Sunday, 30 October 2011

Aiskrim Mewah buat Pertama Kalinya.

Assalamualaikum. Bila kali terakhir uoOls makan aiskrim? Mesti selalu kan.. Okey kalau ada yang bertanya kali terakhir wia makan aiskrim, dah tak ingat pun bila. Sebab lama sangat tak menikmati aiskrim.. Ingat ingat lupa pun masa raya ada juga kot. #Itu pun tak pasti. Masa kecik kecik memang selalu makan aiskrim Malaysia tu. Best sangat! Harga pun murah. Mudah nak dibuat.

Yang paling menarik banyak perisa seperti milo, jagung, asam boi dan sebagainya. Tapi yang femes perisa itu la ;) Rindu nak makan ais krim yang simpul plastik tu.. Klasik !! Hehe.. Dari tadi dok stori dan intro pasal aiskrim. Sudah pasti wia nak cerita pasal yang wia beli semalam. Persis iklan aiskrim yang terkini dan mewah sekarang.. Aiskrim Coklat Vanilla ! Pertama kali wia rasa tau jenama dan aiskrim batang semahal ni. Fuhh !
Delicious!
Sedap sangat aiskrim MAGNUM vanilla dengan kacang hazel!! Dah laa wia suka sangat aiskrim vanilla.. Aiskrim je laa,,kalau macam planta majerin untuk bun wia lebih suka coklat. Tapi kalau aiskrim..ini memang feveret ;) Best sangat bila lama nak mencuba makan, ternampak di satu kedai runcit area tempat wia. Terus beli walaupun agak mahal bagi sebatang aiskrim. >.<

Ingat nak mencuba punya pasal RM3.90 dilaburkan untuk aiskrim yang mewah ni..Universal lagi.. Lepas beli, memang tak sabar nak rasa..! Bila dah rasa, memang nak rasa kali kedua, lagi dan lagi sehingga la ke titisan aiskrim yang terakhir..Slurp! Nikmat terasa.. Memang manis coklat dan krim vanilla terasa. Bagi yang suka manis leh la cuba, memang tak mengecewakan.

Tapi tak boleh la amalkan selalu ye. Nanti dapat penyakit pulak. Sekali sekala itu memadai untuk hilangkan ketagih nak makan aiskrim. Sekarang banyak perisa, banyak pilihan. Hanya tepuk dada tanya selera.. Yang penting, pertama kali rasa, coklat dia memang sedap! Kacang dia rangup dan vanilla ia pekat dan lazat ! Berbaloi dengan harganya.. Tak rugi mencuba sesuatu yang baru. Teehee.

Terasa penat satu badan.. Seharian keluar belum selak nota lagi ni. Okey selamat berblogging uoOls. Psst wia heppi dan capai impian untuk beli sesuatu yang lebih feminin..#Bahagia terasa seolah olah seperti nikmat aiskrim magnum sebelum mencair :p

4 comments:

  1. terliur haih.....nyum..nyum

    ReplyDelete
  2. ~sedapnyer..tak berkesempatan nak rasa lagi..jeles2..:p

    ReplyDelete
  3. hmm, wajib dicuba ni...nampak menyelerakan, tambah2 ada almond!

    ReplyDelete
  4. waaa like3 !! suka magnum truffle !! hoho~~ dah 3kali beli n 3kali jugak beli truffle~~ haha addiected~~ XD

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi