Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah.
Apa perasaan uoOls kalau tetiba tidur nyenyak dibuai mimpi
dek angin sepoi bahasa, tetiba terasa berpeluh panas.
Bila dibuka mata, gelap gelita..
Macam mimpi dalam mimpi uoOls..
Al-maklumlah kan mamai, masih tak dapat beza yang mana
mimpi dan yang mana nyata.
Bila bangun terduduk seketika, barulah minda ni normal semula.
Bila dibuka kelopak mata, persekitaran gelap gelemat kata orang Kedah.
Rupanya elektrik terputus. Fiuhh..
Bersusah payah teraba raba..
masa tu cuba membayangkan yang beginilah orang buta.
Gelap gelita tanpa cahaya setiap masa.
Syukur sangat kita yang masih melihat dengan pancaindera mata
anugerah Allah yang bernilai.
Dalam rumah sendiri jarang wia nak takut dalam kegelapan.
Cuma dah pukul berapa waktu tu, terpaksa kejutkan dak Nana
yang sedang nyenyak tidur walaupun cuaca panas
dek kipas yang tak berfungsi akbat bekalan elektrik terputus..
Bangunlah dak Nana bila dikejut tadi.
Tercari cari pulak kami berdua dalam gelap mencari lilin.
Tapi tak jumpa..Bergelap la nampaknya.
Tetiba mak terjaga dek dengar suara kami bising bising.
Lepas tu dengan senang mak tunjukkan kotak lilin..Hehe
Alhamdulillah lega dapat juga cerah dalam kegelapan hitam pekat.
Nasib tak berapa lama selepas tu, elektrik
pun dah kembali normal seperti biasa.
Adik adik lelaki dan ayah langsung tak berjaga. #Hairan
Lepas tu bolehlah tidur nyenyak sampai ke pagi. Yippy...
Pagi ni terfikir kalau la bekalan elektrik terputus dan korang tinggal sorang.
Takut tak dengan situasi camtu? Kihkihkih
Wia belum pernah rasa maasa tinggal sorang..
Seramm jugak kan.. Ok itu saja nak kongsi :'P
semalam pun umah Mr.s keyrah yang kt perak pun xde lektrik jugak . . keyrah lagi penakut klau gelap sgt . .hee
ReplyDeletekadang2 xdak elektrik tu,best jugak tau,meriah jiran2 kat taman..hehehe..bagi saya la..huhu
ReplyDelete