Assalamualaikum salam Ramadhan kedua ! :)
Seronok tahun ni dapat berpuasa bersama keluarga ..Syukur..
kerana tahun lepas, wia langsung tak berkesempatan berpuasa di rumah
di kampung halaman bersama keluarga tercinta.
Kurma, wajib ada untuk berbuka :) |
Sempat pun seingat wia hanya seminggu terakhir Ramadhan.
Sedihnya hanya Allah yang tahu.
Berjauhan dan berbuka dengan ala kadar
dan kadang kadang menu yang sama tanpa kuih muih
Itu satu pengalaman yang wia rasa dugaan Allah yang kecil
Mungkin ramai lagi di luar sana yang berpuasa, tidak bersahur dan berbuka
dengan makanan yang lazat dan mengenyangkan..
Subhanallah.........
Mi Sanggul :) |
Tahun ni boleh menjalani ibada puasa bersama.
Semalam berbuka dengan menu mi sanggul ;)
Pernah dengar tak?.. Memang feveret wia sekeluarga.
Sedap sangat air tangan mak.. Licin seusai berbuka puasa.
Petang ni adik wia, dak nana pulak nak buat menu baru ..
tak sabar nak cuba.. Nanti wia kongsikan dalam blog ye..
Mi Sanggul air tangan mak :) |
Selamat berpuasa kalian..
Moga ibadah kita sentiada mendapat redha Allah.
Jom bertadarus Al-Quran. Khatam satu hari satu Juzuk.
:)
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥