'D
Saat penyarungan cincin selepas akad nikah ,  Soo Sweets!
Saat isteri mengucup tangan sang suami ;)
Alolor.. romantisnya :D
Yang penting pengalaman buat kenangan manis buat semua orang kan. Begitu juga dengan wia. Syukur dapat lihat orang heppi dan bahagia dalam membina  masjid. ;) Tahniah buat pengantin baru !! Semoga berbahagia hendakNya. Wah sorang demi sorang dah mula bina masjid. Kalau ditanya wia, insyaAllah belum masanya lagi. Lagipun belum bersedia. Haha.

Itu je nak cerita hari baik bulan baik hari ni. Cepat masa berlalu. lusa je lagi kita akan masuk tahun baru Islam. Kata orang buka buku baru, tutup buku lama. Wallahualam. Akhir kata dari wia, banyak nya member jemput mai kenduri kawen, tapi psst cuti wia pula tak lama. Cepatkan masa. Yang penting enjoy bersama keluarga itu penting. Banyak yang wia belajar dalam menempa zaman dewasa. Ok selamat berblogging uoOls ! Ceria selalu yeah. Bercita cita untuk kawin..? Oh itu belum dalam angan angan seorang bergelar Dawia Honeyputri ;p Ceria selalu..

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi