Assalamualaikum. Seperti yang dirancang lepas je subuh terus siap siap. Nak tahu kemana wia semalam sampai tak terhapdate entri untuk bertarikh 13hb Oktober, ini kerana begitu semangat bangun awal awal pagi. Hee.. Lets check and out!!Bangun awal pagi nak kemana semalam, dan apakah yang dibuat wia sampai sehari tak studi. Ini semua kerana nak mencari pengalaman di suatu tempat dengan dua orang housiee. Kemana..? Lets check and out!
Sekarang masing masing tengah dalam darurat sebab kehabisan $$, sebab segala pergerakan harus ikut bajet..hikss. Itu sebaik baiknya untuk elak pembaziran terlampau. Sebab banyak impian yang belum terlaksa dek kes darurat ni..Kuikuikui. Biasa la sebelum habis belajar harus pergi semua tempat kat Shah Alam ni ;) Sebab sapa kata kat Shah Alam tak ada tempat besh. Banyak yang menarik tau ;) Kalau tak tak banyak la kilang kat Shah Alam nia, dan tak banyak la rumah rumah besar yang membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Panjang intro, meh la wia nak bercerita kemana pelan semalam yang baru sempat hapdate sekarang ni. Seawal pagi orang pi keja, wia dan dua orang member serumah keluar ke jeng jeng jeng.. Taman Pertanian Bukit Cerakah atau nama glemernya Bukit Cahaya Alam ;) Memang eksaited wia memandangkan ni pertama kali wia pi nak jejakkan kai kat sana. Keterujaan terserlah sebab sanggup bangun awal dan tinggalakan bantal busyuk untuk bereakreasi katuh basikal di bukit yang terkenal dengan rumah iklim 4 musim ;) Tu yg buat wia tambah teringin sangat nak pi..Hee. Wia pi bertiga kali ni memandangkan yang lain sibuk. Itu pun dah cukup heppi :] Meh tengok gambar yg terpilih secara rambang untuk share ngan uoOls, yg banyak dalam FB..Hehe
|
Welcomee :D |
|
Penambah Perisa ;) |
|
Kedinginan suhu dalam Rumah Iklim 4 Musim ;) |
|
Buai Laju Laju..HiHi |
|
Penghilang dahaga dikala tekak kering :p |
Pengalaman ni memang tak boleh lupa sampai bila bila dan masa wia pi tu Musim Luruh..Cantik sangat permandangan bunga bungaan yang sangat segar dengan suhu pun tinggi,cakap pun keluar asap tau uOols. Macam dekat oversea gittu ;) Bergambar tak hingat ! Banyak taman yang boleh dilawati, antaranya Taman Cendawan, Taman rempah ratus, Taman buah buahan, danau perikanan leh bagi makan ikan..dan banyak lagi. Pi kayuh basikal, kuasa tenaga pun tak banyak. Jadi pi mana yang mampu aje la.. Balik tengahari tu juga.
Perasaan tu memang seronok tak dapat digambarkan sampai cerita kat mak dan adik adik ;) Begitu semangat kan..Fakta# suhu dalam rumah iklim tu dingin buat wia dan yang lain terasa tak mau keluar..Dengan disambut dengan haruman segar dari bunga bungaan hidup bagai di taman nan indah. Cantik ! Banyak yang diteroka. Alhamdulillah segala berjalan lancar.. Terasa nak pi lagi dua musim iaitu musim salji dan musim bunga. Musim panas taak mau la :p Memilih. Kikiki
Selamat Berblogging uoOls. Berbanyak terima kasih fifa dan asni, member serumah wia yang temankan wia kesana, ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Alam atau Bukit Cerakah. Ada rezeki nak mai sini lagi. Even pi waktu biasa orang bekerja pun agak ramai, apatah lagi kalau hujung minggu, pasti penuh dengan orang ramai. Apepun, pengalaman dan kenangan ni memang terbaikk. Senyum#
udah lama tak pegi sana...tp slalu jalan2 ja...
ReplyDeletedulu suka bawak basikal laju2 pastu lepas tangan
ReplyDeletekononnya dah teror * haha
dah lama xbersenam ni. mcm best jeh kat situ!
ReplyDeletewahh bestnya wia dapat jalan2 kan..
ReplyDeletedah lama tak naik basikal..
ReplyDelete=)