Wednesday, 5 October 2011

Buli & Diperkotak Katik kan | Sakit Hati !!

Assalamualaikum. Penah tak uoOls berasa tersinggung dan diperbodohkan?? Okey ini yang ingin wia luahkan dalam entri kali ini. Mungkin panjang lebar dan mungkin sangat pendek entri ini. Yup ini entri emo. Terasa diri dipermainkan itu terlalu simpang kalau dek situasi yang wia alami tapi kalau dikatakan dibuli, memang direlakan tapi seterusnya bagai tersedar dari mimpi, terasa sedih akibat dipaksa itu ini sedangkan wia buat, tapi terasa diri terlalu lemah diperdaya rakan sendiri.

Mungkin bila terlalu baik, orang mempergunakan kelemahan kita untuk kepentingan sendiri. Itu yang wia nampak dalam situasi ang cuba wia sampaikan ini. Situasi yang buat jiwa wia sendiri kacau. Antara sahabat dan diri sendiri. Betul lah kata pepatah yang perlu sayangkan diri sendiri walau sekelumit sebelum menyayangi orang lain. Perasaan ini mulai wia tanam untuk kuatkan benteng yang rapuh dek persimpangan antara sahabat tapi memakan diri sendiri. Sebenarnya yang wia rasakan hal ini sedari semalam. Tapi wia pendamkan. Untuk dicoretkan dalam ruangan public dan di blog kesayangan wia ni, baru malam ni terasa seakan ingin berkongsi dengan uoOls.

Semalam wia ralat sebab duit not bertanda RM10 seolah olah dibuang di depan mata. Sebenarnya begini cerita yaang nak digambarkan. Antara salah faham dan kena buli, membuat wia betul betul makan hati. Wia disuruh untuk print sedangkan ada seolah sipulan ni tersangat free untuk buat kerja dan settlekan dengan sebaik mungkin. Tapi entah mana silapnya, wia disuruh selesai kerja print. Tampa berfikir panjang, pantas wia buat kerja yang disuruh seakan terkena pukau. Nauzubillah mintak simpang. Sedangkan yang suruh itu adalah member sekumpulan dengan wia, malah umurnya lebih muda dua tahun dari wia. Tapi wia yang seorang kakak diminta settlekan kerja, lagi sakit hati bila fikir adalah time kelas pulak tu. Ada sesi perbentangan case studi ikut kumpulan.

Kebetulan ahli kumpulan wia tak cukup korum, jadi kami ditunda perbentangan minggu depan. Sebab itu la kena print bagai.. Rasa sedih pulak bila fikir. Last2 sekali terprint sangat banyak kertas hingga mencecah RM13 sia sia saja. Maklum la print bukan fotostat :'( Yang paling sedih, kebanyakan kertas tu tak guna pun, wia rasa ralat sangat. Sebab yang paling tak beshh depa suruh buang je kertas tu macam tu jaa.. Bagai hati dicarik carik saja. RM 10 wia melayang macam tu, ibarat dibuang bersama kertas print yang tak berguna buat depa tapi terasa seakan ralat sebab depa yang suruh wia print, tapi bila salah bukan nak bayarkan, mengelak lagi ada. Hati bagai berkecai satu per satu berderai ke lantai.

Itu satu hal, satu hal lagi..berkenaan dengan asaimen berkumpulan tapi terasa diri tak penting bila susah cari dan bila senang lupa teruih nak habaq mai.. Grrr >.< Sakit hati bila fikir.. Awat la wia selalu termakan dek pujuk rayu, mudah sangat ikut kata kata orang sampaikan bila tersedar baru nyesal. Takut kan dengar.. Itu la sebab careless sangat sampai orang boleh gunakan kelemahan kita untuk kepentingan depa sendiri. Hampehh !!

Doakan wia tidak lagi diperkotak katik oleh orang yang selalu mencari kelemahan pada orang lain. Hanya Allah yang membalas setiap perbuatan depa buat. Selamat berblogging uoOls. Psst wia siap taip azam baru lagi untuk hidupkan semangat semula. Berjela jela uoOls. Sabar saja lah. Lupakan yang menyakitkan hati, ingat yang suka suki baru hidup rasa tenang. Best sangta dapat member serumah yang best.. Syukur Alhamdulillah :')

4 comments:

  1. bersabarlah adik.
    semuanya ada hikmah

    (:

    ReplyDelete
  2. brsbar yer kak,ujian wat dri akak dlm mnempuh alam pmblajaran..ALLAH maha mngetahui kn kak??klu dorg brkwn dgn akak hnye krn ingin mngambil ksempatan smate2..dorg pasti akn dpt blsn dr ALLAH coz dorg sndri pun x pnah ikhlas utk brkwn..emm,sy hrp akak kuatkn smgt akak yer..

    ReplyDelete
  3. salam Wia,

    lumrah menjadi seorang student mmg camtulah. mcam2 cabran dengan kerenah kawan. apa2 pun bawak diri baik2, dan jadikan satu pengajaran lepas ni oke.

    :)

    ReplyDelete
  4. jgn dedahkan diri anda dari di buli

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi