Thursday, 20 October 2011

CendoL Pulut alaa Kampungg.

Salam keceriaan hari Khamis yang free buat wia tanpa sebarang aktiviti:) Assalamualaikum. Cendol pulut? Siapa tak gemar kan.. Semalam balik kelas singgah gerai yang femes dengan laksa utaranya dan bersebelahan gerai laksa, ada gerai jual cendol pulut. Memang laris sebab kebanyakan customernya adalah dari kalangan student UiTM dan Unisel. Bukan itu je, pekerja dan lecturer pun ramai yang singgah beli. Santai je gerai tu sebab ada buka dua tiga meja di bawah pokok ara yang rendang. Memang ala ala gerai tepi jalan. Walhal memang gerai tepi jalan pun :p

Gerai tu betul betul terletak di tempat strategik, di kaki bukit nak menuju umah sewa wia kalau dari jalan belakang atau "shortcut".. Kebetulan pulak terletak tepi jalan. Jadi kalau balik dari kelas petang mesti singgah untuk beli laksa atau cendol pulut atau kuih muih yang digoreng panas dekat situ juga. Murah dan berbaloi. Yang penting semuanya sedap sedap ! :) Wia la yang paling besh datang Shah Alam ni dapat makan laksa utara. Bukan senang nak jumpa tau nak nak kalau kat dalam bandar cenggini.

Tapi bila dah ada gerai camni, senang la nak makan bila dah rasa kempunan dek lama tak makanan. Semuanya dah tak jadi masalah. Tak macam masa wia di kampus lama, memang agak susah nak merasa laksa di negeri orang. Hee. Okey bukan lah nak cerita pasal makan laksa sebab semalam wia tak beli pun laksa sebab dah petang sangat. Cuma terliur dek cendol pulut yanbg sedap tu. Harganya memang murah RM1.50 satu bungkus. Banyak pun banyak tau uoOls. Ehee cam promote pula cara wia.. Pssst tapi xpa la, mana tau pakcik yang jual cendol dan laksa ni baca blog wia, dia kan bagi harga murah tak pun bagi makan free besh juga kan =D

Wia share sikit gambar cendol pulut nie ok :] Katsini cuaca sejuk selesa, nasib tak cuaca panas terik macam selalu. Kalau tak mesti terliur lagi bila tengok gambar kat bawah ni tau. Hehe. Okey wia sengaja letak dalam pinggan nasi yang macam tak sesuai nak makan cendol kan. Sekurang kurangnya letak la dalam mangkuk kan uoOls. Buka apa, banyak cendolnya sampai tak muat dalam mangkuk, sebab tu wia letak dalam pinggan. Boleh tengokkan banyaknya cendol yang dibungkus, berbanding kalau kita order makan katsana. Mustahil nak dapat banyak camni. Hikss. Sebab tue kita kena pandai membeli :p
Feveret Dessert : Cendol Pulut :)
Tengok pada pulut nampak cam sikit, tapi sekali makan pasti rasa banyak dan kenyang. Sebab pulut kan cepat mengenyangkan. # Mak yang cakap, sebab tu wia tahu. Lagipun tak elok makan pulut banyak. Nanti melemahkan badan untuk bagi kita ngantok sentiasa. Hehe. Kira cam seimbang la kuantiti camni kan? :) Eh sejak bila wia da pandai ambik berat pasal kuantiti dan kualiti nih. Hadooi.. pasal berat badan lettew !

Okey sekadar nak share makan cendol pulut dengan uoOls. Kadang kadang yang biasa biasa ni la orang suka makan, berbanding yang luar biasa dan nampak pelik. Akhirnya wia tak la rasa ralat even berjauhan dengan kampung tapi tetap leh makan makanan gerai yang murah dan sedap camni ;) Selamat Berblogging uoOls. Kalau cuaca panas, pasti rasa nak sedut air cendol tak pun ABC. Sebut pasal ABC dah lama tak makan. Ok nanti wia berkongsi lagi. Jumpa entri seterusnya..

P/s : Sedang pelan sesuatu untuk raya haji dan sebelum cuti semester.. Agak agaknya apa ye.?

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi