Wednesday, 19 October 2011

Doakan Sukses dlm Studi :)

Assalamualaikum. Heppinya bila pertama kali buat "TeSt" rasa mudah. Dengan pensyarah yang "sporting habis"..susah nak dapat tau :p Serius kelas petang tadi paling santai even kadang kadang ada yang wia tak faham masuk kelas tue. Itu maknanya kena studi lebih dari apa yang pensyarah ajar la kan? Betul tak uoOls..? Sedar tak sedar satu per satu kelas dah tamat untuk semester ni, kiranya minggu depan minggu last ada kelas bagai, sebelum bermula sesi "study week"..

Cepat masa berlalu. Tadi pun dah singgah admin FOB untuk ambik slip peperiksaan. Dah pun settle bab tue. Tinggal tunggu nak jawab exam je lagi. Nebes la uoOls. Walaupun ini bukan pertama kali exam tapi perasaan tu ibarat macam baru nak pertama kali jawab kertas exam. Kenkadang bila nak heppi sangat pasti ingat tujuan uatama adalah belajar dan grab kejayaan di akhirnya. Dah dekat dekat penghujung semester ni harus tingkatkan pointer ke tahap maksima. Tapi jenis wia, jenis yang studi yang biasa2 belum lagi luar biasa *mungkin sebab tu result belum gempak. Aduhai.. Sabar saja laa, dah sedar tapi tetap sama, belum lagi ada perubahan.

Tolong sesiapa sedarkan wia untuk belajar kepada luar biasa. Dalam rumah sewa ni wia dah tengok bermacam karenah rakan yang studi. Memang setiap orang belajar sangat berlainan. ada yang jenis struggle betul betul. Ada yang biasa tapi fokus. Ada yang langsung tak belajar tapi tetap cerdik sebab cara belajarnya lain dari orang lain. Hee.. Macam macam peel manusia kan..? Dari segi belajar pun dah boleh kenal watak dan perwatakan seseorang tu. InsyaAllah target untuk semester ni nak capai dekan :] Amin.
Doakan kejayaan wia ye. sesiapa yang ada tips belajar boleh la kongsi dengan wia. Nak sangat tips yang membantu sedarkan wia supaya masih belum terlambat untuk berjaya. Kadang kadang wia rasa nak berjaya tapi masih sama dan terasa sukar nak capai. Sebab tu wia belum capai target yang di idamkan. # Mungkin. Okey memang kena berkawan baik dengan buku dan nota. Itu pasti. Tak banyak pun subjek yang diambik untuk semester ni. InsyaAllah boleh !!

Semangat dan berkobar kobar dah ni..psstt tapi serius sekarang wia sekarang terasa pening. Pening tak cukup tido malam tadi. Bayangkan sampai pukul 5 pagi dan terdengar pun azan subuh, mata wia belum rasa nak lelap. Semuanya bukan angkara studi tapi mungkin masalah sekeliling. Jauhakn lah masalah dekat dekat nak exam. Lapangkan dada. Moga segala ilmu yang wia belajar, berkat dari pensyarah semuanya. Aminkan ye uoOls.

Selamat berblogging ! Rasanya jatuh cinta dengan buku dan ilmu banyak manfaatnya pada masa depan. Jadi bercinta lah dengan buku dan nota nota ye wia untuk tingkatkan prestasi semester ni. Final exam makin dekat. Tik tok tik tok masa berjalan dengan pantas. Harapnya wia tak teralit dan melengahkan waktu. Serius cemburu posituf dengan orang yang berjaya. Tertanya tanya rahsia disebalik kejayaan depa. Adakah luar biasa atau biasa biasa..? Soalan tu masih belum dapat jawapannya..

2 comments:

  1. comelnye kamu..
    all the best dawia

    :)

    ReplyDelete
  2. wia, gudluck n all the best! ada sikit tips nak exam versi sy sendiri..

    http://aidaeffa.blogspot.com/2011/09/style-habit-masa-final-exam.html

    =)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi