Wednesday 2 November 2011

Menu Petang yg Cepat, Mudah dan Sedap :]

Assalamualaikum. Kesibukan yang teramat disaat saat akhir untuk duduki final, kenkadang tak dinafikan mengundang lapar yang teramat, stress yang teramat dan paling tak boleh, ada banyak menda yang belum settle! Alhamdulillah..nak cakap yang satu per satu dah pun selamat dibuat dengan jayanya. Macam hari ni wia dah beli tiket bas, tapi bukan untuk balik bercuti raya, tapi untuk balik cuti sem.

Even perasaan tu tak seseronok balik beraya, yang penting jaraknya yang tak jauh mana buat wia rasa sedikit sebanyak dah lega dapat settlekan bab tiket. Sebab kalau lambat beli nanti tak ada yang temani beli. Al-maklumlaa jalan kat Shah alam ni wia tak terrer sangat. Lepas dah expert baru la boleh beli keseorangan. #Ayat sedih pulak kan..Apepun nak ucapkan terima kasih pada dak asnie yang temankan wia pegi stesyen bas baru je balik nia :p Sayangg sangat. terharu :')

Dalam kehujanan, sanggup temankan wia yang perlu settle bab tiket bas.. Love you bebeh! :D Alahai dah balik dalam kehujanan, petang yang sayup pulak tu. Perut mula lah berkriuk lapar..Padahal petang masih awal untuk makan malam. Jadi nak tak nak kena makan yang ringan ringan. Bak kata orang makan petang. Yang wia fikir mesti cari makanan yang boleh alas perut tika ini..Memang tak sempat nak singgah memana, sebab semata mata beli tiket dan balik. Apa lagii selongkar kat dapur apa yang ada.. ;)

Dan apa yang wia buat untuk makan petang ni adalah makanan yang simple..Jeng jeng jeng..TARAAAAA !!! Pada yang minat makan, ini pasti dah terbuka selera makan petang Rabu ni ye uooOls. Jom makan cekodok atau jemput jemput ikan bilis wia. Masih panass lagi..Hee.
Cucur ikan bilis Adabi ditambah bawang rangup :p Boleh cenggitu?
Nampak sedap x..? Haha. Mintak maaf, tepung segera tambah air dan bawang merah. Yummy! Tapi wia sukaa.. janji kenyang. Hehe. Kalau boleh memang nak buat cucur guna tepung gandum tapi bilis habis. Ni je yang mampu. Kalau nak buat cucur segera adabi ni, wia suka tambah air banyak sikit. Sebab tak nak masin terlampau sangat sebab dalam ni pun dah ada garam. Sebab tu nak yang sedang biasa rasanya. Tapi menyelerakan bila dicicah sos macam yang dalam gambar tu. :) Wia suka tambah bawang supaya manis..

Auumm, kunyah cucur sambil menaip entri.. Alhamdulillah teralas perut yang lapar tadi. Maklum laa hujan katanya. Memang sinonim dengan lapar. Kuikuikui. Okeylah selamat berblogging uoOols. Rasa legaa dah beli tiket. Member member pun dah semangat nak balik kampung sempena raya Korban. Wia..? Hanya mampu counting cuti sem. Senyum tabah. Jom kunyah cucur bilis lagi an lagi..;)

3 comments:

  1. cucur ikan adabi..wowww..lama xmakan>,< sedapppppp!hihi

    ReplyDelete
  2. kak nis menjala roti tadi..ehehe

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:57 pm

    seddaaapnya.. terliur plak..:)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi