Tuesday, 29 November 2011

Berburuk buruk Dahulu, Bercantik cantik Kemudian.

Assalamualaikum ~
Berburuk buruk dahulu, bercantik cantik kemudian. Hee. Mesti hang, hang dan hang tak penah dengar kan.? Hamboii wia cakap loghat Kedah sat aih. Tak kesah kot noh. Hati bermunga munga #berbunga bunga hari ni. Bukan sebab baru lepas berdating ke hapa tapi legaa sebab result belum keluar lagi hari ni. Delay minggu depan pulak. Sabar saja laa. Lega sat walaupun ada sesetengah member wia dah frust sebab lambat keluar.

Yang penting wia rasa heppi dulu. Okey berbalik pada berburuk buruk dahulu, bercantik cantik kemudian. Memang tak dinafikan yang sekarang wia memang buruk. Sebab buta fesyen, buta mekap. Buta tu maksudnya memang tak tahu langsung. Banyak yang kena belajar lagi. Cantiknya tengok member dalam FB yang pandai dalam make up, berpakaian dress yang cun, pose yang cantik cantik. Kata orang, gojess sangat.!

Memang itu yang perlu untuk seorang gadis yang meningkat dewasa. Tapi wia pula masih buruk. Masih buruk yang dimaksudkan adalah tidak pandai dalam bermekap. Dress up hanya biasa biasa, kekampungan lagi. Kata sedara mara, umur 22 tahun masa zaman dulu dah ramai yang kawin. Tapi ni zaman millenium, zamna teknologi. Kalau belum ada jodohmesti la belum berkahwin. Jauh sekali wia nak berfikir pasal berkawin dan bertunang. 

Banyak lagi yang belum puas dalam hidup nie. Ikutkan hati wia, nak belajar tinggi tinggi. Berkerja .Kumpul duit baru boleh cantik cantik. Ada duit, nak kuriskan badan. Tipu lah tak nak ramping. Memandangkan dah tak boleh tinggi. Hanya kena jaga badan supaya ramping slim cam kerengga itu yang boleh. Tak dinafikan sekarang debab. Berisi. Ditambah rendah. Hadoii, ibarat pokok rendang hang tau. Bukan orang saja yang perasan tapi wia sendiri rasa. Huhuhu. Jadi patut capai matlamat dalam urus penampilan diri sendiri :-

Muka berwajah bentuk 'V' memandang muka wia berwajah boOlat.
Kuruskan dan kecilkan pinggul, peha, lengan dan perut.
Makan makanan yang seimbang tapi dalam kuantiti yang sedikit - On diet.
Belajar make up yg cantik dan natural.
Berpakaian cantik ikut ketinggian.

InsyaAllah wia akan penuhi harapan ini, walaupun lambat dari orang lain. Kata orang nak cantik kena rajin. Betoi kan..? :) Best tengok member yang cantik, gojess tambah tambah di hari bersejarah dengan si dear suatu hari nanti. Siapa tak mau kelihatan terbaik dan cantik. InsyaAllah berburuk buruk dulu, dan bercantik cantik kemudian. Kata orang biar lambat dari tiada kan kwn2 ;) Selamat berblogging. Semangat nak cantik bila tengok member yg cantik menawan ^^V

2 comments:

  1. cantik dalaman lg penting syg :)
    bila dlm cantik,ia akan reflek luaran kita :)

    ReplyDelete
  2. hee..make up, fesyen2 ni blh belajar..

    pape pon be urself n jaga peribadi..

    kan2?

    :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi