Monday, 10 October 2011

Shooting Video Utk Asaimen Berkumpulan ;)

Assalamualaikum. Siap juga akhirnya video yang sempat wia dan member team buatkan. Memang tak banyak yang wia dapat sumbangkan dalam team tue, memandangkan ada yang gila kerja dan kalau boleh semua dia nak buat. Jadi kena la hormat permintaan orang tu. Jangan selepas ni dengar yang tak baik dibelakang, memang panas hati la cenggitu.

Ok video yang wia maksudkan adalah asaimen secara berkumpulan yang memerlukan tiga atau empat orang satu group. Memang menarik buat video ni semua tapi susah juga menjadi tua dikalangan mereka. Wia terasa seolah olah idea dan apa yang cuba kita sampaikan dipandang sipi. Maksudnya kadang kadang langung ditolak bulat bulat.#Maaf kenkadang jadi manusia biasa, hati ini juga ada perasaan untuk merasa sedih dan kecewa dan terasa.

Ok abaikan kata kata diatas. Emo sat sebab terkilan disebalik belakang tabir, tapi wia senyum agar luka itu tak terus parah dan bernanah. Weouls buat video pasal Herbalife. Seolah olah ada yang mengalami masalah kegemukan, dan apabila menggunakan produk Herbalife terus nampak perubahannya dengan semakin kurus. Walaupun macam tak susah tapi yang lakonkan tu je yang nampak letih. Tempat utama di ambil di Unisel, Shah Alam sendiri, kononnya nampak macam pejabat ofis, memandangkan Herbalife tak ada pejabatnya sendiri. Teehee. Asal jadi lah..



Gambar ni semua kat outside shooting :p  Ada banyak tapi biarlah publish yang segak saja. Alhamdulillah, dalam masa setengah hari siap diedit segala. Dari pukul 2 petang sampai la pukul 1.30 pagi keesokkannya. Akhirnya berbaloi sebab dah selamat siapkan. Esok boleh la hantar pada lecturer :') Heppinya rasa hati. Tinggal nak presentation dan test lusanya untuk minggu ni. Kemudian dah boleh fikir pasal final yang tinggal beberapa hari lagi. #Sambil pangkah pangkah kat kalendar.

Selamat berblogging uoOls. Gambar tak bercaption,biar gambar bercerita. Video assigment wia tak upload dalam nih. Malu..tapi weouls sangat puas hati. Harap harap lecturer subjek "Consumer Behaviour" pun suka. Markah pun tinggi, amin :]

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi