Thursday 19 May 2011

Mata Nie Merah Lagi Sebab Ulat Jahat !

Assalamualaikum :) tika wia menaip entri ni kondisi wia agak tak stabil tapi masih waras. Sebabnya semalam pekena ubat dua biji terus tido awal dan nyenyak betul sampai ke pagi. Ini pun masih ngantok tahap dewa tapi tak mau la lemahkan badan sebab asyik baring je. Sebab tu wia bangun dan bersarapan supaya jangan dilayan sangat mata dan kepala yang mengantuk sebab makan ubat tu. Banyak sangat dadah ni dalam ubat yang semacam ubat selsema. Okey biar la wia berterus terang. Sebenarnya malam semalam wia terkena virus kat mata yang menyebabkan mata merah terang sangat, berair sebelah mata tak henti henti macam menangis, dengan kekerapan mata ni bertaik dengan sejenis cecair yang macam gam tu.. mesti dikalangan uoOls penah terjadi menda yang sama tapi wia pun biasa jadi akibat resdung yang banyak di bahagian mata. >.<

Sesetengah orang banyak resdung dibahagian hidung, teling dan kaki. Kepala pun ada tau. Tapi wia pulak banyak di bahagian mata, Sabar ajalah. Yang wia pertama kali tau waktu tu wia berumur 19 tahun,  tetiba mata wia bengkak sebelah kanan jugak. Bengkak semakin besar macam ketumbit. Siap ada isi ketumbit pun ada.. masa tu wia di hostel tau. Balik je hujung minggu terus mak ayah bawa pegi klinik pakar mata, hidung dan tangan dekat Parit Buntar. Apalagi..dah dapat la puncanya bila dikesan dengan satu alat mesin yang boleh nampak kekuningan merebak sana sini bila kelopak mata wia bahagian atas dikelepek keatas. Masa tu mata ni gatai menqhenyam..maksudnya tu gatai sungguh sungguh*. Mak yang nampak isi dalam mata wia bila doktor tunjukkan pada mak. 

Apalagi sebab dah terlalu bengkak. Doktor syak ada nanah dalam bengkak tu, dia nak buat operation kecil. Oh tidakk! tak mau la takut kot =.=" HaiSs.. last last bila doktor tu faham apa yang aku rasa. Dia cakap dia akan bagi suntikan dan ubat. Kala jadi lagi sekali dia dah tak boleh buat apa apa kecuali operate. Ya Allah minta dijauh dari resdung, serangga jahat yang gigit sana sini di mata wia. Amin.. Selepas tu mata ni pulih setelah dua minggu jaga pantang makanan dan makan ubat ikut turutan. Bernasib baik tapi ubat ubatan dia mahal makan beratusan sebab nak pulih. Kesian mak ayah. :'( berhabisan duit sebab wia.. wia remaja dah mula ada penyakit resdung. Semuanya sebab makanan terutama makanan laut. Aigoo.. mana taknya masa kat ostel banyak makan udang yang besaq. Sotong goreng, kerang dan banyak lagi yang menyebabkan mata ni cepat terkena resdung yang jahat!


  Kuning itu la resdung.. ulat dia !
 
Selepas dari tu wia terus berjaga jaga tapi kadang kadang mana la tahan kan dengan godaan udang yang bertenggek yang pinggan dengan masakan yang menyelerakan. Kerang rebus, ketam goreng, sotong masak kunyit dan ayam kentuki. Memang buat nafsu makan bertmabah. Tapi itu la punca resdung makin berleluasa. Tambah makan belacan kompom cepat je resdung ni menular. Kalau orang lain dekat bahagian hidung ke telinga. tapi wia kat bahagian mata. Yang wia cerita kat atas ni masa pertama kali cerita. Yang kedua, masa wia kat hostel di sem empat yang mata macam luka pecah pembuluh sebelah kiri. Tetiba nampak mata luka dari dalam. Memang seriau sangat wia.. pegi klinik jugak. Makan ubat lega. Dan yang ini kali ketiga yang wia rasa sekarang. Memula Jumaat lepas naik ketumbit kecil. Wia dah rasa gatal gatal sakit.. malam semalam tengok dah merah. Biar aajelah.. bila gatal wia pegi gosok mata tue. 



Esoknya bangun subuh mata sebelah kanan tak boleh bukak. Macam kena gam kuat. terasa macam tertutup cuma air mata sebelah kanan keluar je. Mata kan sensitif. Basuhkan mata perlahan lahan dengan air baru boleh buka, tapi terkejut wia bila mata ni kemerahan yang amat. Tak macam malam tadi.. macam nak nagis pun ada sebab semlam dah la ada dua kelas. Yang mana kelas petang tu, ada test pulak tu. Kredit pula dah habis nak bagitau mak. Bagitau incik dear dan mak lepas solat Subuh. Kedua duanya suruh pegi Klinik. Wia tido kejap. Bangun terus siap pegi kelas. Mata ni tak henti henti berair tempat yang kemerahan tu. Dengan mata sepet sebelah. Gagahkan juga pegi kelas dan ramai yang cakap wia sakit mata. wia iyakan saja. Malas nak layan satu persatu. Padahal wia dah tau ini angkara ulat resdung. Sebab wia gosok mata semalam laaa. Dah tak tahan gatal sangat.. pegi klinik. Tuptup kena RM40.. pengsan sat wia katsana. Ok tipu tapi terkejut kot sampai RM40 padahal ubat dia bagi dua jenis je untuk makan. Dan satu ubat titik. Haiyoo memang cekik darah. harap ubat tu baik la sebab mahal kot >.< Ya Allah tabahkan hati...


  Inila mata wia yang kemerahan tu. Takut x? =.= 


Sekarang ni wia tengah tahan mata ni dari gatal yang amat. Bila gatal memang nak gosok. Bila gosok maka merah la mata ni dah macam hantu. Choi! Harap dijauhkan. Sebab sebelah mata saja. Nampak macam sakit tapi sebenarnya gatai teramat. Ulat tu jahat! Ok lah wia nak pegi masak dan petang ni ada satu lagi kelas. Memang la keadaan macam ni malas nak ke kelas. Nanti orang syak wia sakit mata. tapi wia tahu la ini resdung. Tak berjangkit ok sebab semua orang ada resdung. Petang ni ada kuiz pulak untuk OB.. Test semlam.? Wia redhakan saja. Berserah setelah berusaha. P/s---> semalam petang busy sangat. Sempat jugak bayar broadbnad dengn bantuan kawan. alhamdulillah, dah pun bayar:) Harap harap lepas ni laju berdesup la ;p
Hari ni 19 Mei, wia teringin sangat nak pegi tengok wayang cerita NUR KASIH the movie dekat pawagam dengan incik dear. Hari ni jugak 19 Mei, MacDonald ada keluarkan koleksi gelas warna pink bentuk tin coke. Macam nak tambah koleksi je. Kalau la dapat apa yang di idam hari ni. Heaven rasanya ;)
Petang semalam keluar..nampak di tepi jalan bersebelahan bangunan Unisel Shah alam banyak yang jual bunga untuk konvo UiTM yang dah berlangsung seminggu. Dengan teddy bear yang kiut miut tak sabar pulak nak merasa konvo sendiri:') Okey selamat berbl0gging uOls. Malam ni ke esok wia hapdate lagi ek. Akhirul khalam salam ceria semua. Doakan kesembuhan mata wia..amin. Insyaallah lepas ni wia akan berjaga jaga bab makan. Dah sakit cenggini baru teringat nak pantang makan. Selalunya pantang nampak je :P UoOls pun jaga kesihatan diri ek. Selamat bekerja incik dear..Jmpa lagi dalam entri seterusnya. walla!  AdioSsss... rindu nak blogwalk umah bl0gger lain. Tunggu mata wia ni sembuhla. Gatalnya mata ni... " Bersabar Separuh Dari Iman"..

1 comment:

  1. Anonymous10:58 pm

    Salam..sy nak tanya..klinik yg wia pergi tu nama apa ye?

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi