Friday 11 November 2011

Angan SmartPhone Idaman :D

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari. Memang cantik nombor tarikh hari ni kalau ikut kalendar masihi kan? Tapi lebih membanggakan dan cantik hari ni adalah tarikh yang cantik juga dalam bulan Islam, 15 Zulhijjah :) Jatuh pula pada hari yang indah Jumaat. Sangat bermakna uoOls. Masa wia on FB ramai yang ambik kesempatan untuk berkawin. bertunang, menikah dan seumpama dengannya. Kiranya pilihan pasangan untuk mencatat sejarah hidup masing masing. Tak salah sebab hari ni hari Jumaat. Hari yang baik untuk memulakan sesuatu hubungan yang HALAL.

Bagi wia tiada yang istimewa hari wia melainkan hanya bersama keluarga tercinta. Memasak bersama dengan mak tercinta. Bersembang itu dan ini. Bersama adik adik berkongsi cerita dan bersama kawan maya FB dan blogsphere :p Itu saat bermakna tau. Nak nak makan makanan sedap sedap. Itu yang rasa nikmat. # Makanan tak boleh pisah dengan wia ni kan.. Hikhik. Sila la faham makanan ngan wia memang sinonim. Nikmat hidup katanya.

Bila dah bercuti mula pulak dok berangan gadget pulak weh. Hadoii, dah macam ngidam nak sesuatu yang canggih manggih seperti smartphone dan tab yang "touch screen" ja sekarang ni. Itu yang wia rasa sekarang. Tak tahu kenapa. Mungkin perasaan ingin seolah olah ingin merasa guna smartphone yang mahal dan berteknologi tu. Siapa tak teringin kan? ;) Tapi tak tahu mana naktarget antara tiga nie.. uOols ada pendapat x? Leh kongsi ngan wia. Ketiga tiga wia suka.
Xperia mini.. Comeii :)
Iphone.. (^_^)V
Blackberry Torch.. ;)
Kalau nak tiga2 ni boleh..? Hee. Memang masa tu dah jadi orang kaya muda la ;)Wia teringin ketiga ni. Alang alang nak beli baik beli yang terbaik kan?..Yang mana ye pilihan hati. Entahlah sekarang dalam step kumpul duit. Ngeee n:D Moga dipermudahkan la urusan.. Bila dah tercapai target dan tahu mana yang terbaik, boleh la wia share denga uoOls.

Tapi ni baru angan angan. Tak tahu lagi mana nak beli.. Lepas tu boleh la survey harga. Mana tahu untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ada tuah, merasa nak pakai gadget mahal mahal kan :) InsyaAllah. Doa doakan ye. Tapi memang serius cakap teringin sangat.. Bila la masanya akan tiba ye. Bertuahnya sesiapa yang merasa pakai henfon canggih manggih sebab wia belum penah beli henfon sendiri. Yang sekarang guna dibeli oleh ayah dan incik dear. Teringin juga nak pakai yang sendiri. Tsk tsk.
Samsung Galaxy S2
Ehee nak tunjuk henfon buah hati. Untungglah dear dah keje. Cantik sangat fon dear..!! JelessS <3 Cantik fizikal fon cantik la harganya. Pada yang mampu, tak salah guna gadget atau smartphone mahal. Wia pun nak beli setakat yang mampu. InsyaAllah..Merasa beli barang dengan duit sendiri. rasa nak cakap tahun depan la uools. Taktahu bila. Sebab fon sekarang pun dah uzur benar..#Padahal nak yang baru lettew.

Okey selamat berblogging semua. Tumpang heppi pada sesiapa yang merasa pakai fon canggih manggih. Wia memang lambat nak la nak pakai. Sekaarang hanya mampu berangan dan melihat orang pakai dari jauh. Sebab belum ada rezeki mungkin. Tapi serius nak merasa weh! harapnya boleh la capai target dalam masa terdekat. Amin. Mana tahu durian runtuh ke? Hee.

9 comments:

  1. sy pakai xperia X10, tp bukan yg mini, yg gabak tu. hehee!

    alang2 nak beli baik beli the latest one je. :)

    ReplyDelete
  2. akak . belanja saya Samsung Galaxy boleh tak ? HEHEHEHE

    ReplyDelete
  3. @Aida Effarina yeke yg besar pun comel jugak..Hehe..

    okey dik thanks ye bg pandangan ;) :)

    ReplyDelete
  4. @ayufarahana yeke..^^ :D
    ok2 thanks gtau..

    ReplyDelete
  5. @NuRhAnI aFiFaH wow akak pun blum mampu nak beli kat diri sndiri.. hehe

    ReplyDelete
  6. S xtau mana yg terbaik..tp yg S tau S nk BB..huhhu

    ReplyDelete
  7. comment atuk:-

    xperia : battery cepat low
    Torch : some people said slide x stabil (risiko mudah rosak)
    Iphone : great !

    Kalo among those 3, iphone lah plg best..tp bile bermain ngan hp canggeh nie, better beli memory yg besa sbb mcm2 application ade nanti x enjoy kalo memory kecik.

    Act bb kalo nak dibandingkan dgn Android or Iphone x bp sesuai la, sbb depend pd kehendak pengguna ape die nak wat?? Sbb bb lebih kepada system, iphone n android plak application..kalo nak men game, application mcm2 android yg plg byk..iphone bole tahan jgk, tp kalo nak main fb, email or else bb plg laju n canggeh.

    BB guna system OS (plg laju), Iphone IOS (2nd) and 3rd is android, while nokia plg last (symbian).

    Tp best recommendation dr atuk, bb bold 4 (9900) yg terbaru plg terbaik !! (xde dalam gambar). System OS version 7 n touch screen.

    ReplyDelete
  8. mampu pakai samsung corby 2 je..huk2

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi