Friday, 25 November 2011

Laporan Penuh TPM Mai Jamuan Bersama..

Assalamualaikum. Sambungan cerita pasal TPM mai Serdang.. Tak banyak lagi nak cerita, tapi "Jamuan Bersama Rakyat" petang tadi dah berjaya dengan jayanya. Walaupun cuaca panas terik, tapi majlis tetap dapat sambutan bila ramai yang turun sama sama meraikan majlis tue. Mulanya TPM hanya ke Merbok, Sungai Petani dan tengahri tu baru smpai ke Serdang tempat istana syurga dunia wia bersama famili tercinta.

Seawal pagi lagi seperti yang wia stori kan dalam entri lepas, banyak acara dah berlangsung. Ada motosikal berkuasa besar, ada pameran moto vespa, mini konsert, kereta kawalan jauh dan banyak lagi. Paling wia teruja heli yang berlegar legar #Siaran ulangan. Okey kalau pagi wia singgah jenguk sat bawa adik bongsu Badrul tengok pertunjukan kereta kawalan jauh dan bot berenjin kawalan jauh. Agak tengahari, wia bawa mak pula untuk berjumpa dengan TPM dan dengar amanatnya.
Masa Ketibaan TPM ;) Sempat juga wia snap..
Makin tengahari, berpusu pusu manusia dah mula membanjiri. Jarang jarang dapat tengok manusia berkumpul ramai sambut pemimpin kedua negara dalam suasana 1 Malaysia. Yang dapat wia lihat tadi banyak keselesaan dan segalanya berjalan lancar. Urus setia bijak mengurus, seakan majlis tiada kecacatan. Wia bukan saja ada jumpa kawan kawan, malah ada cuma sedara mara. :)
Ada tarian singa dan pencak silat :D
Beshnya suasana camni ;) Terhibur uoOls..! Lepas Zuhur baru TPM mai dengan sambutan tarian singa di tengahari yang terik, dan diselangi dengan pancak silat oleh kanak kanak. Berpusu pusu manusia sambut. Oh sayangg nya wia tak memiliki bab sony apatah lagi baby Canon mahupun baby Nikon. Huu. Walau camanapun sempat juga snap gambar dengan kamera henfon Xpress Musix wia. Haha..

Okey tak penting tue semua yang penting dapat tengok wajah TPM dekat dan sambutan yang menggalakkan. ;) Okey makan tadi pun sedap dan memuaskan. Mungkin suasana tu tak penah rasa, tapi lebih baik dari sambutan Hari Raya. Bezanya ribuan orang dengan ratusan memang tak sama la kan uools!
Ucapan dari Tan Sri :)
Selamat Berblogging semua. Psst dah akhir tahun ni ramainya member wia nak kawen. Tumpang heppi (^^,) Ok sorri lari tajuk tapi yang penting kalau cuti sekolah memang banyak kenduri kan. Paling best TPM lawat mai melawat, walaupun dalam berita di tv, hanya tunjuk sikit dan sekali imbas. Tapi yang penting lebih bermakna. Ceria selalu.. Jumpa entri seterusnya ye sang kacak dan sang jelita.

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi