Tuesday 18 October 2011

StOry Instead Raining ! :]

Assalamualaikum. Hujan buat mood sentiasa nak makan dan beradu awal. Padahal banyak lagi yang kena buat selain dua menda feveret kesukaan wia yang disebutkan tadi. Masa hujan pasti tercari cari makanan untuk dimakan. Sesudah makan, mata pula terasa seakan berat untuk menyelak nota dan membaca buku, kerana suhu yang dingin dan segar ni sangat mencengkam jiwa supaya berselimut diatas tilam dan disorongkan bantal. Nikmatnya!

Bumi Shah Alam dua tiga hari ni bermusim hujan di sebelah petang, kiranya malam hari seperti ada penghawa dingin semulajadi yang menyejukkan buat wia dan roomate rasa selesa di bilik. UoOls pun kalau hujan mesti rasa tak mau keluar rumah dan kalau boleh nak memerap dalam bilik je kan..? Betul dak.? Sebab di rumah la rasa cam tenang dan damai tika saat hujan mencurah ke bumi, suhu kian mendingin. Guruh dan kilat saling berganti seakan tumbuhan riang dan hidupan alam merancang pelan bersama keluarga tercinta. Bestnya hujan kan.. ;)
Bagi yang jauh dengan famili, dengan kengkawan la teman bicara dan teman segalanya untuk buat aktiviti itu dan ini. Kalau wia dan roomate pasti on9 dan cari makanan yang sedap sedap untuk jamu mata. # Itu yang mampu. Hee. Kalau wia dan housmate sekepala pula, mesti rancang nak makan yang sedap sedap, seperti steamboat dan makanan yang panas panas time hujan camni. Perut cepat lapar katanya :p Sebab tue semua makanan rasa sedap nak nak bila tengok tv nampak iklan yang besh dan menyelerakan. Rasa macam nak order delivery time2 tu jugak  :D

 Semuanya cuma angan angan di kala hujan. Yang penting dapat makan kenyang, hati pun senang. Ceewah! Boleh cenggitu. Kenyataannya hanya makan telur dadar dan sardin tin pun dah cukup sedap kalau lapar kan ;) Ada pulak yang cicah roti dengan air milo atau kopi feveret pun dah buat terliur time hujan hujan camni :') Apatah lagi kalau makan yang sedap sedap. Kalau hujan mesti besh santai nagn minuman panas, lepas tue sembang sembang terutamanya perempuan tentang hal hal terkini dan cerita di tv ketika menonton bersama, sebab itu la yang selalu wia dan member serumah buat :D Terasa hubungan silaturahim antara kami sangat rapat. Mesti hempa semua pun sama kan..? Kalau ingat balik semula nanti mesti jadi kenangan yang indah untuk di ingati. ;)
Okeylah sekadar berkongsi tika hujan menyirami bumi kala ini..sejuk! Pasti sebab tue kita akan sinonim dengan sifat lapar dan malas. Mungkin cuaca merubah mood kita kan. Sebab tu kalau hujan lapar, dan kalau hujan rasa nak tido je sepanjang hari. Hehe.. Apa yang penting, time hujan dan panas yang tak menentu ni, kita kena jaga kesihatan baik baik :) Selamat berblogging uoOls. Ceria selalu.. habiskan menaip dengan mengunyah biskut. Motif.? Hehe.

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi