Tuesday, 4 October 2011

Munasabah Meninjau Waktu.

Assalamualaikum dan Salam Ceria. Sekejapnya dah masuk bulan Oktober. Ini bermakna kurang dari sebulan wia akan menduduki final exam untuk semester ni. Gementar la Cepat masa berlalu seakan tak terasa yang masa tak menunggu kita, tapi kita yang harus mengejarnya. Masakan diumpama kan seperti pedang dan lagi berharga seperti emas ;)

Memang jari jemari ni sempat menaip di kala ruangan menaip untuk tatapan pembaca sekalian, tapi bagai tak menyempat untuk siapakan sepenuhnya. Wia sendiri tak tau kenapa.. Idea untuk menaip tercampak dalam lubuk hati. Terbenam, dan akhir sekali, berenti menaip. Kalau dulu wia rajin mengapdate status FB tapi sekarang tak rasa addict sangat. Mungkin sebab tak ramai yang tegur. Masa zaman rajin, blog terhapdate setiap hari tapi kali ni macam lewat malam baru dapat siapkan.. Memang kenkadang tertunggu, kenapa blog susah untuk wia hapdate even kenkadang masa depan lappy agak lama ditenung.

Okey dah masuk minggu bulan Oktober maka bermula la counting hari untuk menduduki exam yang dah dekat sangat dah. Terasa macam baru semalam masuk sem baru. Teehee..Melampau la kalau macam tu :p Yang penting wia nak sangat pecah rekod dari kebiasaan yang ciput je pointer bila result keluar. Bila dah tinggal beberapa semester je lagi, ingin sekali rasa hati dapatkan yang terbaik bila dah grad nanti. Banyak lagi impian yang belum terlaksana.. Doakan wia ye uoOls, andai kata ada yang membaca entri insaf untuk tekun belajar dari wia..
Seronok tengok rakan rakan grad dengan jayanya. Memakai jubah dan memegang segulung skrol tanda pencapaian yang telah tercatat dek penah lelah bersengkang mata untuk satu kepuasan dalam nikmat kejayaan. Serius terselit dalam hati wia sifat cemburu. Cemburu sebab dia, dia dan dia pandai. Tapi wia.. hanya mampu bermunasabah diri. Merenung masa depan yang tak mampu disuluh dengan kata kata. Sukar bukan..?

Okey rakan semua, andai wia tersungkur..bantu lah wia bangun semula. Andai wia sudah mampu berjalan dan seterusnya mampu berlari dengan pantas, panggil dan serulah nama ini agar wia dapat berdiri diatas tapak kaki sendiri diatas bumi yang nyata ini :)  Selamat berblogging uoOls. Anggaplah ini entri munasabah diri sebelum menduduki final exam untuk semester ini. Kerna wia tak sanggup nak tempuhinya dengan kegagalan lagi. InsyaAllah akan wia munasabah diri ini dengan nada waktu yang dijejaki.

1 comment:

  1. start study now wia...u can do it for final....

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi