Thursday 27 October 2011

Mekap Serlahkan Wajah.. Dang!

Assalamualaikum. Besh rupanya kalau wajah dimekap atau bermekap ;) Patutla sebelum ni wia tengok roomate sangat pentingkan masa sebelum keluar kemana mana hanya semata mata untuk bermekap. Rupanya masa yang lama untuk hasilkan wajah yang jelita dengan bermekap. Sebab ketelitian, kerajinan dan kehalusan buat wajah yang dirias sangat menyerlah dari sebelum mekap. Kata orang naik seri wajah. Wia serius cakap tak pandai mekap bagai ni.. Sebab tu kalau wia keluar hanya ambik masa yang cepat, kerana bagi wia keluar pakai benda asas dan pelembab bibir dan memadai. Simple sangat kan?..

Bila wia "try and error" wajah wia rupanya wia tak boleh bermekap tebal. Kalau tak cepat nampak cam pelakon opera ataupun muka nampak tak semulajadi. Bukan wia sendiri perasan tapi orang keliling macam member serumah, dan bahkan mak kesayangan wia sendiri pun penah bagitau wia pasal hal ni. Sebab tu wia selesa bermekap tipis. Kadang kadang tak bermekap pun keluar rumah.. Malu kadang tue, sebab dah meningkat dewasa, penampilan harus jaga. Sebab tu sekarang wia nak cuba belajar mekap dari yang asas dulu. Kata orang belajar sikit sikit, lama lama pasti pandai.

Nak dijadikan cerita, sempena member serumah wia nak konvo, kami yang satu kepala, main mekapkan wajah antara satu sama lain. Termasuk la wia dan tiga yang lain.. Masing masing pun tak biasa mekap yang cantik cantik. Hanya tahu sikit sikit. Kata orang tak ada skill.. Bermula la geledah barang mekap yang ada dan semegah mana untuk dicalit dimuka ikut kesesuaian wajah. Wia dah kata dari awal tak pandai bermekap, apatah lagi nak mekapkan orang.. Kekok jadinya. Bila member wia, fifa nak mekapkan muka wia..terasa malu rasanya. Ialah nanti cemana wia nak biarkan muka dirias, padahal tak biasa.

Sebab nak biasakan, cubalah biarkan wajah dimekap. Cantik !! Gambungan warna pada "Eye shadow"..tiga warna ;) Bermaskara, lentikkan bulu mata, pakai eye liner yang jadi feveret remaja perempuan sekarang ni. Pakai blusher.. Eksaited sangat ! Tambah tambah dimekapkan orang, pengalaman baru buat wia (^_^)V

Disebabkan tak biasa, mata cepat berkerdip dan berair akibat sensitif :') Tapi alah bisa tegal biasa..Lama lama mesti biasakan diri. Main mekap ni memang syok ! Banyak lagi yang wia perlu belajar. Besh sangat sekali sekala muka nampak cantik dengan bermekap. Dah ke arah dewasa, naluri nak bermekap ni rasanya datang sendiri. Wia dan member member pun sama. Kami teruja main mekap wajah sampai sayang nak tanggal, harus snap gambar dulu :') Psstt snap gambar paling wia suka !!! Heee. Meh wia upload dab tempek dalam blog picisan kesayangan wia ni..
Bersama Afifah merangkap member serumah dan orang yang tolong mekapkan wia ;)
Bersama Asni, member serumah ngan wia juga..Peace!
Irah datang dari Sabah... Dia sangat cumil :D
Kenangan bersama (",) - Gurlicious
Comel dan gojess kan Irah dan Fifa :]
Asni cantik dan Irah yang kiut ^^
Mekap tu unik ! Boleh merubah wajah dalam sekelip mata..ajaib!! <3 Lepas ni nak bermekap lagi dan lagi.. Sebab perasaan tue, buat kita lebih yakin terutama buat gadis dan wanita. Okey la uoOls..kali ni wia mekap nipis. Wia budak baru belajar..Hee. Dengan pakai tudung selebet, baju yang dipakai sederhana. Penampilan boleh berubah. InsyaAllah menda yang baik kita buat, tak mendatangkan sia sia. Bah kan boleh tambah keyakinan diri. Self Confident ! Selamat berblogging uoOls. P/s : Wajah wia tembam :p

Sekilas pandang : Pagi tadi teruja wia siapkan member bersiap nak ke konvo. Tak sabar tunggu cerita dari depa. Wia tak dapat sertai kerana ada misi yang perlu wia utamakan. Tunggu entri seterusnya ye. #Mungkin pasal konvo depa, mana tau kan ;) teehee.

4 comments:

  1. lelaki suker tgk wanita cantik

    ReplyDelete
  2. kemain mekup! hehe

    ReplyDelete
  3. cantik bila bermekap! ayu gitu.. hehe

    ReplyDelete
  4. Mekap nipis macam ni je dah cukup. Jangan tebalkan lagi. Sebab.... mekap tebal, simpan utk kawen nnti. Hehehe..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi