Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat pengunjung blog picisan kesayangan wia ;) Pelan uoOls hari ni mesti besh kan. Alhamdulillah tapi pelan wia hari ni adalah seperti hujung hujung minggu yang lepas iaitu bersantai ;) Bersantai kat rumah sambil ngadap nota yang bertimbun minta dibaca dan difahami. Kalau letih santai kat depan tv pulak, ngadap cerita hujng minggu. Kalau letih lagi, ngadap lappy pulak untuk bersembang dengan rakan maya. Santai bukan? :p Memang ni la pelan yang tak keluarkan setitik peluh dan sesen duit.
Keburukannya tetap ada sebabnya badan dan mata jadi tak sihat bila santai ngadap itu ini. Sekurangnya kena ada senaman, sebab rasanya wia dah lama tak bersenam. Tak bagus kan?! Sebab tu dah badan cepat rasa letih dan cepat ngantok. Fuhh! Kesedaran dah aada, nak buat tu entah bila. Hadoii..kalau la bersenam setiap hari mesti kuat stamina, tak mudah jatuh sakit dan lemah badan. Tambah pula dah la wia kuat ngidam makanan yang sedap sedap. Kalau boleh cam hari hari nak rasa makanan yang dok tayang setiaap hari dalam tv. #Pengsan.
Okey berbalik pada tajuk entri, mesti besh kalau hujung minggu ni dapat bersama famili tersayang. Mesti dapat bersuka ria sembang dan makan bersama. Kalau semua free boleh jenjalan sesama. Tapi kalau at Kedah, adik adik wia sekolah hari ni dan ayah pula tak kerja sebab kerja di negeri Pulau Pinang. Jadi cuti tak sama. Apepun hari Sabtu saja yang wia satu keluarga boleh spend masa keluar jenjalan kemana saja :D Itu sudah memadai.. tapi itu andaian kalau wia stay kat rumah. Sekarangdekat rumah sewa kenkadang hujung minggu rasa cepat berlalu dan kadang kadang rasa ibarat masa lambat berdetik. Bergantung pada mood wia tika itu. Hee..
Hujung minggu ni kalau keluar dengan gucci memang meriah uoOls. Makan dan jenjalan sesama. Memang tmbah heaven kalau final exam lambat lagi. Tapi apakan daya, periksa semester wia dah nak start tinggal kurang mingggu dari sekarang. Harus berkawan baik dengan buku ye. Cuba kenkadang kotak fikiran memang ingin santai. Santai sepuasnya di hujung minggu. Bergantung pada mood juga sebenarkan uoOls.
Pasti di hujung minggu ni ada yang tengah berphotoshoot ! Oh bestnyaa.. Pasti juga ada yang merancang makan makan bersama famili dan kengkawan di luar. Pasti ada di luar sana yang keluar bercanda dengan tersayang di hujung minggu ini. Pastinya kelainan ini buat cuti hujung minggu ini sangat santai dan tak membebankan dengan kebosanan yang terlampau. Suka perasaan itu :)
Okey sekian entri hujung minggu. Rancangan tv kesukaan wia dah nak start..Ceteka paddia? Hee. Selamat berblogging utk rakan rakan semua. Ceriakan hati, ceriakan diri..yang penting peringatan untuk wia juga, fikir positif selalu. InsyaAllah segala perkara yang kita lakukan akan rasa damai dan tak rasa terbeban. Sebenarnya santai la yang best sekali dalam hidup sebab dapat tenangkan fikiran, dan lapangkan dada. Yang penting kita enjoy ! Dalam erti kata lain, hujung minggu masa bersama kawan kawan, famili dan adik beradik. Senyum selalu#
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zaman study dan renaja paling best untuk di kenang. Bila dah dewasa sangat sibuk samapi utk merehatkan diri sendiri pun tak sempat.
ReplyDelete