Bukan apa petang yang hening nie, teringat masa mula mula masuk U.. Semuanya serba baru. Sehingga la kini, sampai dah berpindah kampus pun masih lagi teringat masa dan detik tu. Semuanya kekok. Tapi itu laa lima semester tinggal dengan budak satu universiti memang tak sama dengan perasaan tinggal dengan budak yang berlainan U dan kos.. Cuba uoOls teka mana yang paling besh antara dua ni?
Setiap orang ada pendapat masing masing. Itu tak dinafikan. Sesetengah suka tinggal bersama rakan sekuliah, dan ada sesetengahnya suka tinggal dengan rakan berlainan kos dan universiti. Wia pulak penah tinggal di kolej asarama dan rumah sewa seperti sekarang hanya kerana bertukar kampus sepanjang belajar di Universiti Selangor. Memang dapat perbezaan ketara tinggal dengan rakan dari pelajar IPTS dan pelajar IPTA..

Dari segi belajar pula, kalau bersama rakan rakan dari IPTA, wia perasan yang depa rajin belajar.. langsung tak rasa nak melengah lengah kerana depa tau tujuan utama datang dan masuk U.. Wia tak cakap semua, tapi kebanyakan laa. Berbanding dengan student IPTS, kalau belajar pasti paling last sebabnya katakan contoh kalau salah seorang belajar mesti menghasut cakap masih awal, dan cara belajar ini betul.. Cara yang kita belajar salah. Pendek kata, depa pandai cakap tapi tak serupa bikin. Itu tak tahu kenapa.. Sebab itu yang wia perasan dari pengalaman. Ada yang belajar sorok sorok. Sebab konunnya taknak rakan tahu yang dia belajar. Dan bila kita nak belajar, mesti down kan mood kita, yang seolah belajar ini umpama makan kacang !

belajar kat mana-mana tempat pun sama wia.
ReplyDeleteyg pentingnya usaha dan rajin..fokus dan tawakal.
all the best~