Hadoi lambatnya wia nak hapdate blog sebab wia makan makan hujung minggu hari tue, tertunda sana sini. Hari ni baru sempat nak hapdate. Biarpun dah lambat tetap nak share dengan semua juga :p Sebenarnya yang wia dok intro dari tadi adalah makan sesuatu yang pertama kali wia try sebab makanan ni ada kelainan dan keunikan tersendiri ;) Tak pecaya meh uOos cuci mata dengan gambar yang sempat wia snap sebelum habis licin masuk dalam perut wia hari tu.. Hikss.
Mee Kari Ketam :) |
Ini laa makanan yang wia dok idam idam kan tu.. Mee kari ketam !! Sangat la sedap kuahnya. Yang best dan kelainannya tengok ada ketam seekor kann? Segar lagi sebab masa kita order, ketam tu masih hidup lagi ;) Lazat sangat uoOls.. Kuahnya nampak macam sangat pedas, walhal terasa kemanisan isi ketam, dalam fikiran wia mungkin air rebusan ketam. Sebab rasa kuah kari ketamnya asli. Sesiapa yang gemar makan ketam , tempat ni paling besh untuk jamu selera. Pelbagai aneka masakan ketam boleh dirasa. Order je.. Dijamin makanan desini puas hati dan mengenyangkan.
Nikmati mee kari ketam ni dengan air sky juice.. Blurp! Alhamdulillah kenyang untuk makan malam hari tue.. Bukan tak nak makan je kat kedai yang diberi nama "Mi Ketam" terletak di Seksyen 7, Shah Alam tapi roomate wia yang cadangkan, makan ketam ni cam seksi sikit kalau nak makan dia, sebab tue kat rumah lebih selesa katanya. Memang betul pun, makan kat rumah rasa puas.. Sedapnya kuah kari ketam dia, sampai wia rasa macam nak hirup kuahnya sampai licin..Itu pun hampir nak licin tau :P
Yang pasti memang terbaik laa wia nak cadangkan pada uoOls kalau nak rasa mee ketam yang terbaik area Shah Alam.. Hee. Kalau ada yang sedap sedap leh la uOOls cadangkan kat wia juga ek. Kuahnya memang terasa segalanya. Mungkin cheff yang masak ni, masak dengan penuh skill satu. Keduanya dengan kasih sayang untuk pelanggannya. Hadoii memandai je wia.. Pastinya mesti la menggunakan resepi masakan yang terbaik. Tapi besh laa kuah kari dia..Isi ketam pada ketam tu pun manis sebab fresh lagi kan ;)
Okey laa selamat berblogging semua.. Wia sekarang suka nak promote makan yang sedap sedap. Bukan makanan dari hotel 5 bintang, tapi hanya di restauran biasa atau kedai yang harganya berpatutan, tapi raasanya yang sangat sedap dapat memikat selera :) Bila bila nak pekena lagi la mee kari ketam ni..!! Sumpah sedapp.
sodap tu
ReplyDeleteamboiiii...bagi la kak nis..
ReplyDeleteheee
ketamm ! my fav...tp allergy....huhuhu
ReplyDeletewoww......sedapnya!!!! peberet tu!!!!
ReplyDelete@ abghani betul tue.. Sedap sangat !! :D
ReplyDelete@ Anisa Hang Tuah Kak nis cepat sebelum habis licin..Hehe
ReplyDelete@ manja Sama laa wia pun alergi tapi bila dah depan mata lupa sakit.. ;)
ReplyDelete@ zehan Feveret jugak ! :D
ReplyDelete