Wednesday 26 October 2011

Charr Kuew Teow yg Mabeless..

Assalamualaikum. Heppinya bercuti.. Hehe. Padahal memang dah cuti pun sebab wia memang tengah mood "Study Week" sebab dah tak lama lagi dah nak berperang dengan kertas dan pen.. Sebelum tue sebagai rakyat Malaysia wia nak ambik kesempatan ni nak ucapkan HEPPY DEEPAVALI buat semua penganut yang beragama hindu yang menyambut pesta cahaya hari ni. Sebab tu rata rata rakyat Malaysia bercuti untuk sama sama memeriahkan perayaan tradisi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni.. Bestnya jadi warganegara Malaysia yang mempunyai kaum pelbagai. Sambut perayaan pun berbeza. Sebab tu meriah!

Walaupun camtu, wia tak pulak keluar sambut pi rumah terbuka kat Batu Caves. Kalau pi mesti dapat makan sedap sedap kan? ;) Sekarang musim hujan. Tak ada pelan pun selain dok kat rumah dan bercinta dengan nota.. Kalau bosan, on9 dan layan movie. Itu laa wia sempena holiday hari ni. Hikss. Kata orang kalau keluar pasti nak kena sediakan dana, sebab tipu lah kalau keluar rumah tak keluar duit kan? Jadi kalau dok rumah, boleh la menyimpan duit. # Ayat memujuk. Tapi betulkan, tak keluar duit pun tak habis. Tapi kesimpulannya boleh ke tak keluar rumah banyak hari..Kalau setakat sehari dua tu boleh la kan? :p

Wia boleh tak keluar rumah, tapi tak boleh kalau tak makan. Terasa macam nak buat entri makan pulak lepas nie.. Ya Allah betapa heppinya dapat makan yang diberi nama, Char Kuew Tiow. Feveret wia juga tau ;) Balik dari kelas, singgah bungkus bawa balik pun..kuahnya masih tetap maintain dan tak serap pada kuew tiow. Sebab selalunya kuew tiow cepat kembang kalau dibiar lama lama dengan kuah. Panas panas lagi wia dah hidang dalam pinggan.

# Maaf tak pandai masak Char kuew tiow yang sedap sedap. Mampu beli untuk tukar selera. Sebab selalunya kalau nak makan nasi putih, wia biasanya masak simple dan kenyang.. Kalau nak selera itu yang beli makanan yang sedap macam nie. Nak cuba..? Jom makan sama sama (^_^)
Char Kuew Tiow Special ! =D
Nyum nyum sangat berselera wia makan sebab kuahnya sangat terbaik. ! Alhamdulillah syukur pada Allah sebab wia dapat merasa makanan yang sedap sedap walaupun hanya keluarkan duit dengan harga berpatutan. Makan kenyang tu yang buat wia rasa nikmat makan tu melebihi segalanya. Sangat "heaven" dapat makan nie.. Psstt pasti uoOls perasan yang wia banyak makan bungkus. Sebab kat rumah makan sangat selesa. Selain tu boleh jimat air :D Salam satu cara nak berjimat katanya. Sila catit dalam nota tangan masing masing eh? Hehe..

Okey kalau raya Deepavali makan manisan, kari, dalca, tosei dan capati, maruku dan macam macam lagi.. Tapi wia pulak menjamah yang Char Kuew Tiow yang lazat ni ;) Udang ni fresh ! Pasti segar dari laut.. Pesanan untuk diri sendiri, kena elak makan makanan laut untuk beberapa hari. Bukan takut alergik, tapi resdung. Tapi alhamdulillah sekarang masih terkawal. Sebelum tu, makan la sebelum lapar dan berhenti la sebelum kenyang ok.

Selamat berblogging, tika wia menaip entri ni hujan turun sangat lebat. Musim hujan yang asyik dapat makan makanan sedap !! Mungkin lepas ni kena belajar buat sos atau kuah char kuew tiow sendiri, sebab datangnya Char Kuew tiow yang sedap dari kuahnya yang diperbuat dari pelbagai jenis sos dan air rebusan. Mungkin # Kalau salah jangan marahkan wia ye.. Tapi rasanya la =P  Selamat menjamu selera.

4 comments:

  1. wow , char kuew tiaw! MY FAVOURITE! Huhuh . sedapp wo!

    ReplyDelete
  2. ~sedapnyer..saya suka jugak..hehe :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:34 pm

    sangat teliur pabila melihat char kuey teow itu tahu ? hee

    ReplyDelete
  4. wooooooo!peberet ni :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi