Sunday 6 November 2011

Qorban Perantau - SelamatHariRaya AidilAdha 1432H.

Assalamualaikum dan Salam AidilAdha. Wah tentu meraih raya uoOls kan.. Alhamdulillah. Wia yang beraya keseorangan di negeri orang pun turut merainya dengan gembira walaupun yelah berseorangan tanpa teman disisi, apatah lagi berjauhan dari keluarga tercinta. Sedih itu memang sedih. Tapi tiada la air mata yang menitis, mengenangkan ada perjuangan yang harus wia teruskan untuk mencapai cita cita. Ini pertama kali merasainya.

Kesunyian di rumah sewa keseorangan, ditambah pula jiran kiri dan kanan tiada. Memang tersangat rasa asing dan boleh dikatakan bangunan Pangsapuri yang wia ngidam seakan kosong tanpa penghuni. Hanya ada tv, radio dan lappy sebagai penghibur. Selainnya telefon sebagai penghubung. Walau camanapun wia bersyukur kerana ada juga makanan yang boleh dimakan sempena nak meraikan hari raya Qorban kali ni walau pun berbeza suasana dan tempat.

Tiada la makanan yang sedap sedap cam ketupat, lemang, rendang, nasi impit atau kuah kacang bagai. Cuma sekadar biasa biasa. Rumah sewa katanya. Tak cukup lengkap sangat untuk masak itu dan ini. Lagipun sorang kan.. Jadi menu wia cuma biasa biasa. Yang penting cara kita rai tu yang rasa lebih bermakna.. Okey menu makan wia di pagi raya ala barat pulak. Sebab ini yang mampu..Hee
Menu pagi raya di perantauan ;)
Kuew tiow Sup ;)
Tanpa ayam atau daging - Special Edition :D
Ini la menu wia di hari raya Qorban 1432H.. Syukur alhamdulillah :') Tiada ketupat lemang seperti tradisi. Tapi ini pun dah mencukupi.. Kentang goreng dan nuget ala kadar dicicah sos dan mayo. Agak makan berat sikit kuew tiow sup.. Hee. Wia heppi walaupun sunyi dan keseorangan. Tapi raya tetap raya bukan. Cuma terkilan dengan incik dear sikit. Tapi biarlah yang penting mak tetap teman setia tika wia berjauhan. Setiap detik dan waktu sentiasa berhubungan sama ada mesej atau fon. Terima kasih mak sayang.. Mesti penat sangta hari ni ramai tetamu dan sanak saaudara yang mai katanya. Sebab anak anak daranya tak dapat pulang beraya Qorban tahun ni..

Pada uoOls, mesti banyak aktiviti dihabiskan dengan famili tercinta. Wia tumpang heppi ye. Berjauhan cenggini, terasa juga bila teman teman tak ada pun yang ingat diri ini. Tiada mesej comel yang diberi tanda diri di ingati. Cuma mak yang sentiasa diHATI susah dan senang. Saat bergembiraa.. Hmm wia faham mesti la ramai yang tak sempat. Nak nak suasana raya ni kan.. Okey Salam Aidil Adha ye.
- Di Hari Raya Qorban 1432H -
Raya tetap raya kan ;) Heppi selalu..Selamat berblogging uOls wia ucakan. Blogger tetap blogger. Eh dah macam pantun pulak. Cuba menceriakan diri apa adanya. P/s: Makan sedap sedap ingat wia yang jauh ye ni ye. Salam kerinduan buat famili tersayang di Kedah. Moga bergembira hendakNya. Pssst tak sabar nak habiskan paper dan balik kampung.

7 comments:

  1. selamat hari raya idil adha, semoga membawa kenangan manis w/p berada di perantauan:)

    ReplyDelete
  2. selamat hr raya aidiladha :')

    ReplyDelete
  3. saya pn raya sorg2 gk,,, sayunya,, huhuhu,,,

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  5. salam aidiladha dear (:

    ReplyDelete
  6. salam aidil adha wia..ala tak pa wia walaupun berseorangan jer sambut raya..yang penting family wia tetap kol n sms wia biopun diorang jau kan

    ReplyDelete
  7. french fries pun sodap jugak.. dah adat orang beraya di perantauan kan.hehe

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi