Saturday, 15 October 2011

Bila tiBa Masa dan Ketikanya Kelak.

Assalamualaikum dan salam ceria ;) Sebut pasal jalan jalan banyak tempat lagi yang wia nak pi..Semuanya dalam minda dan tersemat dalam hati. Ada yang baru tercapai dan sangat banyak lagi untuk capai semuanya. Hanya masa yang menentukan. Penah wia terfikir sejenak di suatu petang nan angin sepoi sepoi bahasa. Andainya wia punya kereta sendiri.. Memang jalan jalan tak lekat rumah jawabnya. Bosan mengadap nota dan buku pasti capai stereng dan drive puas puas. Itu andaian setiap kali terasa nak berjalan jalan.. Terbantut dek tiada kenderaan sendiri. hanya pendam dalam hati diam diam.

Sekali pandang nampak macam wia suka duduk kat rumah, tapi sebenarnya kaki jalan tambah tambah tempat baru. Paling sesuai dengan situasi wia suka tempat makan. Memang banyak tempat menarik kat Malaysia ni yang belum sempat singgah dan jelajah. Tahun ni seingat wia pantai pun tak jejak lagi. Rindunya pada permandangan laut, ombak dan pasir.. Bila la agaknya dapat jejakkan kaki di pantai lagi. Serius angin pantai besh sambil kutip cangkerang dan siput :p

Peranginan yang sejuk seperti di kawasan Pahang dan Penang pun dah lama tak pi..Kena buat cuti cuti Malaysia cenggini nih. Sebab tetiba tasa nak pi tempat semua tue. Mungkin sebab terlalu lama hanya dok rumah. Pandangan dan verangan sampai ke sana. Set dalam minda, nak jalan jalan :) Hadoii sukanya perasaan tu hanya Allah yang tahu. Ada sesiapa di kalangan uoOls yang punya minat yang sama dengan wia. tapi hobi jenjalan ni memang perlukan $$ yg agak masyuk. Kalau tak, ,memang dok rumah diam diam macam wia sekarang ni. Sabar lah hati..
Garden ;)
Habis buat nota tadi. Rehat sat. Tetiba terasa nak naik bot, merasa angin laut. Mesti beshkan..Alahai beshnya kalau dapat pi Putrajaya ataupun dekat Langkawi sekarang ni. Ya, wia berangan lagi. Bila teringat nak pi semua tempat ni, rasa macam excited! Tapi bila berdiri di bumi yang nyata, terasa macam diri terlalu sedih. Kesian diri wia sebab banyak tempat yang belum pi lagi. Betapa untungnya uoOls yang berkesempatan jenjalan di Malaysia bumi tercinta ni :) #Tumpang heppi.

Andai impian yang wia coretkan dalam entri ni tercapai walaupun tak semua tapi satu per satu, akan wia kongsikan pengalaman dengan kalian, supaya terpatri sudah hasrat nak kesana. Lagi besh kalau nanti dapat bakal suami yang punya sama feeling dan suka jalan jalan. Tapi tak mau la sampai tak lekat rumah. Cuma wia bayangkan kalau ada cuti dan masa lapang, luangkan masa di tempat menarik, sangat heaven perasaan tu <3 wia dapat rasakan.. Ya Allah perkenankan doakau untuk wia merasai apa yang di inginkan.

Kalau banyak tempat yang wia ingin lawati, begitu juga dengan masakan. Sedapnya kalau cerita bab makan. Banyak juga lagi masakan kat Malaysia ni yang wia tak penah cuba. Bila blogwalk blogger lain, terpandang akan makanan yang sedap sedap terasa macam nak cubit sikit rasa, walaupun mustahil nak buat cenggitu. Sedapnya makanan di tempat tenpat yang besh, mungkin sebab itu juga yang buat wia rasa nak ke tempat tue, Nak rasa makanan yang enak enak juga, Mungkin# Opss kenyataan. Niat dua dalam satu. " Jalan Jalan Cari Makan " la gayanya. Kuikuikui.
Swiss Cruise :D
Okey la sengaja wia hapdate pasal keinginan untuk jenjalan sambil merasa makanan yang sedap sedap. InsyaAllah ada rezeki, ada la. Amin. Wia hanya merancang dan impikan. yang dapat merealisasikannnya hanya Allah. Yng penting ada $$ adalah jalan jalan. Itu yang penting. Sabtu minggu ini terasa lapang dada. Andai uoOls suka melancong dan jenjalan bersama kawan kawan atau keluarga, leh la kongsi ngan wia ye.. Kerana wia hanya mampu berangan tika ini, dan siapa tahu ianya akan jadi kenyataan suatu hari kelak, Wallahualam.. Fakta# incik dear jauh dimata dekat dihati. Bilakah dapat bertemu? Biarakn persoalan ni tanpa jawapan. Ceria selalu.

3 comments:

  1. nice post :D love it ;)

    ReplyDelete
  2. hehe
    nak menang percutian 3 hari 2 malam kat swiss garden?
    jom join contest
    http://www.nurinaizzati.co.cc/2011/10/contest-saya-suka-nsasia-bioproduk_12.html

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi