Sunday, 2 October 2011

Memperkenalkan Membe Serumah..

Assalamualaikum dan akhirnya malam dapat juga hapdate. Hujung minggu yang cepat wia rasakan kali nji sebabnya banyak aktiviti dihabiskan dengan buku, nota dan member serumah. Itu la dunia sebenar wia.. Cuba tak ada ramai orang kat rumah sewa ni, hari yang lambat pulak rasanya. Biasa lettew kan ;p

Okey malam ni nak ngapdate pasal dak rumah wia, merangkap member serumah wia sekarang. Wai serasi dengan depa semua tatau pasai paa.. macam sekepala. Tak sama macam tinggal dengan member serumah yang sebelum sebelum ni. Kali ni wia rasa selesa yang amat.. Member pun besh dan memahami.

Okey wia nak cerita, dalam rumah sewa wia ada 6 orang semuanya. Ada tiga buah bilik, mengikut saiz yang berbeza. Kalau bilik depan bilik Master, ada bilik air dalam bilik tersebut. Bilik wia bilik yang tengah. Bilik yang sederhana besar, sesuai untuk dua orang. Manakala yang satu bilik tu bilik agak kecil sesuai untuk tinggal seorang. Jadi elok la yang, weouls 6 orang setiap bilik ada satu, dua dan tiga.. Selesa la ikut saiz bilik. Kalau bilk master di nginap oleh dak eyda, dak asnie dan dak fifa.

Bilik kedua yakni bilik tengah yang tak besar, tapi memanjang di nginap oleh wia dan dak syaz..Hee. Then bilik yang single mingle di huni oleh dak nisa, merangkap ketua dalam rumah ni :) So kalau nak kutip duit umah sewa dia pun memang dia la ;p

Meh wia perkenalkan sensorang member serumah wia okey..
Dak fifa :)
Mek kelate ni tau. Dah ambik Master even dia sama umur dengan wia..Sangat jeles positif tau :) Sangat baik hati dan pandai memasak..Hee. Yang pasti dah berpunya cinta hati sendiri.
Dak eyda ;)
Mek Negori yang suka makan pedas pedas. Kalau masak tak guna cili memang tak sah :) Sangat caring dan wia rapat dengan dia dalam rumah ni.. Dia sangat rajin studi dan pandai. Ambik kos akaun sebagai bidang pengajian lanjutan dia ;) Wia senang berkawan dengan dia..Anak bongsu =D
Dak Asnie =)
Juga mek Kelate.. Sama kos dan ambik master sama ngan dak fifa..Memang kalau dengan demo kecek rasa macam nak makan. Sedapp sangat. Soft ja bahasa ;) Asnie memula pendiam dah lama lama rupanya dia peramah dan murah hati..Hikss. Anak bongsu dan masih belum berpunya..
Dak Syaz =D
Comel kan dia..Hee. Wia suka style dia. Ini la roomate wia yang manja lagi cun. Anak tunggal kedua mama dan bapa dia. Mek Melaka..Ambik kos Mascom. Memang sesuai dengan personaliti dia yang cantik dan bergaya. Teehee. Belum berpunya hati nya..

Dak Nisa pulak tak dapat dikesan lagi gambarnya. InsyaAllah kalau dah ada nanti wia intro dia ek. Yang pasti dia sebaya dengan wia.. Lupa nak cakap semua dalam rumah sewa wia , kami adalah sebaya, 22 tahun melainkan dak Syaz yang tua setahun dari weouls. Tapi kami panggil dia biasa saja..Tiada panggilan sis atau panggilan akak :p 

Yang pasti wia suka sangat tinggal dekat rumah sewa ni.. Rasa selesa dan ketenangan ibarat macam rumah sendiri :) Tambahan member serumah yang sekepala.. Tiada lagi sakit hati macam dulu dulu. Weouls hidup sepakat. Wia bersyukur sangta dapat member serumah dan member sebilik yang ok kali ni. Paling tak ada problem adalah bila stay dekat rumah sewa ni. Syukur sangta sangat. Wia bebas untuk on9, menonton studi dan berborak ataupun gosip sebab weouls adalah sekepala !! Alhamdulillah..

Paling besh studi dekat rumah sewa ni, wia ada meja studi sendiri. Siap rasa privasi sebab meja studi wia dalam bilik. Dak Syaz kat luar sebab dia selesa belajra kat luar. Syukur sesangat Ya Allah sebab wia dapat nikmat ini.. Harap berterusan dan weouls akan jadi "Besties Forever"..Sebab weouls dah makin serasi :') Selamat berblogging uoOls. Kenal kenalkan dengan member serumah wia . Senyum selalu (",)

4 comments:

  1. aiyookk!!!! teringat balik zaman2 dok kt umah sewa :)

    ReplyDelete
  2. wa..promosi hebat bg yg masih single ni! hahaha.. :D bes la dapat osmet yg menyenangkan hati kan..moga persahabatan korang kekal selamanye ek..amin..

    p/s : pasni, boleh le buat entri pasal akak plak dik ek..? hahaha.. :p

    ReplyDelete
  3. best kan wia bila kita dapat tinggal serumah ngan orang2 yang sekepla ngan kita hehe..nak buat apa pun rasa ok jer

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi