Okey sebulan nak exam memang banyak restkan minda betul, sampai kita pulak naik risau. Wia tengok jarang betul nak selak buku, nak membaca berjam jam lamanya dekat meja studi. Mungkin setiap orang ada cara studi yang sendiri. Tambah pulak dak Pali ni lelaki, lain sikit kata mak. Tapi nak tau lain ke tak kena la tunggu result keluar hujung tahun ni =D
Yeay PMR dah start hari ni.. Kalau imabu balik kenangan ambik PMR, wia ambik 9 subjek semuanya termasuk Bahasa Arab.. Tapi last last Bahasa Arab tu yang buat spoil. Lemah sungguh ngan subjek tu. Apa kan daya agak puas hati dengan result yang diperoleh even tak dapat straight A's..Sekurangnya dapat buat may dan ayah wia tersenyum girang. Begitu juga dengan dak Nana. Result dia seakan sama dengan wia masa PMR.. Masing masing tak juah beza.. Cuma Bahasa Arab dia tak spoil..Siap lepas tu sambung ambik Bahasa Arab tinggi dekat SMKA Yan, Kedah. Wia pulak dah tak sambung Bahasa Arab sebab tak dapat bawa selepas tu.

Buat semua calon PMR tahun 2011 termasuk dak Pali adik wia yang sorang ni, semoga berjaya jawab kertas periksa dengan teliti. Mulakan dengan bismillah dan sudahi lah dengan alhamdulillah. InsyaAllah hati akan jadi tenang, Walaupun hari pertama mesti nebes tak ingat. InsyaAllah exam akan berterusan sampai 10hb ni. Do the best ! Aja aja Fighting ;)
semoga lulus dgn cemerlang.
ReplyDeleteaku pun ada entri pmr semalam
selamat menempuh ujian..go go go!
ReplyDelete