Monday, 24 October 2011

Lagu Jiwang & Irama BollywoOd.

Assalamualaikum uoOls. Ada tak yang sama feveret dengan wia yang sukakan lagu jiwang tangkap leleh dan irama bollywood !! Sapa sama , sep jom ! Sebenarnya wia dah lama tak dengar lagu di corong radio. Tak tahu kenapa lebih seronok dengar MP3 cam selalu. Tapi bila semalam tergerak hati nak dengar radio. Ya Allah rasa macam besh sangat tau. Sebabnya masa wia dengar waktu malam, banyak sangat lagu lagu jiwang yang berkumandang.

Seperti kebiasaan juga wia suka bertukar channel frekuensi, terdengar pulak slot irama Bollywood, pasti la setia pada frekuensi tu pulaks dengan irama dan melodi lagu hindustan yang sedap dan kenkadang boleh meremang bulu roma. UoOls penah rasa tak macam yang wia rasa time dengar lagu yang begitu sedap. Ya, wia memang selalu cenggitu. Sebab dari kecik wa memang sukakan cerita hindustan dengan lagu lagunya sekali tak tahu knapa.. Padahal mak ayah wia tak suka pun cerita Hindustan yang kaya dengan lagu dan tarian. Meriah kan.. tapi wia sensorang je yang ketara dalam famili minat cerita Hindi..mungkin sukakan lagu yang besh besh. #Mungkin.
Wia juga sukakan lagu yang jiwang jiwang. Nak nak yang kuat berangan cam wia ni, memang terimbau kenangan la kononnya :p Tapi yang wia sukakan sebenanrnya bila menghayati lirik yang dinyanyikan oleh penyanyi. Kenkadang rasa seakan sama dengan diri. Itu yang besh.. Sebab tu suka kedua dua lagu ni.. Apa lagi lepas ni kena la upload lagu bollywood dan lagu jiwang karat banyak banyak. Sebab mood nak dengar tu dah mai dah :)

Rasa macam nostalgia tau bila dengar lagu tu semua. Boleh terikut ikut nak nyanyi balik cam dulu dulu. Percaya laa. Sebab apa yang kita minat pasti rasa nak nyanyi sekali kan. Wia pulak kurang tahu pasal lagu Jazz, Pop, Balada dan Rock. Lagu nasyid tau juga, tapi tak banyak sejak dah tak dibangku sekolah. Bab lagu Inggeris pulak sekarang baru nak suka kot* Sebabnya entah kenapa wia tak ada feeling bila dengar lagu omputih, tapi sekarang dah mula minat sikit sikit ;)

Yang terbaru lagu K-pop atau Korean pop.. Memang digiilai oleh sang gadis termasuk la dengan roomate wia yang sorang ni. Wia jujurnya cakap tak minat lagu depa, tapi tarian tu boleh la. Hee. Itu la yang wia boleh cakap sebabnya minat seseorang tak sama kan. Sebab lagu dan nyanyian boleh jadi terapi minda buat seorang yang bergelar manusia. Betul tak..? ;)

Sampai saat ni wia sukakan lagu jiwang cintan cintun. Besh sebab mendayu dayu kenkadang tu, dan kenkadang pulak terkena kat diri sendiri. Senyum sensorang :$ Irama bollywood ada keaslian tersendiri, tak kira lagu lama ataupun lagu baru. Iramanya memang buat wia terasa nak menari sama kadang kadang tu. Serius tak tipu. Kalau tak menari pun, ada hentak hentak kaki ikut rentak ataupun goyangkan bayu dan kepala. Lawak kan..?

Okeylah uoOls, lagu dan muzik memang tak boleh dipisahkan dari minat seseorang :) Bila dengar lagu kat radio rasa cam best pulak sekarang ni. Sebab tue wia layankan je. Hehe. Selamat berblogging uoOls. Wia dapat berita baik yang esok kelas pagi batal. Budak malas sebab tu kata berita baik. Hadoii dan uoOls minggu ni minggu last wia sebelum menempuh exam. Doakan ye..

3 comments:

  1. lagu hindustan!!! like2!! :D

    ReplyDelete
  2. Suka lagu cerita dadkhan...uuuuuu..menusuk kalbu

    ReplyDelete
  3. kuch kuch hotahe xD

    hehehehe ^_^

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi