Assalamualaikum. Selesai sudah paper pertama wia :') Dalam dia tak diam, cepat masa berlalu. Raya pun makin dekat. Esok je lagi. Apa kan daya.. hati ini terkenang kampung halaman, tapi demi final exam yang menjadi penentu masa depan. Wia korbankan cuti raya sempena nak habiskan paper minggu depan. Lepas tu boleh la balik cuti lama lama sempena cuti semester.
Member serumah sorang demi sorang dah balik ke rumah masing masing. Nak raya la katakan.. Bestnya bila fikir beraya bersama keluarga tercinta. Tapi ini la pertama kali wia tak dapat balik beraya bersama keluarga. Perasaan tu sedih sukar di ungkap. Maklum la tak biasa. Tapi mungkin minggu depan juga wia balik, jadi perasaan tu tak terasa sangat. InsyaAllah. tapi beraya sorang sorang kat rumah sewa ni. Memang sayu la juga. Tiada teman bersembang. Tiada makanan sedap sedap.
Yang ada makanan biasa biasa. Wia tak tahu nak masak apa raya ni.. Kena pelan juga. Supaya sambut la juga walaupun tak seberapa. Kan meraikan raya itu indah. Teringin nak makan sup juga. Kalau buat sup telur pun sedap kan uoOls.. Tapi dah nama pun keseorangan, tak tahu la cemana nanti. Aduhai,,sabar lah hati. Ada hikmah disebalik kejadian. Lepas dapat cuti sem nanti, nak qada la apa yang patut.
Heppi tengok orang balik kampung, Sayu tetap sayu. Rumah sewa ni pun dah makin sunyi. Kereta kat tempat parking pun banyak dah kosong. Jalan raya pun dah makin lengang. Pssstt ada sesiapa nak bawa wia jenjalan sempena raya tak..? Wah bahagia kalau hari raya makan kenduri Korban. Pada yang bercuti balik kampung, "Selamat Bercuti" wia ucapkan.. Hati hati di jalan raya okey.
Wia hanya beristirehat dan beraya dengan "nota , buku, tv dan lappy" :) InsyaAllah semuanya akan okey. Percubaan pertama beraya tanpa keluar dan kawan. tapi keseorangan. Okeylah hari ni mesti ramai yang busy kan. Tadi ada telefon mak kat kampung, katanya esok menu sup tulang. Sedapnya.. Kesian kat mak kena masak sorang sorang, tapi wia tak cakap. Takut mak sedih. Jadi masing masing simpan faham perasan sendiri sendiri. Yela kali ni mak mesti terasa sebab dua orang anak daranya tak dapat balik. Adik wia kat UPM pun tak balik.
Nasib tak lama lagi je lagi wia dah nak balik. Jadi tak terasa sangat perasaan sedih walupun tipu la kalau tak rasa langsung. Okey selamat berblogging uoOls. Makan sedap sedap ingat wia desini ye. Rindu kampung halaman. Rindu mak ayah dan adik adik. Rasanya dah dua bulan tak balik. Sobs sobs..P/s : Rasa nak beraya sorang sorang dengan masak nasi impit dan kuah kacang. Sedap juga tu kan ;)
Besh malam tadi makan malam dekat tempat romantik sebelah Hotel Corncode Shah Alam ;) Di Anis Sup Utara. Tapi tak sempat nak snap gambar, sebab semuanya lapar sangat. Taka ada kenangan la semalam. Tapi memang best makan berlima. Nasi dan sup dia sedapp. Kena dengan selera wia. Hikss. Sempat lagi nak mencelah bagitau. Sebabnya tak ada bukti. Tak boleh nak share katsini. Sekali lagi selamat bercuti uoOls !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alah sedihnya beraya sensorang. jaga diri ok. make sure sebelum tidur tu kunci semua pintu dan tingkap. kalau boleh ajak lah kawan teman. agak bahaya duduk sensorang.
ReplyDeleteapa pun, Salam Aidiladha :)
Terima ksih sis atas nasihat :)
ReplyDeleteInsyaAllah saya buat semua tue.. tapi member semua balik kg..
Slmt Ari Raya :) ;)
kesiannya wia..
ReplyDeletedok rumah sewa kt mn tu??
ira pon exam gak tp start 9 nov..
so mmg blk umah la..
xsanggup nk dok ostel sorang2..wuwuw..:)
salam aidiladha..
psss: joom join GA!
salam kengkawan..sempena rayer korban nie an..korg korbankan butang LIKE korang sumer kt PIC saya boleh??? juz 4 fun =)..tengs dear
ReplyDelete1st step like page ni..
http://www.facebook.com/pages/Love-Emotion-Pictures-Photography/166099660092081
then like pic ni..
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=269455543089825&set=a.267812093254170.57160.166099660092081&type=1&theater