Friday, 28 October 2011

Urusan Saat Akhir !

Assalamualaikum . Salam penghulu segala hari. Nekad tau wia bangun awal semata mata nak buat persiapan akhir sebelum final exam. Pegi kampus walaupun masih cuti Deepavali, kebanyakan kelas memang tak ada. Fikiran wia meleset ingatkan kampus sunyi sepi. Padahal penuh sesak kereta di tempat parking. Weehuu! Meriah.. Gerak seorang dengan jalan kaki, senaman katanya :p Walaupun tampak cam sedih tiada berteman, tapi bangun pagi ni rasa segar seakan keceriaan ni milik wia seorang..

Okey, tujuan utama pegi ke kampus hari ni nak check dan komfomkan pasal tarikh, masa dan tempat untuk paper final exam. Keduanya, nak ambik result semester lepas. Yang pasti memang ramai datang walaupun cuti hanya keran nak settlekan segalanya sebelum menjelang final yang bakal tiba kurang seminggu dari sekarang. Sebelum tu doakan wia sukses dalam 4 kertas untuk semester ni ye :)

Dekat unit bendahari, memang ramai sangat manusia. Beratur dah macam kat Nasi Beratur Penang gamaknya. Nasib wia dah settlekan hal yuran awal awal. Kalau tak pasti jem macam yang fanomena wia sebutkan tadi. Serikk ! Sebab dah penah jadi sem sem yang lepas, bilamana Ptptn keluar lambat. Terpaksa pelajar bayar lambat. Tapi mau tak mau kena bayar yuran juga untuk duduki exam. Itu semua pengalaman.. Serius wia pi unit bendahari atau unit kewangan sebelah menyebelah ATM Bank Islam. Nak cucuk duit katanya.. Mana tiket bas nak balik bercuti sem pun tak beli lagi. Sobs sobs. Okey dahulukan apa yang dahulu dulu. Itu yang terbaik kan uoOls.
Dah dua semester di kampus Shah Alam, baru sempat snap tembok depan Unisel :)
Terasa eksaited* pertama kali bergambar depan pintu pagar depan UniSel Shah Alam  ;)
Tetiba rasa bangga menjadi pelajar desini ;)
Kalau uoOls yang dah tahu, Unisel dah tukar nama. Tapi pada yang belum tau, Unisel yang dari singkatan Universiti Industri Selangor dan bertukar nama pada Universiti Selangor. Dah buang dah perkataan industri. Baru tampak meriah. Ada sebab tertentu kenapa nama ditukar. Kalau tak salah wia, nama ni ditukar tahun lepas atau awal tahun ni macam tu laa. Tapi singkatannya tetap sama. Unisel, tempat pengajian ku :')

Tetiba tercerita pulak pasal U tempat wia studi.. Besh juga berkongsi kadang kadang tue. Dua kampus wia dah cuba sepanjang belajar disini. Sama ada kampus di tempat yang nyaman dan ala kampung dan di kampus tengah bandar. Dua dua ada kelainannya ;) Bersambung cerita pada asalnya.. Settle segala urusan wia. Langsung balik dan beli sesuatu yang sedapp ! Yang selalu ditayangkan di kaca tv..

Nak tau apaa.. tunggu entri seterusnya ya. Selamat berblogging semua. Antara nak keluh dan tidak, jadual wia langsung tak beruba seperti draf pertama dan kedua. Jawapannya, terbaksa berkorban tak balik raya Haji ni.. Ok Jumaat yang ceria. Senyum selalu. P/s : Banyakkan minum air putih aka skyjuice..

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi