Tuesday 31 May 2011

My Little Bro Bufday.. Heppy Bufday Comei =)

Assalamualaikum :) pepagi seawal pukul 6 pagi, tika azan Subuh habis berkumandang. Wia cepat cepat ambil wuduk dan solat. Alhamdulillah sekarang cepat tersedar dan dengar azan Subuh. Habisnya menunaikan solat. Guruh berdentum kuat. Berulang ulang dan selepas beberapa ketika, hujan lebat pun turuh menyimbah bumi. Rahmatnya hari ni hujan turun meneutralkan alam semulajadi. Syukur sangat sangat. Niat dihati nak studi agak terbantut bila hujan dan seakan mengantuk disorongkan bantal. Maka nyenyak la wia di tempat beradu... ehemm, ada macam penulis novel atau pun penulis cerita dongeng tak. Sebenarnya nak mengasah bakat menulis tue. Hikss. Sila bagi sokongan ye. Tapi memang betul pun itu yang wia alami hari ni 31 Mei 2011 hari Selasa :)

Macam biasa minggu ni wia masih ada kelas walaupun study week. Tapi rasanya U wia tak ada istilah study week. Sekejap masa berlalu, dan hari ni masih tak ada kelas. Coret punya coret macam nak terlupa niat asal wia taip entri ini adalah khas untuk si comel adik bongsu wia yang sorang ni, Badrul Munir sebab hari ni adalah Hari Ulangtahun Kelahirannya yang ke 9 tahun. Cepat saja adik wia sorang ni membesar. Rasa macam baru semalam mak bersalin kan dia. Tika tu hanya kerja makan, tidur dan nangis saja. Wia selalu ingat pada zaman dahulu kala sebab semua tu kan kenangan. Dan adik Badrul ni la anak mak ayah yang last. Mulanya malam tadi wia dah ingat besday Badrul tapi bila dok pum pang pum pang sembang ngan mak pasal lain, agak terlupa yang hari ni besday si Badrul tu. Nasib mak ingatkan. Terus mak bagi fon kak dia (Badrul) apa lagi wia pun nyanyi lagu Hari Lahir la kat dia. Yang bestnya bila wia nyanyi cam biasa lagu feveret ramai time sambut besday kat Badrul
Selamat Hari Lahir.. 
Selamat Hari Lahir.. 
kemudian dia akan tambah tet tet tet.
Selamat Hari Lahir Badrul.
dia tambah lagi melodi tet tet tet
Selamat Hari Lahir ;)
Tett tet tettt
Memang dalam hati wia bercakap cakap kata kiut la adik wia sorang ni! Boleh pulak dia tambah melodi time wia tengah nyanyikan untuk dia. Geramm tau. Nak semestinya wia akan minta dia cium like flying kiss gittu walaupun cuma dalam fon. Tapi bijak pulak si Badrul ni dia suruh wia dulu yang cium dia. Tanpa ragu ragu mesti la cium dia. Rindu sangat even tak dapat cium yang real. Dalam fon rasa terubat sikit. Hai rindu la adik comei ni. Ayah gelar dia comei tak tau kenapa.. tapi dia memang manja. Sat ja dia dah masuk genap 9 tahun hari ni. Lepas ni mesti dia fon wia bagitau yang dia dapat kek hari Jadinya. Mesti laa. Tak sah kalau tak dapat kek. Sedangkan kalau kat rumah, bufday sesiapa pun mesti dia yang nak tiup lilin kek. Budak budak namanya. Walaupun dia nampak kecik fizikal tapi cedik cedik kesana kemari mengalahkan usia. Tangkas main bola sepak kat padang mak cakap. Rindu sangat dah nia. Rasa tak sabar nak jumpa adik bongsu wia yang sorang ni. Tengah dok hitung hari nak balik sambil dok pangkah pangkah kalendar :'D
My litle bro, Badrul Munir.
besday boy! =)

Okey ni rasanya pertama kali wia tak ada kat rumah time bufday si Badrul ni. Selalunya Nana, adik wia yang sorang ni tak ada. Tapi kali ni macam terbalik pulak sebab dia ada. Wia pulak tak cuti lagi. Waiting for 11th June..ngee :'D Buad adek wia yang bongsu si comei Badrul.. moga rajun belajar, dipanjangkan umur dan jangan nakal nakal. Sihat dan cergas selalu. Dia cerdik sangat.. fikiran kadang kadang macam orang dewasa. Sayangg Badrul sesangat! Ok wia rasa nak pegi masak dulu sebelum mula studi semula petang ni. Malam tadi tak boleh studi sebab hal roomate yang rumit. See.. tengok ayat wia ni pun uoOls boleh tau cemana rumitnya ia. Wia sendiri tak faham. Kadang kadng baik tak luah dari mengundang bala. Kadang kadang baik tak cakap dari bermasam muka. Ok, entri ni khas istimewa untuk dak kecik tmei tomei Badrul. Rindu dia laa. Rindu famili jugak. Tetiba rasa boring tinggal katsini. Sebab jarang kemana mana. Habiskan final exam dan balik kampung. Cannot wait this time. Wish me luck and Heppy Birthday my lovely little Brother :')

Rindu saat ni..

Selamat berbl0gging kengkawan alam maya. Dah lama wia tak pegi rumah bl0gger lain sebab tenet ni. Nasib dengan ciput ni dapat jugak hapdate. Thanks pada sesiapa yang singgah blog kesayangan wia ni, insyaAllah internet laju wia akan jejak blog uoOls pulak. Yang penting hapdate hari hari istimewa wia yang berturut turut ni. Semoga Badrul cerdik pandai macam kakak dan abangnya. Amin. Malu nak ngaku yang kakaknya pun doolu nakai tu sekarang nak mulakan dari bawah. Tu sebab rasa menyesal jugak tu.. Ops macam nak lari topik. Sebelum tu, doakan wia berjaya dalam final exam ye. P/s--> rindu famili sangat sangat. Rasa best ja bila mak mesej tadi cakap yang depa nak keluar jalan jalan. Tambah ayah sekarang pun dah ada kat rumah. Bahagianya.. Moga ayah boleh drive semula dan cepat sembuh. Adik Badrul ! Kak Wia loVe you. Muachs

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi