Wednesday 12 October 2011

Hikmah diSebalik Kejadian :')

Assalamualaikum dan ceria selalu uoOls. Hari ni free lagi sebab kelas batal untuk sekian kalinya. Heaven ! :) Syukur masa lapang ni boleh buat nota dan mengulangkaji sebab final exam pun dah tak jauh lagi dah..Sekali gus boleh rehat golek golek kat rumah. Teehee. Pagi tadi dapat call dari mak seawal jam 9 pagi.. Kemudian wia bercerita la pasal cuti raya haji yang dah tak lama nak kunjung tiba, tapi sayang seribu kali sayang, jadual final exam untuk semester amatlah menyakitkan hati sebab ia sangatlah dekat dengan tarikh berhari raya.

Boleh dikatakan berselang sehari dua. Sebab itu la mak dan ayah berpesan pada wia tak payah  balik kampung untuk raya haji ni, sobs sobs. Dengar macam sedih pulak sebab kena stay sensorang beraya dekat rumah sewa ni, sebab dan konpom kompon depa yang cuti seminggu balik kampung halaman masing masing untuk beraya bersama keluarga tercinta.. Hadoii ni rasanya pertama kali wia tak balik beraya. Even raya Haji tapi tetap beraya kan.. Sedih pulak tak dapat balik raya sebab nak hadapi final exam yang akan tiba tak lama lagi. T_T

Awal awal dah announce dekat blog. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang kalau jadual tetap macam ni memang wia tak balik, tapi kalau ada perubahan pada jadual, dan kebetulan boleh adjust, memang selaju mungkin wia packing bag dan balik awal bulan Nov nanti. Semaunya terletak di tangan Nya. Wia hanya merancang, tapi betul juga kata mak ayah. Nanti penat nak rushing sana sini. Cuti pulak tak lama, takut penat naik bas tak sudah, nak ngadap kertas periksa. Mesti bawa efek nanti. Ok wia pun tak nak serabutkan kepala, Paper exam wia pun hanya 3 hari untuk 4 subjek. Kira berbaloi la juga kan ;) Dan kalau merujuk kalendar yang sedia ada, 9hb wia dah habis paper.. 10hb tu dah boleh balik kampung..Yippy!!

Jadi jarak 6hb Nov dan 10hb Nov tu kan tak jauh. Hanya perlu tempuh beberapa hari yang agak sukar keseorangan, seterusnya akan jadi baik seperti semula :) Okey tukar cerita, dah lama wia tak menjenguk incik Nuffnang, alhamdulillah bila wia check earning, rezeki yang ada cukup memadai.. Paling besh wia ada tiga BE ..Hurray! Itu rezeki nampaknya. Moga BE makin bertambah tambah. Amin :] Wia heppi semula bila tengok BE dok menari nari dalam blog picisan kesayangan wia nih.Hehe..Rajin rajin la uoOls klik ads wia ;)
Tiga BE dari Nuffnang, terima kasih sangat sangat. Rasa terharu sebab dah lama tak buka nuffnang ingat dah majuk rupanya tidak. Hikss. Ok hati terubat sat bila terkenang BE yang tengah HOT.. Lambat lagi untuk menginjak masuk bulan baru. Harapnya banyak lagi nikmat yang dapat diperoleh dari semasa ke semasa. Syukur sangat apa adanya ;)

Terima ksih pada yang tak jemu jemu masuk dan lawat blog wia. #Tetiba rasa macam buat ucapan pada peminat. Okey apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya, itu moral stori entri kali ni. Bila bercuti mula la cam wednesdat blues,, boleh? Ok tak sabar nak berlepas blogging laju laju blog uoOls. Moga wia tabah selalu. Amin (",)

3 comments:

  1. bestnya tahniah.. selamat mengejar nilai yang tinggi.. i support u

    ReplyDelete
  2. halaamk dapat 3 sekaligus. bole banje nie . hhaha :)

    ReplyDelete
  3. tahniah psl dpt BE tu...sedih lak baca wia x dpt blk raya haji dgn keluarga..xpe..adik berjuang utj exam yg terbaik tau..wia pasti boleh nye la..akak yakin

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi