Assalamualaikum dan salam bunga mekar bahagia buat uoOls. Cantiknya cuaca dan langit hari ni. Alhamdulillah wia masih diberi keizinan oleh Sang Pencipta Allah S.W.T untuk bernafas tika menaip saat ini. Syukur :') 16 November adalaha tarikh keramat dan bersejarah buat mak ayah wia tersayang. Ini kerana 23 tahun lepas, tarikh ini, walaupun berbeza hari mak ayah wia disatukan dalam ijab dan qabul..Saat dinikahkan menjadi kekasih Halal dunia akhirat. Subhanallah. Syukur dah 23tahun. Hari ni merupakan Ulangtahun Perkahwinan mak ayah
♥
Bahagianya tika melihat mak ayah saat ini. Walaupun banyak rintangan dan dugaan ditempuh sepanjang membesar kami 4 beradik. Terima kasih mak ayah untuk semua ini. Wia sebenarnya terharu kerana saat ini mak dan ayah saling menyayangi. Disatukan oleh kelurga, alhamdulillah kekal sampai sekarang. #Mengikut cerita yang diceritakan mak, memang mak dan ayah tak penah bercinta.. Tup tup disatukan dalam usia yang muda. Nasa di ijab qabul.. Mak yang cantik manis berusia 22 tahun, psstt waktu umur wia sekarang :p dan ayah yang hensem trang tang tang waktu tu berumur 27 tahun. Dengan jarak 5 tahun, sampai sekarang hidup bahagia. Bahagia dalam keluarga yang penuh kasih sayang.
Ayah seorang yang tegas tapi ada masanya kelakar..Mak pula seorang yang lemah lembut dan kadang kadang garang. Hee. Tapi bila dah seorang air, seorang api..Maka seimbang la bahtera yang dibina itu..Hehe. Memandai ja wia karang pasal bab kawin ni.. Padahal belum ada pengalaman. Cuma saja wia cerita serba sikit pasal mak ayah wedding ;) Nasib ada kenangan gambar kawin mak ayah. Sebab orang dulu dulu tak sangat bergambar. Kalau bergambar pun kadang kadang hilang. Tapi yang penting, kekal bersatu dan saling melengkapi susah dan senang bersama.
Buat maka ayah tersayang,,Selamat Ulangtahun Perkahwinan ♥
16 November yang Ke-23 tahun. Moga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga..Amin :)
Okeyla selamat berblogging semua. Wia tak dapat lagi blogjog laju laju. Cuma sekadar termampu. Itu pun slow sangat cam siput sedut. Wuwuwu. Selagi lagi, tanamkaan sifat kasih sayang pada orang tersayang keluarga mahupun saahabat handai dan walaupun si dia. Pasti munge kebahagian menyinari hidup dan ruangan taman hati uoOls. Wah berfalsafah gittu wia hari nie :) Akhir kata, wia doakan yang terbaik buat mak ayah dunia akhirat. Menjadi anak solehah buat mereka berdua. InsyaAllah..
"Heppy Anniversary My Beloved Parent !! "
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥