Monday 17 October 2011

Donut Big Apple yg Comeii.


Assalamualaikum dan salam ceria. Hari ni hempa ada alami "monday blues" dak..? Biasa la kalau dah masuk hari Isnin mesti ramai yang bermalas malasan nak ke tempat kerja dan ke tenpat studi. Hee. Bagi wia alhamdulillah wia tak alaminya untuk Isnin minggu ni :) Semalam wia dah cuba sesuatu yang baru tau. Even hempa dah lama makan tapi wia baru saja cuba semalam. Hmm memang lembut dan sedap seperti yang diperkatakan selalu oleh pembeli dan pemakan tegar BiG Apple Donut.. Mesti hempa familiar kan dengar nama tue.

Femes amos sangat donut nih, sebab kita leh dapat pelbagai jenis perisa untuk nikmati donut yang lembut dan gebuss tue ;) Semalam keluar dengan member beli barang. Tetiba terasa nak mencuba. Sebab sebelum ni wia cuma penha rasa Dunkin Donut dan bukan Big Apple Donut. Kedua dua jenis brand ni memang femes dengan donut masing masing cuma lain nama lain rasa. Semalam wia cuma beli dua ketul sebagai percubaan nak merasa makan Big Apple. Yuhuu!

Beli dua ketul pun dah rasa kenyang yang amat sebab donut ni memang sweet ! Agak besar dari biasa pulak tue. Tapi standard la dengan harganya yang dijual. Wia masuk kedai Big Apple terasa macam masuk dunia donut. Banyak perisa yang buat wia rambang mata nak buat pilihan. Nak nak beli hanya dua ketul. Haruslah pilih ikut citarasa dan puas hati. Akhirnya la adok pusing belek donut yang nyum nyum, dua ketul selamat dibeli oleh wia untuk try makan di rumah sewa balik nanti. Tetiba bila terkenang makan donut mahal sekali sekala macam terapi untuk diri sendiri pun ada ;)
Comelnya kotaknya :)
Ini la dua ketul donut yang menjadi pilihan hati wia ;)
Lepas ngapp sikit snap lagi. Serius dua2 perisa ni besh!
Sekali hadap terus ngap dua dua ketul ni, sebab rasa dan keenakkannya rasa cam nak lagi, lagi dan lagi. Ahaa tengok berapa banyak lagi maknanya memang sedap ;) InsyaAllah kalau wia kesana lagi nak beli lagi la, tapi perisa lain pulak. Donut krim coklat tu sangat lazat sehingga menjilat jari dan yang kacang gula putih campur coklat tue lagi la sedap bila masuk ke mulut :) Alahai rasa macam nak makan lagi laa sekarang ni. Sebab wia masih terbayang sedapnya donut dua ketul ni.

Buka kotak tu, jeng jeng sampai rumah dah mencair coklatnya, sebab tu nampak donut tue dah melekat kat kotak kiri kanan. Tapi wia masih berselera makan donut yang sangat lembut lembut tu..Hee. Okeylah ni baru pengalaman pertama kali rasa donut berjenama ni.. Sebab tu percubaan hanya dua ketul. Besh tengok pelanggan yang masa kat kedai Big Apple tu beli banyak banyak. Baru banyak pilihan nak makan kan. Yang penting dah rasa. Memang sedap.. Jadi lepas ni boleh la beli lagi kalau kempunan nak makan. Nikmat !

Selamat Berblogging uoOls. #Terasa lama pulak nak ngapdate entri ni sebab asyik tertangguh. Kesian blog yang satu ni, okey hepa pun yang dah penah makan mesti rasa nak lagi kan. Tak sabar nak makan yang lain lain pulak. nanti kalau wia dah cuba bolehlah share ngan uOls lagi. Okey saya budak baru nak mengenal dunia. Boleh cenggitu.? ;) Senyum selalu. Kongsi dengan wia ye kalau uoOls rasa ada yang besh2 perisa donut Big Apple ni ok. Jumpa lagi entri seterusnya..

3 comments:

  1. yup...
    big apple mmg besh.sy suka yg nama apa ntah..x ingt dh..yg kcang nipis2 tu.yg nama alien pn besh jugk..ha2..(gila coklat).sy lg suka big apple dr dunkin sbb dia x manis sgt mcm dunkin tu.sy x leh mkn mnde manis sgt ni..nnti sakit kepala...sbnrnya dh lama x mmbaham big apple nih.bajet lari..hik2....

    ReplyDelete
  2. my fav..apple ke dapple dgn mumble jumble ! harus ada mumble jumble

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi