Monday 28 November 2011

.NoStalGia - 1001 TerinDah.

Assalamualaikum. Semalam wia balik kampung. Musim cuti, memang banyak jemputan kawin. Bukan tu saja, banyaklah juga makan daging dan ayam. Serius sedapp ! Cuma kawalan pemakanan tu yang penting. Sebab boleh dikatakan tiap minggu pasti makan makanan yang berlemak, daging yang boleh membahayakan kesihatan diri jika makan berlebihan . Juga bukan itu saja, malah boleh buat tambah berat badan uoOls. Wia cakap bukan pasal orang lain tapi pada diri sendiri.

Okey berbalik pada tajuk entri, masa balik kampung semalam, wia terjumpa satu almari lama. Kedudukan tetap sama dari dulu sampai sekarang. Nak kata almari pun tak juga sebenarnya , sebab ia boleh dikatakan sebagai meja solek pun boleh juga sebab ada cermin usang juga desana. uOls..almari solek tu memang dah lama dan nostalgic sebab kat umah tok wia, almari solek tu tak penah tukar kedudukan. Yang paling penting bukan wia nak cerita pasaal almari solek ini tapi apa yang wia jumpa apabila buka almari solek yang tampak uzur tapi masih berguna.

Apabila wia buka, nak tau apa wia jumpa..? Jeng jeng jeng. Hikss. Kunun nak cam saspens, wia jumpa album lama, lama sangat sebab rasanya dari zahirnya kita boleh tengok yang album tu ada sebelum wia lahir lagipun. Dan di dalam nya wia jumpa dan boleh lihat lama. Klasik uoOls!! Unik pula tue.. Banyak yang wia macam waaa..terkesima boleh tengok zaman muda mudi dan penah tak uoOls dengar "Kenangan disebalik gambar " atau gambar menceritakan 1001 kisah ;) Itu la uniknya gambar nostalgia..

Arwah tokwan time muda
Cantik nya tok time nie ;)
Kipas lama untuk pengantin.. Unik kan? ;)
Album lama yang sentimental (^^,)
Ayah wia seorang photographer time 90-an ;)
Gambar last ni wia suka sangat.. Hee. Iaitu gambar ayah wia. Ahaa dalam setiap keping gambar dalam album ni ada gambar ayah wia. Yang pakai baju putih ye uoOls. Wah gempak juga ayah time zaman bujang nya. Kalau tak salah dari yang wia tahu ayah jadi jurugambar sambilan time dulu dulu. Hebad juga ayah wia sayang eh mencuba segalanya. Patut lah minat tu jatuh pada wia sekarang nih (^^,) V..Hehe. Doakan wia jadi photogrpaher dewasa nanti ek. Amin. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..Rupanya cenggitu. Nostalgia mengimbau asal usul.. 1001 tersirat dan tersurat.

Okey selamat berblogging ye semua. Memang klasik kan nostalgia lama..Wia suka pada gambar, bergambar dan tangkap gambar. Sebab gambar la yang boleh menceritakan suasana dan kenangan. Rindu pada yang tiada. Al-Fatihah buat arwah tok wan yang dah 13 tahun tinggalkan bumi fana ini. Jumpa entri seterusnya ye kawan kawan. Rindu nak blogwalk :'(

1 comment:

  1. sy selalu jugak bukak album2 ayah sy...mmg nostalgia.:)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi