Wednesday, 23 November 2011

Menu petang : Kuih Karipap :)

Salam keceriaan. Tetiba petang camni rasa lapar akan kuih muih. Jom pekena salah satu kuih feveret wia yang dah lama tak makan ni. Alang alang dah tengah bercuti ni boleh la makan apa yang rasa nak makan kan.Hee.. Kebetulan cuaca pun dah mendung hujan rintik rintik. Perut cepat lapar..

Memang sinonim kan, kalau hujan mesti perut otomatik rasa nak makan saja ;) Ok bila kat dapur ada karipap berinti daging berlada. Menu petang wia la petang nie. Pekena pulak denga teh "O" panas. Memang terangkat. Hehe. Wia suka makan panas panas. Tak suka berminyak. Ala ala macam gambar kat bawah nia.. Comel je kan? Ada ubi kentang, daging dan berlada. tak pedas sangat. Sedaap!!

Karipap camni memang feveret wia dan famili. Jarang buat dan sekali sekala dapat makan, sekejap ja sepinggan dah habis dimakan. Wia memang tak pandai kelim atau buat corak bunga kat tepi karipap ni. Mudah je sekarang guna acuan. Tapi memang tak sama kalau dapat buat kuih karipap dapat kelim terus corak pada tepung disekeliling karipap ni. Sesiapa yang pandai buat, leh ajar wia.. :) Teringin sangat nak belajar. Serius wia minat bab bab nie..

Susah sekarang nak jumpa karipap yang betul betul sedap. Wia pulak tak gemar karipap pusing sebab ia menggunakan minyak sapi untuk membuatnya. Sebab tu karipap pusing gebu sangat bila makan. Lagipun karipap pusing banyak minyak. Karipap sedap pada kulit karipap dan intinya. Kalau diganding kedua duanya memang sedap habis. Wia suka inti karipap yang dimasak mak. Mak selalu buat dengan ubi keledek dan bukan ubi kentang. Tak tahu kenapa..Tapi yang wia tahu, memang sedap inti ubi keledek :')

Ok jemput minum petang semua. Psstt wia suka cakap pasal makanan. Wia suka snap gambar makanan. Apa maksudnya ye uoOls..? Sampaikan kat FB pun wia suka upload gambar makan. Kalau cakap wia suka makan, ia memang betu pun :p hikss. Hepi berblogging uoOls. Bestnya dapat hapdate laju laju tapi tak dapat blogwalk laju laju. Tak sabar nak tunggu cerita Tentang Dhia sat lagi..

P/s : Bila la tenet nak normal.?? Dah tak sabar nak promote CHURP CHURP laju laju. Wuwuwu. Hadoii, henfon line wia pun dah kena sekat :'(  Nanti wia cerita dalam entri akan datang ek. Dah tak boleh sms dan fon incik dear.. Nasib ada fon lagi satu yang nampak lama tapi hempuk kat dinding pun tak pecah. Heheh ^_~

2 comments:

  1. kalau petang2 memang sedap..kene pulak dengan teh o panas...erk!!sedap nye...:)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi