Monday, 31 October 2011

Seharian Jenjalan untuk kawan yg Jauh.

Assalamualaikum. Semalam penat jalan jalan ngan housiee ke Berjaya Time Square, semata mata untuk temankan Irah kawan dari Sabah bershopping dan belikan buah tangan untuk keluarga di kampung kat negeri Sabah, negeri bawah bayu. Sebab pagi tadi dah selamat pun dia berangkat menaiki kapal terbang merentas Laut China Selatan...

Ceritanya bermula tak dirancang dan akhirnya wia, dak irah dan dak fifa berpakat nak keluar naik kL semalam.. Kalau wia memang keluar jenjalan sangat yang buat hati teruja. Masakan tidak, asyik memerap dalam rumah sewa, sesekali diajak keluar pasti laa hati berbunga riang. Ceewah! Haha. Malam tu banyak cerita yang kami sembangkan. Paling best masak sesama even dak asni tak ada sebab balik jumpa famili sambut dan rai konvo yang 4 hari lepas.. Tapi kami yang tinggal kat rumah sewa tetap meriah :]

Makan dan masak sesama satu momen yang indah untuk di ingati.. Pagi sabtu semalam awal dah bangun dan bersiap. Bukan apa nak keluar awal dan balik awal. Janji semua heppi ;) Biasalah naik bas dari Shah Alam sangat selesa dengan bas rapid yang touch kad. Sejak dok Shah Alam wia biasakan diri bayar tambang bas dengan kad rabbit tue. Melainkan naik bas Seranas.. Hee. Lucu la bila fikir ! Lucu perkataan yang jarang wia guna tapi dak irah dan dak fifa suka guna. Jadi terbiasa..kalau dalam bahasa Kedah lawak la bila fikir naik bas, terus naik monorel. Perjalanan kali ni sangat tak penat dan kami sangta bernasib baik. Tunggu bas dan naik monorel tepat pada masanya :D

Sampai stesyen bernama Imbi, terus menerus masuk mall Time Square atau TS. Apalagi cuci mata la jawabnya ! Sangat senang hati keluar bershopping dengan dak irah dan dak fifa. Depa memang satu kepala :') Alhamdulillah, dari satu tingkat ke satu tingkat kami teroka. Biasa la kalau perempuan membeli belah..tak lari dari pandang baju, rantai, aksesori, kasut dan beg. Memang rambang mata.. Wia yang mulanya nak window shopping tak boleh tahan dengan dress labuh paras dada. Itu pertama kali dress yang wia beli untuk digayakan dengan kardigan. Coraknya buat wia jatuh cinta ! Terus capai dan bayar. Haha.

Yang paling besh, dak fifa dan dak irah pun sama. Memang best la sekepala. Dak irah beli kasut dan beg untuk adiknya dengan kardigan pendek. Sweets sangat !..Kalau ada masa wia buat entri pasal barang yang cantik tu ye :) Cuma dak fifa tak beli apa apa sebab dia tunggu masyuk gaji. Untungnya dah bekerja kan? ada gaji hujung bulan :)

Serius makan kat food court TS sangat mahal ! Nasi hidang saja dah RM6 tak termasuk air..Huhu. Nak nangis time nak bayar sebab harganya dua kali ganda harga asal. Sob sob..Lapar punya pasal..Makan juga bersama sama sebelum sambung shopping. Wia beli jam merah ! Lama memilih. Rambang mata dengan harga yang murah murah. Penah terdetik, kalau la ada duit banyak. Alahai.. memang semua nak grab! :P

Petang tue, bawa irah makan di Mee Ketam belakang Unisel. Yang sedap tuee. Dak Irah pilih nasi goreng ketam. Wia cam biasa, mee kari dan dak fifa nasi putih dan ketam masak bercili :) Nyum nyum.. Gambar yang sempat di snap di gerai yang agak unik tu sebab kerusi dan meja kayunya mini. Muat muat untuk duduk dan makan. Psstt gambar bershopping tak sempat snap sebab keterujaan membeli. Hee..
Makanan wia dan dak Irah ;)
Sementara menunggu makanan dak fifa :p
Ini laa dak Irah ;) Comel jee orangnya.
Dak fifa, my housieee ;)
Hee muka serius tak serius menunggu makanan sampai >.<
Sekian,,entri panjang wia :p Syok sebenarnya keluar bersama. InsyaAllah umur panjang nak jenjalan sesama lagi. Boleh hilangkan gundah gulana. Hari ni dak irah dah balik. dan kenangan bersamanya yang bersama. Entah bila pulak akan bertemu.. Hanya allah yang tahu. Terkilan sebab tak dapat hanta dia.. Bangun tido, tengok dia dah tak ada :'(  Perkenalan yang singkat.. tapi serius cakap dia insan yang baik sangat. Temankan wia pilih jam dan sangat memahami itu dan ini.. Nasib malam semalam dah sembang panjang. Kenangan bersama takkan dilupa dak irah. Moga ketemu lagi !

4 comments:

  1. hehehehhe wah!!!..
    ader salji kat cnih! hehehe
    sayer pon sukew snap pic bebanyak2
    gituh hik!

    ReplyDelete
  2. ~keluar dengan kawan2 paling best...hehe :)

    ReplyDelete
  3. Buat saya lapar aja..
    hahaaaqa

    ReplyDelete
  4. seronoknya shopping ! ^^

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi